Diari

Oleh REGIONAL OFFICE MPC 13 Mac 2025
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam peranan Pembimbing dalam sesi pengajaran dan penilaian untuk memastikan bakat-bakat yang menjalani program Akademi Dalam Industri memperoleh pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembimbing yang menghadiri bengkel ini adalah seramai 25 orang dari Sawit Kinabalu Group dari pelbagai kemahiran seperti Oil Palm Mechanization Operation, Oil Palm Process Operation, Oil Palm Process Supervision, Oil Palm Milling Mechanical Maintenance, Security Services Operation, Office Administration dan Oil Palm Plantation Operation and Supervision. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pembimbing bagi menyampaikan maklumat dengan lebih efektif kepada bakat bertujuan untuk meningkatkan produktiviti organisasi serta memberi nilai tambah kepada bakat. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #AkademiDalamIndustri
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 13 Mac 2025
Kunjungan Rasmi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min, Pengarah Tanah dan Ukur dan dihadiri oleh Pengarah MPC SBO dan 2 orang wakil daripada 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd. iaitu En. Lim Yu Kiun, Pengurus Kanan (Branches Operation East Malaysia) dan En. Muhammad Afiq bin Japli, Eksekutif Pembangunan Perniagaan (East Malaysia). Tujuan kunjungan rasmi ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan proses mengubah syarat kegunaan tanah jenis Native Title (NT) kepada komersial. Langkah seterusnya ialah pihak Speedmart akan berurusan dengan pemilik tanah untuk memohon syarat tambahan penggunaan tanah dengan agensi kerjaan yang berkenaan. Semasa sesi kunjungan rasmi ini, Pengarah MPC SBO turut berkongsi mengenai inisiatif program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan YBhg. Datuk memaklumkan bahawa pihak JTU menyambut baik inisiatif RKB dan ingin bekerjasama dengan pihak MPC untuk menambah baik proses permohonan tanah di Sabah. #sabahproduktifsabahmajujaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 13 Mac 2025
Pihak MPC SBO telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa mengenai isu keselamatan pelancong di Sabah bil. 1/2025. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS). Dalam mesyuarat tersebut, pihak MPC SBO telah membentangkan Standard Operasi Prosedur (SOP) untuk Aktiviti Pelancongan Kembara dan Aktiviti Sukan Air. Antara cadangan utama adalah perlunya pemantauan terhadap operator pelancongan bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) telah menyokong garis panduan ini dan akan mengedarkannya kepada semua operator pelancongan di negeri Sabah. Mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam memastikan keselamatan pelancong serta meningkatkan kualiti pengalaman pelancongan di Sabah.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 13 Mac 2025
Dr Mazlina Shafi'i, Director of MPC SKO, during her remarks emphasized the critical role of upskilling and reskilling in enhancing workforce productivity and driving industry competitiveness. By equipping employees with industry-relevant competencies, this initiative aims to groom local talents into highly skilled professionals, ultimately fostering a more resilient and sustainable workforce. In turn, companies stand to benefit from improved operational efficiency, innovation, and higher profitability, strengthening their position in the market. Moving forward, collaboration with Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) and UTM Space will be initiated to identify and implement the most suitable courses, ensuring alignment with industry needs and future growth opportunities. #SarawakProduktif #AkademiDalamIndustri
Oleh MMT MPC 13 Mac 2025
DSA Dynamics Sdn Bhd, sebuah syarikat pembuatan produk plastik, menghadapi cabaran dalam pengumpulan data manual yang menyebabkan ketidaktepatan dan kelewatan pelaporan. Data prestasi bagi 9 mesin direkodkan secara manual setiap hari, mengambil 1 jam bagi setiap mesin, serta seorang kakitangan sepenuh masa untuk analisis laporan. Ketiadaan sistem pemantauan masa nyata menyukarkan penilaian Overall Equipment Effectiveness (OEE), iaitu keberkesanan peralatan berdasarkan ketersediaan, prestasi, dan kualiti. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan mengautomasi pengumpulan data. Sistem ini meningkatkan ketepatan data 90%, mengurangkan kadar penolakan produk kepada bawah 2%, serta meningkatkan OEE kepada lebih 85%. Inisiatif ini menjimatkan RM267,448 setahun, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi.
Oleh MMT MPC 12 Mac 2025
The online meeting served as a follow-up collaboration between MPC and Proton to discuss the AI for Productivity Transformation Programme. The session aimed to refine the programme framework, objectives, and implementation strategies, ensuring alignment with Proton’s goal of enhancing supplier capabilities, capacity, and productivity. MPC presented the key aspects of the programme, emphasizing AI adoption to enhance operational efficiency and decision-making among the upstream vendors. Proton provided valuable input on the upcoming seminar, suggesting key focus areas to maximize industry impact. The meeting also outlined awareness sessions and AI training classes tailored for different levels within the automotive upstream vendors.
