Nexus Produktiviti Sektor yang meliputi sembilan subsektor, yang diketuai oleh juara industri yang telah dikenal pasti sebagai contoh teladan untuk perubahan, telah dibentuk untuk memacu pelaksanaan inisiatif tersebut. Di bawah Productivity Nexus, persatuan industri dan juara perusahaan diberi kuasa untuk memanfaatkan hubungan dan rangkaian kukuh mereka dengan pemain sektor, pengetahuan praktikal dan peranan sebagai suara kolektif sektor tersebut.
Mewujudkan kesan yang diharapkan daripada Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia memerlukan program yang direka bentuk dan dilaksanakan dengan baik. Sejak dilancarkan pada 2017, sembilan Nexus Produktiviti ini, melalui MPC, telah menganjurkan beberapa program menggunakan model tadbir urus perkongsian awam-swasta.
Klik untuk maklumat lanjut: https://wayup.my/