Oleh MMT MPC 12 Mac 2025
A&A Gemilang Global (M) Sdn Bhd menghadapi cabaran dalam pengurusan dokumen dan sistem Sumber Manusia yang tidak tersusun, menyebabkan kelewatan pemprosesan gaji, pemantauan kehadiran, dan pematuhan garis panduan. Ketiadaan mekanisme pemantauan prestasi yang berstruktur turut menjejaskan produktiviti pekerja dan keberkesanan operasi syarikat. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan UrusNow, sistem pengurusan dokumen digital berpusat yang memastikan fail lebih sistematik. Proses Sumber Manusia telah diautomasi bagi mengurangkan kesilapan serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan gaji dan pemantauan kehadiran. Dengan peralihan ke sistem penyimpanan digital, penjimatan RM24,000 setahun dicapai, serta penciptaan nilai RM100,000 setahun melalui peningkatan produktiviti dan kecekapan operasi.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 11 Mac 2025
Sesi ini dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan daripada YBrs. Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, JPANS . Beliau menzahirkan harapan kepada semua ahli-ahli kumpulan yang hadir agar dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan bahagian masing-masing. Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) kepada ahli-ahli projek. Beliau menekankan kepada fasa-fasa yang terlibat dalam pelaksanaan projek RKB dan mengalu-alukan penyertaan JPANS dalam inisiatif RKB ini. Sesi ini telah dihadiri oleh Bahagian Governan dan Korporat, JPANS selaku penyelaras RKB di JPANS dan bahagian-bahagian JPANS lain seperti; Bahagian Saraan dan Pencen, Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri dan Bahagian Kerajaan Digital. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 11 Mac 2025
Mesyuarat Jawatankuasa AMMK Keusahawanan telah diadakan bagi memantau serta menilai keberkesanan pelaksanaan program-program pembangunan ekonomi dan peningkatan produktiviti serta daya saing usahawan negeri Perlis oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datin Marzita binti Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Kebajikan, Kesihatan dan Keusahawanan. Dalam mesyuarat ini, MPC Wilayah Utara telah membentangkan pelaksanaan 2 program peningkatan produktiviti yang dijalankan pada tahun 2024: Pembangunan Kapasiti Teknik Penceritaan Berkesan untuk Usahawan Pelancongan, yang bertujuan memperkasakan usahawan dalam industri pelancongan melalui teknik komunikasi yang lebih efektif.2. Digital Acceleration for Learning and Industry Adoption (DALIA), yang memberi fokus kepada peningkatan operasi jualan usahawan dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memperluaskan pasaran dan daya saing mereka. Selain pembentangan projek tersebut, MPC Wilayah Utara turut mencadangkan pelaksanaan inisiatif ezBE sebagai penilaian awal dalam memperkukuhkan produktiviti usahawan Negeri Perlis bagi tahun 2025. Inisiatif ini dijangka dapat membantu usahawan mengenal pasti faktor utama dalam kecemerlangan perniagaan yang perlu diberi tumpuan bagi penambahbaikan di syarikat.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 11 Mac 2025
Jointly organized by MPC, the Sarawak Business Federation (SBF), and the Sarawak Government, PSIEA serves as a state-level platform to acknowledge industry excellence and its crucial role in driving Sarawak’s economic growth. The award not only celebrates innovation, productivity, and sustainability but also encourages businesses to strive for higher performance and global competitiveness. A significant highlight of PSIEA is that Gold Award winners will have the remarkable opportunity to represent Sarawak at the Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) at the national level. This progression reinforces the commitment to nurturing high-performing industries that contribute to Malaysia’s overall economic landscape. The official launch of PSIEA 2025 is scheduled to take place on 21 April 2025 and will be officiated by YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Deputy Premier of Sarawak #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation #PSIEA2025
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 11 Mac 2025
The Strategic Engagement Session with MIMOS Services Sdn Bhd for the Productivity Enhancement Program provided a valuable platform for discussions on potential collaboration. The session explored the integration of AI-driven productivity solutions to streamline operations, enhance efficiency, and strengthen Malaysia’s industrial competitiveness. With AI as a catalyst for change, this collaboration aims to accelerate digital adoption among businesses, facilitating data-driven decision-making, intelligent automation, and sustainable innovation. Through this engagement, MPC and MIMOS Services Sdn Bhd aspire to build a transformative ecosystem that supports Malaysia’s productivity agenda, in line with the nation's vision of becoming a high-income, technology-driven economy. By leveraging AI, advanced analytics, and emerging technologies, this initiative seeks to empower industries with next-generation tools and strategies to thrive in an increasingly digital and competitive landscape. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation
Oleh MMT MPC 11 Mac 2025
LH Plus Sdn Bhd, sebuah syarikat pembuatan plastik, menghadapi cabaran dalam memantau pengeluaran secara manual, termasuk penggunaan borang pemantauan, borang persediaan mesin, dan helaian semakan Kawalan Kualiti (QC). Keadaan ini menyebabkan kelewatan 12 jam, pengulangan laporan tiga kali, dan risiko kesilapan data, selain membazirkan masa pekerja untuk tugas tidak produktif. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan membangunkan aplikasi digital berasaskan sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) monitor untuk menggantikan borang manual. Papan pemuka masa nyata memantau metrik pengeluaran, data QC, dan jumlah produk ditolak. Automasi ini mengurangkan kelewatan, meminimumkan kesilapan manual, menjimatkan kos sebanyak 35%, dan mencipta nilai sehingga RM300,000 dalam bentuk penjimatan dan kecekapan operasi. Berdasarkan inisiatif yang dilaksanakan, syarikat telah mengambil bahagian dalam Projek Sustainability dan Digitalisasi dengan menggunakan levi dari HRD Corp dan telah memenangi GPM Sustainability Award pada tahun 2024.
Oleh MMT MPC 11 Mac 2025
The Tourism Productivity Nexus (TPN) held the Majlis Apresiasi Komitmen dan Penyerahan Kit Advokasi Kempen Kurangkan Gula bagi Hotel-Hotel di Malaysia to recognize 72 hotels nationwide that have pledged to reduce sugar in buffet menus and display calorie content. This initiative not only supports sustainable tourism but also contributes to national productivity by fostering healthier lifestyles. By promoting well-being and reducing healthcare burdens, the campaign enhances operational efficiency and positions Malaysia as a health-conscious tourism destination. The campaign was a collaborative effort involving TPN, Malaysia Productivity Corporation (MPC), the Malaysian Association of Hotels (MAH), the Malaysian Association of Hotel Owners (MAHO), and the Malaysian Budget and Business Hotels Association (MyBHA), with support from the Ministry of Health Malaysia and the Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). This effort not only encourages responsible dining practices but also strengthens the hospitality sector’s competitiveness through improved service quality and customer satisfaction. Moreover, by reducing sugar consumption and minimizing food waste, hotels can lower costs, streamline operations, and enhance overall productivity in the sector. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 10 Mac 2025
The body content of your post goes here. To edit this text, click on it and delete this default text and start typing your own or paste your own from a different source.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 10 Mac 2025
Majlis ini dirasmikan oleh Puan Anielia Siam, Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, mewakili Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri MEITD dan telah dihadiri oleh 60 peserta dari pelbagai industri. Dalam ucapan beliau, Pn Anielia menekankan kepentingan memiliki tenaga kerja yang kompeten dan adaptif dalam bidang OSH serta mengintegrasikan latihan profesional seperti iCPD dengan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk meningkatkan dayasaing organisasi. Peserta juga telah didedahkan kepada beberapa inisiatif peningkatan produktiviti lain termasuk QE 5.0, penilaian ezBE dan Productivity Calculator. #SarawakProduktif #AkademiDalamIndustri
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 10 Mac 2025
YBrs Dr. Mazlina Shafi’i, Pengarah MPC Sarawak telah membentangkan program RKB bagi meningkatkan kefahaman dan penyertaan projek jabatan dan agensi persekutuan bagi Kerajaan Sarawak. YBhg. Dato’ memohon pihak jabatan & agensi persekutuan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki peraturan sedia dalam memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. Selain itu, YBhg.Dato’ memaklumkan berkenaan Rangka Kerja ILTIZAM yang telah diluluskan pada 6 Mac 2025 yang lepas. Rangka Kerja ILTIZAM bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam melalui reformasi struktur dan revolusi proses. Fokus utama termasuk pengurangan birokrasi, semakan akta dan peraturan, serta penggunaan teknologi pintar dalam tadbir urus. ILTIZAM juga menetapkan sasaran seperti mengurangkan beban peraturan sebanyak 25% menjelang 2025 dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pendekatan "One Door Policy" serta "Government as a Platform (GaaP)". #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
Oleh MMT MPC 13 Mac 2025
Tourism Productivity Nexus (TPN) organized a two-day Train of Trainers and Assessors for Adventure Tourism Operators (ATO) workshop under the Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) Business Certification Program. This initiative aim to enhance productivity within the tourism sector by equipping trainers and assessors with the necessary skills, knowledge, and best practices to improve operational efficiency, service quality, and industry standards in adventure tourism. By focusing on streamlining assessment processes, optimizing resource utilization, and fostering a culture of continuous improvement, the workshop aimed to strengthen the capacity of trainers and assessors in evaluating tourism businesses more effectively. This, in turn, supports adventure tourism operators in adopting more efficient and productive business practices, ensuring that Malaysia’s adventure tourism sector remains competitive and sustainable in the long run. Ultimately, improving productivity in business operations leads to better resource management, higher service standards, and a stronger, more resilient tourism industry. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
Oleh MMT MPC 7 Mac 2025
The Technical Working Group (TWG) which consists of Government, Industry and Academia representatives focused the project wrap-up for the Cost-Benefit Analysis (CBA) of Incentives for National and CKD xEV Passenger Vehicles in Malaysia. The discussion covered summarizing key findings, formulating strategic recommendations based on the analysis, and gathering final feedback to refine the study before project closure. Emphasis was placed on ensuring the findings align with stakeholder expectations and policy considerations. The session also highlighted the importance of presenting a comprehensive and well-structured final report to support decision-making in the automotive sector.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 7 Mac 2025
SBO bersama LPN telah mengadakan sesi perbincangan strategik mengenai permohonan mendapatkan Kelulusan Dasar status pelabuhan Free Zone di Pelabuhan Kontena Sapanggar Sabah. Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah, dan dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Sabah Ports Authority, Sabah Ports Sdn Bhd, serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Hasil daripada perbincangan tersebut, satu sesi libat urus akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk dijadikan sebagai platform perkongsian input dan maklum balas Kertas Cadangan permohonan status pelabuhan free zone. Dalam sesi itu juga pandangan dan cadangan daripada semua agensi dan jabatan yang berkaitan untuk membantu dalam menambahbaik kertas cadangan tersebut. Pihak Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) akan dijemput ke sesi ini dimana penglibatan KKRS adalah penting untuk memastikan kerjasama daripada semua pihak.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 7 Mac 2025
Sesi ini dipengerusikan oleh Pengarah SBO dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada UPEN Sabah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan projek RKB Negeri Sabah. JPANS berkongsi tajuk-tajuk projek RKB manakala KKTP dan KPLBS akan memberikan senarai tajuk selepas sesi taklimat bersama semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan diadakan secara dalam talian pada 10 Mac 2025. Pengerusi memaklumkan sesi bimbingan dan pelaksanaan projek akan dapat dimulakan lebih awal sebaik sahaja tajuk-tajuk projek RKB dapat dimuktamadkan. Beberapa sesi libat urus dirancang diadakan akan datang bermula dengan sesi libat urus bersama JPANS pada 11 Mac 2025 untuk membincangkan mengenai cadangan tajuk-tajuk projek RKB yang dikemukakan. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 7 Mac 2025
Selain itu, UiTMCS akan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki peraturan sedia dalam memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. Di antara kerjasama yang lain adalah menggalakkan para pensyarah untuk terlibat serta menjadi Specialist bagi program Certified Productivity Specialist (CPS) & Quality Environment 5.0 di MPC. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
Oleh MMT MPC 7 Mac 2025
A briefing session on the Digital Productivity Roadmap to the Modern Management & Technology Division, MPC was held to provide an overview of the roadmap’s objectives and implementation framework, aims to drive digital adoption and enhance productivity across 14 Malaysia's key sectors. The session covered critical elements of the Digital Productivity Roadmap, including an overview of industry challenges, strategies for boosting enterprise productivity and the development of a strong digitalisation ecosystem. Other elements include digital adoption trends, innovative digital solutions and real-world transformation use cases to enhance operational efficiency. Additionally, the roadmap provided practical guidance on where and how enterprises can begin their digital transformation journey. Way forward, MPC will engage with industry stakeholders to review and refine the roadmap. This collaborative effort aims to ensure that the roadmap effectively addresses industry needs and enhances Malaysia’s global digital competitiveness.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 6 Mac 2025
Cadangan Projek yang dilaksanakan di DBKU melalui inisiatif RKB memberi impak yang besar kepada rakyat dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 6 Mac 2025
MPC Wilayah Sabah telah dijemput oleh JPANS untuk berkongsi mengenai inisiatif program RKB dan berbincang mengenai tajuk projek RKB yang berpotensi untuk didaftarkan. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan dihadiri oleh YBrs. Puan Aidah @ Idah Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YBrs. Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat dan YBrs. Dr. Zulasri bin Pitting, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Governan dan Korporat. Pihak JPANS menyambut baik inisiatif RKB dan memberikan cadangan tajuk-tajuk projek RKB. Seterusnya akan bekerjasama dengan SBO untuk memasukkan maklumat dalam borang pendaftaran dan mengikuti sesi libat urus akan datang. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh MMT MPC 6 Mac 2025
Catnest Group Sdn Bhd menghadapi cabaran besar dalam menguruskan aliran kerja yang bergantung kepada input manual dan alat asas seperti Excel, yang tidak mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Di samping itu, protokol keselamatan yang lemah menyebabkan risiko terhadap pengurusan inventori dan kecurian. Proses operasi yang tidak automatik menyebabkan kelewatan dan mengurangkan kecekapan dalam operasi harian syarikat. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan penggunaan platform pengurusan data berpusat. Syarikat turut memperkenalkan Sistem Pemantauan Inventori Pintar (SPIP), yang menggunakan sensor masa nyata dan analisis data automatik untuk mengesan pergerakan stok, memantau tahap inventori, dan memberi amaran awal terhadap sebarang aktiviti luar biasa. Sistem ini membantu mencegah kerugian dengan mengurangkan risiko kecurian, memastikan stok dikendalikan dengan betul, dan mengurangkan kesilapan manual. Kesan positifnya, syarikat berjaya mengurangkan kos operasi sebanyak 30% dan meningkatkan kecekapan proses sebanyak 45%, sambil mencipta nilai sebanyak RM200,000 dalam bentuk penjimatan kos dan peningkatan produktiviti.
Oleh MMT MPC 6 Mac 2025
Prestige Medispa menghadapi cabaran dalam menguruskan rekod pelanggan dan butiran temu janji yang disimpan dalam beberapa sistem berbeza, menjadikan proses carian data sukar dan memakan masa​. Selain itu, proses bayaran manual sering menyebabkan kesilapan dan mengurangkan kecekapan operasi, manakala pemantauan inventori yang tidak teratur mengakibatkan lebihan stok atau kekurangan barangan penting. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan penggunaan sistem pengurusan digital yang disesuaikan mengikut keperluan mereka. Proses automasi digunakan untuk urusan bayaran, pemantauan inventori, dan pelaporan, manakala alat analisis pemasaran membantu memantau prestasi kempen dan trend pemerolehan pelanggan. Kesan positifnya, kos operasi berkurang sebanyak 25%, kecekapan meningkat 40%, dan syarikat berjaya mencipta nilai sebanyak RM150,000 melalui penjimatan kos dan peningkatan jumlah pelanggan dalam urusniaga mereka.
Oleh MMT MPC 6 Mac 2025
Date: 6 March 2025, Thursday Time: 12.30 pm Venue: Bilik Aspirasi 2, MPC The strategic discussion with the Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) was held to understand key issues impacting industry players in the retail and food & beverage (F&B) subsectors. The session served as a collaborative platform to explore potential partnerships, share best practices, and identify strategic initiatives to enhance productivity. Key recommendations focused on harnessing technology to enhance operational efficiency and addressing governance and regulatory concerns. Attendees Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) 1. Mr. Ahmad Hussein Tajuddin, President 2. Mr. Rizal Abdul Rahman, Deputy President 3. Ms. Siti Faradila binti Dato' Aslah Malaysia Productivity Corporation (MPC) 4. YBhg. Datuk William Ng, Champion, Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) & National President, SAMENTA 5. Mr. Syukri Mazli, SAMENTA 6. Dr. Halimahton Sa'diah, Let, Director 7. Ms. Nor Adira Adnan, Assistant Manager 8. Ms. Putri Nabila Mustafa Kamal, Assistant Manager
Oleh MMT MPC 6 Mac 2025
Date: 6 March 2025, Thursday Time: 10.30 am Venue: Bilik Aspirasi 2, MPC A productive discussion with MRCA focused on enhancing productivity in the retail and F&B subsectors, emphasizing the need for sector-specific data from DOSM to better understand industry performance. Key challenges identified include licensing, labour policies, and local regulations, which require government attention. A targeted approach for specific subsectors was highlighted as a more effective strategy for improvement. Global benchmarking was recognized as a valuable method to drive productivity growth, alongside the adoption of digital solutions and consumer education to facilitate industry transformation. MRCA expressed strong support for the initiative and committed to engaging more council members to strengthen collective efforts in advancing productivity. Attendees Malaysia Retail Chain Association (MRCA) 1. YBhg. Dato' Liew Bin, Deputy President 2. YBhg. Dato' Vincent Choo Kok Leong, Vice President 3. Ms. Valerie Choo Yoke Chin, Vice President 4. Dr. Afendi Dahlan, Vice President 5. Ms. Cindy Lee, MRCA Executive Director 6. Ms. Sheetal Kaur, Head of Membership & External Affairs Malaysia Productivity Corporation (MPC) 7. YBhg. Datuk William Ng, Champion, Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) & National President, SAMENTA 8. Mr. Syukri Mazli, SAMENTA 9. Ms. Nor Adira Adnan, Assistant Manager 10. Ms. Putri Nabila Mustafa Kamal, Assistant Manager
Oleh MMT MPC 6 Mac 2025
The session focused on enhancing the communication plan for the Transforming Enterprise Productivity with A.I. initiative under DPN. It included a review of lessons learned from last year’s projects, identification of areas for improvement, and discussions on strategies to enhance outreach, engagement, and impact for the 2025 program. The Communication Plan will prioritize higher engagement, improved conversion rates, and clearer AI adoption success stories. Stronger digital outreach, targeted messaging, and AI-driven engagement will be key to increasing participation. Continuous monitoring and feedback loops will be implemented to ensure the strategy's effectiveness.
Oleh MMT MPC 6 Mac 2025
Nexus Produktiviti Kimia dan wakil industri kimia telah melaksakan libat urus berkaitan projek Transformasi Digital untuk Peningkatan Kecekapan dan Produktiviti Pemandu Barangan Berbahaya dalam Industri Kimia membincangkan penggunaan teknologi digital dalam meningkatkan keselamatan, pematuhan, dan kecekapan operasi dalam sektor ini. Projek ini bertujuan memperkasakan pemandu dengan latihan digital, dan pematuhan kepada piawaian keselamatan antarabangsa seperti ADR. Perbincangan turut merangkumi inisiatif kesedaran digital dan amalan kecemerlangan operasi bagi menggalakkan penggunaan teknologi bagi memastikan pertumbuhan industri yang mampan.
Oleh MMT MPC 6 Mac 2025
The online meeting with Perodua focused on presenting the "Transforming Enterprise Productivity through AI Adoption" programme, specifically tailored for automotive upstream vendors. The session addressed Malaysia’s declining competitiveness and the urgent need for AI-driven transformation in the automotive supply chain. This programme aims to enhance vendor productivity through AI-driven business practices, accelerate industrial transformation, and equip workers with essential digital skills. The expected impact includes improved efficiency, cost reduction, and stronger global competitiveness. The meeting also discussed AI awareness programs and operational excellence initiatives to encourage vendors to adopt AI for better decision-making and sustainable growth.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 5 Mac 2025
MPC Wilayah Sabah telah dijemput oleh KPLBS untuk berkongsi mengenai inisiatif program RKB dan berbincang mengenai projek RKB yang berpotensi untuk didaftarkan. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Jean Shat Fu Yi, Ketua Bahagian dan dihadiri oleh seramai 7 orang pegawai daripada pelbagai bahagian di KPLBS. Hasil daripada sesi perbincangan ini adalah pihak KPLBS akan mengadakan sesi perbincangan dalaman untuk mengenal pasti senarai projek RKB yang berpotensi untuk didaftarkan dan satu taklimat kepada semua Pejabat Daerah di Sabah akan diadakan pada masa terdekat. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh MMT MPC 5 Mac 2025
Bagi memacu sektor penjagaan negara yang lebih produktif, MPC dan PHPN, dengan sinergi bersama KENDANA, telah memulakan inisiatif strategik melalui sesi libat urus mengenai kerangka insurans penjagaan jangka panjang (LTC), yang bertujuan untuk membina ekonomi penjagaan yang mampan serta meningkatkan produktiviti dalam sektor tersebut. Sesi bersama KWAP, yang diketuai YBrs. Puan Zarina Halim, Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan, telah mengemukakan maklum balas konstruktif terhadap potensi instrumen LTC dalam menyokong tenaga kerja yang produktif di sektor penjagaan. KWAP menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan kesediaan untuk kerjasama strategik melalui penglibatan dalam jawatankuasa pemandu. Langkah seterusnya, siri perbincangan pelbagai pihak akan digerakkan, bagi memastikan kerangka LTC yang inovatif dan responsif dalam usaha mempromosikan kesejahteraan rakyat, serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 5 Mac 2025
Sesi ini bertujuan membincangkan strategi dan program outreach Akademi Dalam Industri bersama ILPKS untuk tahun 2025. Selain itu, pihak ILPKS menjemput MPC untuk menyertai program outreach Karnival Kerjaya Bersama Industri di ILPKS pada bulan Jun 2025. Melalui program outreach ini, ianya dijangka akan menyumbang kepada peningkatan penyertaan bakat di dalam program ADI dan pemadanan serta penempatan bakat ke dalam industri di Sarawak. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #MPC
Oleh MMT MPC 5 Mac 2025
The kick-off meeting for the Productivity Improvement Programme for Automotive Upstream was conducted in a hybrid format, focusing on leveraging technology adoption through AI. Industry experts provided insights on structuring the program, ensuring it aligns with industry needs. The President of Perodua Suppliers Association (P2SA) and Proton Vendors Association (PVA) both respectively joined the session, sharing some valuable input on improving vendor competitiveness. Discussions emphasized the role of AI-driven solutions in streamlining operations, boosting efficiency, and fostering continuous improvement. This meeting marked the first step toward developing a structured initiative and proof-of-concept to drive technological advancement and productivity growth in the automotive upstream sector.
Oleh MMT MPC 5 Mac 2025
MEPN recently held a Project Pintar Assessment Report Presentation for JKS Engineering (M) Sdn. Bhd. A pivotal session aimed at enhancing productivity and operational performance. The presentation provided an in-depth analysis of JKS’s individual assessment report, offering key insights into current business operations and areas for strategic improvement. With the presence of top management of the company, the session facilitated a constructive discussion on the report’s findings and explored tailored interventions to drive efficiency and competitiveness. This initiative aligns with Project Pintar’s commitment to empowering M&E companies with data-driven strategies for sustainable growth.
Oleh MMT MPC 4 Mac 2025
TPN telah mengadakan lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan bagi persiapan Kempen Kurangkan Gula dan Pembaziran Makanan, yang turut dihadiri oleh wakil daripada UNDP, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), dan Malaysia Budget and Business Hotel Association (MyBHA). Lawatan tapak ini bertujuan untuk menilai kesesuaian ruang yang akan digunakan bagi Majlis Apresiasi Komitmen dan Penyerahan Kit Advokasi Kempen Kurangkan Gula bagi Hotel-Hotel di Malaysia, yang dianjurkan oleh Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN). Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurangan penggunaan gula dan pembaziran makanan dalam industri hospitaliti, tetapi juga sebagai langkah strategik dalam memperkukuh produktiviti sektor pelancongan. Dengan menggalakkan amalan yang lebih sihat dan mampan dalam operasi hotel, kempen ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan operasi, pengurangan kos, serta penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelancong, sekaligus memperkukuh daya saing industri pelancongan negara. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
Oleh MMT MPC 4 Mac 2025
MEPN recently joined key stakeholders to strategize on advancing the Machinery & Equipment (M&E) industry. Discussions centered on identifying critical processes and technologies for each M&E sector to enhance industry support and development. An important initiative in progress is the development of a MEIF Market Access Program website under the MEPN-AEROPN Pilot Project. This platform will play a vital role in identifying and categorizing SMEs, enabling a more structured and effective approach to market access and business growth.
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 4 Mac 2025
Program pembangunan kapasiti ini disertai oleh 54 kakitangan MBSP bagi memahami serta mengaplikasikan prinsip-prinsip kualiti yang terkini dengan memberi penekanan kepada keberkesanan proses, inovasi, dan kelestarian melalui pendekatan Lean Management, penggunaan teknologi, dan kecerdasan buatan (AI). Program ini juga membantu MBSP untuk memahami strategi inovatif yang dapat membantu mereka dalam mencapai matlamat persijilan. Taklimat mengenai konsep dan manfaat QE 5.0 telah disampaikan oleh Encik Sabri Bin Hasan, Seksyen Pembangunan dan Perlaksanaan QE5.0. Komitmen MBSP terhadap amalan Persekitaran Berkualiti 5.0 ini mampu meningkatkan kecekapan organisasi, memacu inovasi, serta mempertingkatkan daya saing dengan memanfaatkan teknologi yang lebih maju. #MemacuProduktivitiNegara
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 4 Mac 2025
Dalam usaha memperkasa tenaga kerja dan membuka peluang kepada bakat baharu, Mondelez Malaysia Sdn. Bhd. mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan Program Akademi Dalam Industri (ADI) yang bukan sekadar memberi peluang peningkatan kemahiran kepada pekerja sedia ada, malah turut membuka ruang kepada individu yang sedang mencari pekerjaan untuk membina kerjaya dalam industri berteknologi tinggi. Justeru itu MPC NRO menghubungkan Mondelez Malaysia dengan ADTEC Kulim melalui kolaborasi strategik yang melibatkan penyertaan seramai 20 bakat untuk mengikuti Program Persijilan Tahap 3 dalam bidang Mekatronik. ADTEC Kulim akan membantu industri melaksanakan 20% komponen teori, manakala selebihnya akan dipelajari secara praktikal sewaktu bekerja di syarikat. Kerjasama erat antara industri dan pusat latihan kemahiran seperti ini amat penting dalam menangani jurang kemahiran serta memastikan tenaga kerja yang dihasilkan benar-benar memenuhi keperluan semasa industri. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 3 Mac 2025
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Agensi MITI (JPAM) Wilayah Sarawak Bil. 1/2025 telah berlangsung di MPC Sarawak, Kuching. Mesyuarat tahunan ini dipengerusikan oleh En. Griffith Jones Anak Goba, Pengarah MITI Sarawak, dan dihadiri oleh wakil dari pelbagai agensi, termasuk MIDA, MATRADE, MPC, MIDF, dan SIRIM. Dalam ucapan pembukaannya, Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua agensi atas sumbangan dan kerjasama mereka sepanjang tahun 2024. MPC Sarawak juga membentangkan projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang akan melibatkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Satu projek RKB akan didaftarkan dibawah MITI agensi di Sarawak. MPC Sarawak juga telah bekerjasama dengan SBF dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan Premier of Sarawak Industry Excellence Award (PSIEA), yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2025. Kesemua program dan projek yang dibentangkan oleh MITI dan agensi diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing industri di Sarawak. Pengerusi berharap agar agensi dapat terus bekerjasama dengan berkongsi program masing-masing bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang lebih efektif serta memperkukuh daya saing industri di Sarawak. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 3 Mac 2025
Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (PSUPS) dengan Kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Penjawat Awam Persekutuan Negeri Sabah bagi inisiatif untuk menghayati konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Seminar ini bertujuan membentuk penjawat awam untuk memahami peranan mereka dalam pembinaan negara bangsa dengan pendekatan MADANI yang merangsang pemikiran seperti klasik, moden, pascamoden dan pascanormal. Ucapan Alu-aluan dan pengenalan AKM telah disampaikan oleh YBhg. Datin Shonitah binti Terang, Pengarah AKM Negeri Sabah, Pejabat Perdana Menteri dan YBrs. Puan Mastina binti Ibnu Hassan, Timbalan SUP Sabah, PSUPS telah menyampaikan ucapan perasmian seminar ini. Sesi interaksi kenegaraan telah disampaikan oleh Encik Darwis bin Dawing, AKM Negeri Sabah, Pejabat Perdana Menteri dan YBrs. Dr. Mohamad Saifulbakri bin Yusoof, Penolong Pengarah Kanan, Unit Komunikasi Strategik, AKM telah menyampaikan ceramah Malaysia MADANI yang bertajuk “Malaysia MADANI: Era Pasca Normal”. Seramai 160 orang penjawat awam daripada Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan telah menghadiri seminar ini. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 3 Mac 2025
MPC Wilayah Sabah telah dijemput oleh MITI Wilayah Sabah untuk turut serta dalam lawatan kunjungan hormat MITI dan agensi ke PEKEMA Cawangan Sabah. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Ridzuan bin Datuk Haji Lassim, Presiden PEKEMA Cawangan Sabah dan delegasi kunjungan ini diketuai oleh YBrs. En. Ariffin bin Hamzah, Pengarah MITI Wilayah Sabah. Turut hadir bersama adalah YBrs. En. Sudirman Mohd Alwi, Ketua MIDF Wilayah Sabah, wakil daripada MIDA, SIRIM dan MPC serta seramai 16 orang daripada 12 buah syarikat ahli PEKEMA Cawangan Sabah. Objektif utama lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk membina hubungan kerjasama antara pihak MITI dan PEKEMA dan mendapatkan isu/cadangan daripada ahli-ahli PEKEMA berkaitan dengan cabaran semasa berkaitan pengimportan kenderaan di Sabah. Antara isu yang diutarakan oleh pihak PEKEMA adalah sistem kuota pemegang Permit Import (AP), status bumiputera di Sabah sebagai ahli PEKEMA, bantuan kewangan daripada Kerajaan dari segi pinjaman atau insentif dan lain-lain. MPC Wilayah Sabah turut berkongsi mengenai inisiatif terkini dalam peningkatan produktiviti di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 3 Mac 2025
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah dan dihadiri oleh semua wakil dan ketua-ketua jabatan dan badan berkanun persekutuan yang ada di Sabah. Pengerusi mengingatkan kepentingan untuk mengeratkan kerjasama antara kerajaan negeri dengan jabatan dan badan berkanun persekutuan agar dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat Negeri Sabah. Dalam mengharungi cabaran semasa dan akan datang, kerjasama ini penting. Mesyuarat ini juga diselitkan pembentangan kertas taklimat daripada Jabatan Audit Negara Cawangan Sabah dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Bagi membantu pemahaman ketua-ketua jabatan, pihak agensi dan jabatan kerajaan Negeri Sabah yang berkaitan akan dijemput pada mesyuarat akan datang untuk berkongsi maklumat dan status projek Pembangunan yang sedang dijalankan di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 3 Mac 2025
Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 7000 lebih penjawat awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Sabah menghadiri majlis ini. YAB Ketua Menteri Sabah menzahirkan penghargaan kepada anggota penjawat awam atas komitmen dan sokongan padu menjayakan agenda pembangunan negeri, termasuk mereka yang sedang mencurah bakti dalam sektor keselamatan, pendidikan dan kesihatan. Jalinan kerjasama dan persefahaman antara pimpinan negeri dengan para penjawat awam, perlu terjalin erat dan sentiasa diperkukuhkan atas nama pertanggungjawaban dan kecintaan terhadap negeri dan tanah air yang disayangi. Beliau juga menyatakan bahawa Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ 1.0 akan menjadi Hala Tuju SMJ 2.0, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat, sesuai dengan agenda untuk menjadikan Sabah negeri yang hebat. Kerajaan Negeri telah merangka Hala Tuju Strategik Pembangunan Negeri di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) sebagai langkah proaktif untuk memacu ekonomi dan pembangunan negeri dan ia akan bermula dari tahun 2026 hingga 2030, dirangka mengambil kira dasar, pelan pembangunan dan Blueprint semasa, serta inisiatif-inisiatif utama yang sedang diterokai, termasuk inisiatif Ekonomi Biru. Agenda pembangunan negeri di bawah RMKe-13 juga turut diselaraskan dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals (SDG)) bagi memastikan pembangunan negeri yang inklusif dan lestari seiring dengan komitmen di peringkat nasional dan global. Bagi memperkukuhkan inisiatif Ekonomi Biru, Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu lalu, telah meluluskan penubuhan Taman Perindustrian Ekonomi Biru (Blue Economy Industrial Park (BEIP)) di Kudat. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 3 Mac 2025
MPC Wilayah Sabah telah dijemput ke sesi libat urus anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM), badan berkanun di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI) dalam memberikan input dan pandangan dalam membangunkan Kajian Rangka Tindakan Ekonomi Biru Malaysia (Malaysia Blue Economy Blueprint – MBEB). Tempoh perlaksanaan kajian MBEB adalah selama 12 bulan bermula pada 26 Ogos 2024 sehingga 25 Ogos 2025. Pembangunan MBEB akan meneliti 9 sektor strategik iaitu Fisheries & Aquaculture, Waste Disposal Management, Coastal & Maritime Tourism, Marine Biotechnology & Bio-Prospecting, Extractive Industries of Non-living Resources, Maritime Transport, Ports & Related Services as well as Shipping & Shipbuilding, Renewable Energy, Desalination for Freshwater Generation dan Ocean Ecosystem Services & Health. Selain itu, Governance & Policy juga turut dibincangkan. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 3 Mac 2025
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah dan dihadiri oleh YBrs. Tuan Suhaib bin Datuk Hj. Ismail, Timbalan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah dan Pegawai UPEN Sabah, wakil daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah. Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk mendapatkan maklum balas susulan daripada sesi perbincangan libat urus bersama UPEN Sabah yang diadakan pada 22 Januari 2025. Antara hasil daripada sesi perbincangan ini adalah pihak UPEN Sabah memaklumkan telah mendaftar 1 projek RKB di Sabah pada 25 Januari 2025. Pihak KPLBS dan KKTP mencadangkan agar satu sesi taklimat mengenai RKB kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah di Sabah diadakan supaya semua PBT dan Pejabat Daerah memahami inisiatif RKB dengan lebih lanjut dan dapat mencadangkan senarai projek RKB yang berpotensi di daerah masing-masing. Pihak UPEN Sabah, KPLBS, KKTP dan JPAN Sabah bersetuju untuk berbincang dengan Ketua Jabatan masing-masing untuk menyenaraikan senarai projek RKB di Sabah untuk dibincangkan semasa sesi perbincangan yang akan diadakan pada 6 Mac 2025. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Oleh REGIONAL OFFICE MPC 27 Februari 2025
Pihak MPC Wilayah Sabah (SBO) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Persatuan Pelancongan Papar (PaTA) mengenai program pensijilan perniagaan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx). Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah. Hasil daripada perbincangan tersebut, pihak PaTA bersetuju untuk mengadakan sesi taklimat MaTEx bersama ahli PaTA pada bulan April. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan, selaras dengan piawaian antarabangsa. Dengan kerjasama ini, diharapkan lebih banyak penyertaan dari anggota PaTA dalam usaha memperkukuh industri pelancongan di Sabah, terutama dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026 yang akan datang. Inisiatif ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pelancong dan meningkatkan pengalaman pelancongan di negeri ini.
Oleh MMT MPC 27 Februari 2025
The meeting marked the beginning of a comprehensive review of the Machinery & Equipment (M&E) productivity landscape in 2025. The discussions underscored the need for a holistic approach, integrating both structural (macro) and operational (micro) dimensions to drive industry-wide improvements. The meeting highlighted the importance of incorporating structural elements such as strategic business planning and market expansion. This broader perspective aims to ensure sustainable growth and long-term competitiveness for M&E companies.
Oleh MMT MPC 27 Februari 2025
A session with an AMRACE representative discussed an initiative to engage 100 aerospace companies in a productivity improvement program focused on modern management practices and digital technologies. The program aims to boost competitiveness and align with Malaysia’s NIMP 2030 goals. The initiative will increase industry awareness, foster participation in future programs, and enhance collaboration between aerospace companies, experts, and policymake
Share by: