Diari

By REGIONAL OFFICE MPC 17 May, 2024
Bengkel yang dianjurkan oleh Pejabat Taman Negara Pulau Pinang ini bertujuan untuk semakan dan pra penyediaan pindaan ke atas Akta Taman Negara 1980 (Akta 226) bagi menambahbaik kecekapan kawalselia di dalam taman negara. Pihak Taman Negara Pulau Pinang dan Jabatan Perhilitan telah mengambil pendekatan Amalan Baik Peraturan (GRP) sebagai inisiatif bagi cadangan pindaan Akta Taman Negara 1980 (AKTA 226) ini untuk menghasilkan sebuah peraturan yang berkualiti dan produktif. Pada bengkel ini, pihak MPC telah dijemput untuk fasilitasi bengkel dan perkongsian tentang Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) serta tatacara pelaksanaan Analisa Impak Peraturan (Regulatory Impact Analysis - RIA) bagi menghasilkan suatu peraturan yang berkualiti. Sesi ini diharapkan dapat membantu pihak Taman Negara Pulau Pinang menambah baik peraturan sedia ada dan menyediakan sebuah peraturan yang lebih berkualiti seterusnya dapat menyokong peningkatan kecekapan perkhidmatan penyampaian peraturan kepada rakyat.
By REGIONAL OFFICE MPC 17 May, 2024
Sesi ini diadakan bertujuan untuk perkongsian program peningkatan bakat melalui Akademi Dalam Industri (ADi) kepada Mplex Technology Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat tempatan yang beroperasi dalam membangunkan sistem automasi kepada pemain industri seperti E&E, Semiconductor, Chemical, Livestock, F&B yang merangkumi software & hardware development. Menerusi sesi libat urus ini, pihak Mplex Technology Sdn. Bhd. telah menunjukkan minat untuk mendapatkan bakat ADi dan juga menjadi penyedia latihan dalam ADi bagi membangunkan bakat tempatan. Syarikat juga merupakan salah satu tenaga pengajar kepada Peninsula College di The Ship Campus di bawah PKT Logistics Group Sdn. Bhd. Kerjasama strategik bersama Mplex Technology Sdn. Bhd. dapat membantu meningkatkan produktiviti tenaga kerja tempatan menerusi peningkatan bakat dan penerimagunaan teknologi.
By PCD MPC 16 May, 2024
The session focused on strategizing and finalizing the entire ecosystem of the programme in collaboration with Training Providers. It was agreed that a comprehensive Term of Reference (ToR) for the training providers, as well as guidelines or a template for both technical and non-technical Proof of Concept (PoC) programmes, should be established. Moving forward, in-depth discussions will be organized with experts to determine suitable solutions for the proposed recommendations before the programme's imminent launch.
By PCD MPC 16 May, 2024
TPN telah menganjurkan satu mesyuarat bersama pemain industri bagi membincangkan inisiatif TPN untuk mengenal pasti isu-isu yang dihadapi pelbagai subsektor pelancongan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 20 pemimpin industri dan dipengerusi oleh Champion TPN, Encik Rohizam Md Yusoff. TPN telah menyediakan satu garis panduan bagi para pemain industri mengemukakan input mereka. Kemudian, maklum balas tersebut akan dikumpul oleh sekretariat dan dibentangkan kepada kementerian dan agensi yang berkaitan. TPN berharap bahawa insiatif ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam sektor pelancongan dengan menangani isu-isu sedia ada. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By PCD MPC 16 May, 2024
Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan input berkaitan persediaan bengkel yang akan dijalankan pada 16 Mei 2024 untuk mengemaskini kemajuan NDFB, termasuk cara isu-isu perniagaan dikumpulkan mengikut kluster dan diberi keutamaan. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan gambaran dengan penggunaan pelbagai kaedah dan alat penilaian (Online tools) untuk memilih dan mengaplikasikan teknik yang sesuai dalam konteks pelaksanaan bengkel NDFB bersama dengan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi pada 4 Jun 2024 nanti. Kehadiran MPC Associate 1. En. Muhammad Fakhruddin Arrazi bin Misni (Deen) MPC 1. Pn. Wan Fazlin Nadia Wan Osman 2. Pn. Shahriza Bahari 3. Team GovTech 4. Team NDFB
By REGIONAL OFFICE MPC 15 May, 2024
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. TPr. Stanley Chong, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP). Sesi ini bertujuan untuk berkongsi mengenai status perlaksanaan mengenai Inisiatif Peningkatan Kecekapan Proses Permohonan dan Kelulusan Permit Pembinaan di Sabah dan perbincangan Way Forward bagi inisiatif ini. Output inisiatif ini adalah Draf Manual Proses Permohonan dan Kelulusan Permit Pembinaan di Sabah . Beberapa bengkel akan diadakan yang melibatkan pihak berkepentingan daripada beberapa Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sektor Swasta yang terdiri daripada Persatuan-Persatuan Arkitek dan Jurutera di KL dan Sabah. Projek pilot akan dijalankan di PBT yang berkaitan untuk memantau keberkesanan manual tersebut. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC 15 May, 2024
Bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan menambahbaik polisi pencalonan, penilaian, kategori dan penerima APDN agar mencapai standard yang lebih tinggi dan berprestij. Pihak MITI dan MPC telah dijemput untuk fasilitasi bengkel dan berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan AKI dan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) sebagai panduan kepada Pegawai KPDN dalam usaha memastikan peningkatan produktiviti dan kecemerlangan perniagaan ke atas organisasi yang akan menyertai APDN. #MemacuProduktivitiNegara
By PCD MPC 15 May, 2024
We conducted an engagement session and discussion with the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) and explored several local AI solution providers such as Padu.ai, Innoveam, and T-robot. The focus was on how they can help increase the productivity of enterprises across various sectors by using AI. The priority is to use AI technologies that are practical, economical, scalable, and easy for enterprises across sectors to learn and implement.
By REGIONAL OFFICE MPC 15 May, 2024
Taklimat ini telah disampaikan oleh Penolong Gabenor, YBrs. Dr. Norhana Endut. Taklimat ini bertujuan untuk memberikan gambaran mengenai pembangunan ekonomi dalam konteks nasional dan Negeri Sabah, serta menyediakan pandangan yang komprehensif mengenai aspek-aspek lain yang relevan dengan mandat dan bidang kuasa BNM. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #MPC #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC 15 May, 2024
Pihak Terra Tech Borneo membentangkan fungsi produk yang dibangunkan berasaskan konsep pendigitalan. Pihak MPC SBO bersedia mengangkat idea tersebut ke peringkat dalaman MPC seterusnya. Selain itu, mencadangkan projek rintis dalam projek garis panduan keselamatan dengan pihak KEPKAS. Perkara lain dibincangkan ialah langkah seterusnya yang perlu diambil untuk projek sebelum ini berkenaan pengadaptasian teknologi dalam Enterprise di Sabah. Kehadiran Pihak MPC: 1. Tn. Edward Binty 2. Tn. Fazree 3. Cik Zabirah Zamar Kehadiran Pihak TTB: 1. Tn. Nanthan 2. Pn. Catherine #MemacuProduktivitiNegara #sabahproduktifsabahmajujaya
By Media Unit 15 May, 2024
11 Mei 2024, Kuala Lumpur - Seramai 94 graduan dari kohort pertama Program Akademi Dalam Industri yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia telah melengkapkan pengajian mereka selama tempoh sehingga 18 bulan. Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan disaksikan oleh Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM. Program ini dijangka bakal menyumbang kepada usaha memperkukuhkan saluran bakat mahir bagi memenuhi keperluan sektor industri di Malaysia secara sistematik dan berterusan. Bagi tahun 2024, sejumlah 28 kohort dijangka akan mendapat pensijilan di bawah program ini. Inisiatif Akademi Dalam Industri diperkenalkan pada tahun 2022 melalui projek rintis Academy in Factory (AiF). Lebih 15,000 belia telah mendaftar untuk inisiatif ini dengan penyertaan hampir 2000 syarikat perusahaan merentas 28 subsektor ekonomi. Maklumat lanjut mengenai Akademi Dalam Industri boleh didapati di https://www.aii.gov.my/.
By REGIONAL OFFICE MPC 15 May, 2024
Sesi libat urus bersama Persatuan Penternak Ayam Bera Negeri Pahang telah diadakan bagi mengenal pasti keadaan semasa serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh penternak dalam mematuhi peraturan dan garis panduan penternakan ayam moden. Antara beban peraturan dihadapi oleh setiap penternak di daerah Bera adalah kos pematuhan ladang moden yang tinggi. Selain daripada itu struktur reban yang tidak kukuh serta bentuk muka bumi ladang ayam sedia ada yang berbukit menyukarkan pertukaran ke ladang ayam moden. MPC akan memudahcara isu ini dan akan mengadakan sesi libat urus bersama pengawal selia dan pemain industri pada penghujung pertengahan bulan Jun 2024. #MemacuProduktivitiNegara #PahangProduktif #Pahang1st
By PCD MPC 14 May, 2024
TPN, in collaboration with the UNDP Malaysia Country Office, held its first virtual meeting as a follow-up to the initial Sustainable Tourism: Industry Champions Workshop held earlier in April 2024. This meeting reviewed the challenges and activities from the first session and discussed improvements and specific tasks for the five groups formed during the initial workshop, in preparation for the upcoming physical meeting in June. Additionally, the meeting addressed the tentative dates for the next three workshop series and their respective follow-up virtual meetings. Mr. Martin, the main facilitator, emphasized that the next physical workshop would focus on the sustainability initiatives and best practices implemented by industry players. Enhancing productivity in sustainable tourism was also highlighted as a key goal to ensure long-term success and impact. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By PCD MPC 14 May, 2024
Visualization and learning session on the latest updates in A.I. technology by Intel and solutions from their partners. The technology adoption encompasses deployment across sectors, including healthcare, manufacturing, and logistics. Intel also shared information about their latest Digital Readiness Programme for Youth, the Current Workforce, and the Future Workforce. Currently, MPC is in the midst of negotiation and discussion with Intel to organize a programme called A.I. for Business, where we aim to develop smart factories in the manufacturing sector and smart enterprises in the services sector by leveraging A.I. technology, supported by Intel and their Malaysian solution provider partners.
By REGIONAL OFFICE MPC 13 May, 2024
Perbincangan bersama En Munir Ashim Abdullah, Pengasas GrasiCili telah dijalankan bagi membincangkan status kemajuan projek pertanian kontrak ladang cili yang sedang dibangunkan di Pasir Puteh, Kelantan di bawah inisiatif Peningkatan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan. Kerja-kerja tanah masih berjalan yang mana proses membersih dan merata tanah yang berkeluasan 10 ekar ini sedang dijalankan oleh pemilik tanah, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBCSB), anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Kerja-kerja tanah merangkumi penebangan pokok dan hutan, membersih sisa pokok, serta merata tanah yang berbukit. Satu mesyuarat di antara KBCSB dan PMBK bersama GrasiCili akan dijalankan dalam bulan Mei bagi membincangan perincian kerjasama dan perjanjian projek. Projek Pertanian Kontrak Ladang Cili ini merupakan inisiatif pertanian moden yang mampu melonjakkan produktiviti dan KDNK Negeri Kelantan, selain menyediakan peluang pekerjaan baharu dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Negeri Kelantan. #MPC #MPCProductivity #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #KelantanProduktif
By PCD MPC 13 May, 2024
A strategic review was conducted on the first draft of the ongoing Digital Competitiveness Deep Dive Report. Following the last briefing session with the writer, the current progress primarily includes an overview of global and Malaysia's performance in the IMD World Digital Competitiveness Ranking (WDCR), as well as strategies to manage digital competitiveness. Constructive feedback was provided and discussed to enhance the quality of the content.
By REGIONAL OFFICE MPC 13 May, 2024
Sambutan Tripartite Hari Pekerja ini adalah dibawah anjuran Jabatan Tenaga Kerja Sabah (JTK Sabah) dan dengan kerjasama jabatan dan agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA). Program ini adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan majikan dan pekerja kepada pembangunan Negeri Sabah. Sambutan ini melibatkan seramai 1,500 pekerja dan majikan sektor awam dan swasta termasuklah pemimpin utama dan ketua-ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan.
By PCD MPC 13 May, 2024
The discussion is focused on solidifying an agreement regarding the proposed timeline for the project intervention. This encompasses the analysis and development phases of the pilot project, as well as the comprehensive implementation of the coaching program. Attendees: 1) Dr. Kamaruzaman Jahidin 2) Abdul Rahman Kamis 3) Amalia Abd Razak
By PCD MPC 12 May, 2024
arikh : 13 Mei 2024, Isnin Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang Tempat: Institut Latihan Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur Bengkel ini telah diadakan untuk mengenalpasti isu-isu yang dihadapi oleh industri dalam proses mendapatkan lesen perniagaan. Sesi ini juga turut merangka cadangan penambahbaikan untuk menangani isu yang berkaitan agar dapat kecekapan dapat ditingkatkan.
By REGIONAL OFFICE MPC 12 May, 2024
Sesi libat urus bersama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) telah diadakan bagi mendapatkan input terperinci berkaitan projek penternakan ayam moden, yang merupakan salah satu inisiatif yang dicadangkan di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan. Projek penternakan ayam moden melalui kaedah sistem reban tertutup ini sedang menunggu kelulusan pihak kerajaan negeri dan akan dibangunkan di Rong Chenok, Pasir Mas, Kelantan. Reban tertutup pertama akan dibina sebagai projek rintis bakal menghasilkan 25 ribu ekor ayam pedaging bagi setiap pusingan. MPC dan Nexus Produktiviti Agromakanan (AFPN) akan meneliti peluang lonjakan produktiviti dengan pelaksanaan projek ini sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan. Kaedah-kaedah pertanian moden yang boleh membantu meningkatkan produktiviti akan diketengahkan melalui perkongsian pengetahuan, adaptasi dan penerimagunaan teknologi dan inovasi, dan sebagainya. Selain dari penternakan ayam moden, PKPNK juga turut berkongsi beberapa inisiatif kerajaan negeri yang lain di bawah kelolaan PKNPK seperti penternakan lembu, penanaman padi, dan cili secara kluster di beberapa kawasan sekitar Pasir Mas dan Tumpat. Perbincangan ini turut membuka ruang dan peluang kolaborasi untuk MPC dan PKPNK ke arah melonjakkan produktiviti subsektor agromakanan di negeri ini. #MPC #MPCProductivity #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #KelantanProduktif
By REGIONAL OFFICE MPC 10 May, 2024
Tesi perbincangan di antara MPC Pahang dan Champion Agro-food Productivity Nexus (AFPN) ini adalah untuk mendapatkan pandangan dan kepakaran dalam mengenalpasti strategi yang sesuai bagi memastikan Projek Rintis ladang Ayam Moden dan Projek pemutihan Sembelihan Ayam ini dapat dijalankan dengan jayanya dan seterusnya membantu penternak meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka dalam industri tersebut. Berdasarkan perbincangan, semua agensi pengawal selia perlu dilibatkan dalam melaksanakan pemutihan rumah sembelihan bukan sahaja dari aspek halal dan keselamatan makanan tetapi tetapi juga kebersihan dan pengurusan sisa kumbahan seperti Indah Water Konsortium (IWK) atau agensi yang menguruskan sisa pepejal. Projek rintis bagi ladang ayam moden juga boleh dipilih berdasarkan senarai penternak yang berpotensi daripada saranan DVS. Dr. Noor Aishah Haji Hassan, Pengarah MPC Pahang turut berkongsi isu dan cabaran yang diterima daripada agensi pengawal selia dan industri berdasarkan sesi libat urus yang telah dibuat sebelum ini. Bengkel Projek Ladang Ayam Moden dicadangkan akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Jun 2024 #MemacuProduktivitiNegara #PahangProduktif #Pahang1st
By REGIONAL OFFICE MPC 10 May, 2024
Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh En Mohd Rizan Bin Abran iaitu Ketua Penolong Setiausaha Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP) Sabah dan antara yang hadir ke sesi libat urus ini ialah wakil dari CAAM dan wakil dari MPC (HQ dan SBO). Objektif sesi libat urus ini adalah bertujuan membincangkan penambahbaikan proses pendaftaran dan kelulusan operasi penerbangan Sistem Kapal Udara Tanpa Pemandu (UAS/DRON). Hasil dari libat urus ini pihak PHEDNP akan memberikan laporan maklumbalas berkenaan cadangan pihak Sabah untuk menggunakan sistem pendaftaran dron yang telah dibangunkan oleh Jabatan Tanah Ukur (JTU) Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya #ProgramPenambahbaikanProduktiviti
By REGIONAL OFFICE MPC 10 May, 2024
Sesi perkongsian anjuran Majlis Perundingan Gaji Negara, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) yang bertajuk “Isu Berkaitan Gaji – Gaji Kehidupan Wajar” telah sampaikan oleh Encik Xavier Estupinan, Regional Wage Specialist ILO. Kehadiran: 1) Kementerian Ekonomi (KE) 2) TalentCorp Malaysia 3) Universiti Putra Malaysia (UPM) 4) Jabatan Tenaga Kerja (JTK) 5) Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) #SabahProdduktifSabahMajuJaya #MemacuProduktivitiNegeara
By PCD MPC 10 May, 2024
In a recent development for PMC project, Mr. Tiong Khe Hock, MEPN expert, showcased the company's productivity analysis utilizing the MEPN Productivity Assessment Tool. This tool has allowed the company management to delve deep into crucial metrics like profitability, growth, productivity, and efficiency. Identifying key areas for enhancement, a range of intervention programs has been pinpointed. These include implementing lean management strategies, embracing digitalization initiatives, and prioritizing upskilling for current employees. These interventions aim to propel the company productivity and sustained growth. #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By REGIONAL OFFICE MPC 09 May, 2024
The body content of your post goes here. To edit this text, click on it and delete this default text and start typing your own or paste your own from a different source.
By REGIONAL OFFICE MPC 09 May, 2024
Sesi libat urus telah diadakan bersama PTG Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan serta Majlis Bandaraya Kuantan bagi memuktamadkan pemilihan projek rintis melalui inisiatif Ubah Jenis Kegunaan Tanah (UJKT) melibatkan proses Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah di Bawah Seksyen 204D. Pihak PTG Pahang telah bersetuju untuk menjadikan “Cadangan Pembangunan Perindustrian Di Atas Sebahagian Lot PT 22993 di Daerah Kuantan” sebagai projek rintis di mana projek pembinaan melibatkan 1 unit kilang tayar, 1 unit bangunan auxiliari dan 1 unit penginapan pekerja. Perbincangan lanjut akan diadakan bersama pemaju pada 9 Mei 2024 bagi memudahcara proses kelulusan tanah di bawah Seksyen 204D.
By REGIONAL OFFICE MPC 09 May, 2024
Majlis Perbandaran Kulai (MPku) melalui inisiatif Kulai Fast Lane (KFL) telah berjaya menarik pelabur berprofil tinggi dengan jumlah pelaburan sebanyak RM40.7 billion. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa cabaran telah dikenalpasti dan inisiatif sedia ada perlu ditambah baik seiring dengan pelaksanaan JS- SEZ. Sesi penandarasan ini diadakan sebagai medium perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman oleh MPKK dalam perlaksanaan inisiatif E10 2.0. Sebagai rakan strategik, MPC telah dijemput untuk turut serta dalam sesi ini memandangkan peranan penting MPC sebagai pemudahcara dalam pelaksanaan inisiatif KFL. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs Cik Amal Binti Zubir, Setiausaha MPKK dan taklimat E10 2.0 telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Hamzah Abd Halim. #mpcsroproductivity #mpcjohor #mpcproductivity
By PCD MPC 08 May, 2024
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg Datuk Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Eksekutif (Perancangan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan bagi membincangkan Langkah stratetegik Kuala Lumpur sebagai lokasi perniagaan utama di rantau ini selaras dengan hala tuju KL20. DBKL memohon pandangan MPC bagi mencadangkan penambahbaikan proses dan prosedur terutamanya dalam memulakan perniagaan, pelesenan dan urusan mendapatkan permit pembinaan. Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Seri PMgr.Sr Haji Kamarulzaman Mat Salleh, turut telah melapangkan masa menghadiri seketika mesyuarat tersebut bagi menyampaikan amanat dan hala tuju terkini Kuala Lumpur, serta mengalu-alukan kerjasama MPC bersama DBKL dalam menjayakan usaha ini. MPC telah dijemput ke sesi permukiman DBKL pada 23-25 Mei bagi membentangkan cadangan dan langkah strategik Kuala Lumpur yang akan dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan. #Memacuproduktivitinegara #MPCRegulation
By PCD MPC 08 May, 2024
The meeting was convened to update on the initiative of Chemical & Dangerous Goods Drivers Training (CDGDT) Programme. Currently, the initiative is progressing within the scheduled timeframe. Way-forward, a 'Train-the -trainer' workshop will be held by the end of June 2024 involving 12 participants that have expertise in the dangerous goods. The TTT workshop will be conducted and led by a representative from the IRU Academy Geneva.
By REGIONAL OFFICE MPC 07 May, 2024
Sesi ini bertujuan untuk memperincikan agenda bengkel kedua inisiatif ladang ternakan ayam moden negeri Johor yang akan dilaksanakan pada 29- 31 Mei 2024. Objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mendapatkan input secara menyeluruh bagi penyediaan Kertas Dasar reformasi urusan pembangunan ladang ternakan ayam moden negeri Johor untuk pertimbangan dan kelulusan dari Pihak Berkuasa Negeri Johor. #mpcsroproductivity #mpcjohor #mpcproductivity
By PCD MPC 07 May, 2024
The second PEMUDAH Meeting for 2024 proceeded smoothly, with YB Rafizi Ramli, Minister of Economy chaired the meeting and 3 paper were presented. The gist of the three presentations delivered is outlined below: Paper 1: Transforming Skilled Workforce: Work-Based Learning Approach Through Academy in Industry | presented by: YBrs. Mr. Mohamad Muzaffar Abdul Hamid, Director of MPC This initiative has unveiled a groundbreaking solution: the suggested enhancement involves integrating a Work-Based Learning (WBL) model into the Academy In Industry, aimed at better harmonizing educational outcomes with industry demands, consequently nurturing a highly skilled workforce. Paper 2: Localities Performance Assessment in Dealing with Construction Permits | presented by: YBhg. Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail Co-Chair, Technical Working Group Business Location (TWGBL) The Locality Performance-Based Assessment initiative aims to improve the management of construction permits by localities. It employs an incentive- and performance-driven system to encourage competitiveness among Local Authorities (PBTs) by evaluating factors such as permit application efficiency, information clarity, transparency in communication, technical expertise, and regulatory adherence. Findings reveal significant disparities among localities in approval processes, varying by locality type and submission volume. Improvement opportunities include enhancing the OSC 3.0 Plus system, establishment of Certification Program for PSP, PBTs and technical agencies & setting up Technical Disputes committee. Paper 3: Single Border Agency | presented by: YBrs. Mr. Johar bin Julasbi, Director, Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA) At the Cabinet Meeting on 3 January 2024, a decision has been made to establish a Malaysia Checkpoints and Border Agency (MCBA) under the Home Ministry to serve as a frontline body at the country’s entry points, including ports. The single border agency will have three main objectives: (i) To coordinate the functions of agencies currently stationed at entry points; (ii) To enhance the existing delivery system; and (iii) to uphold integrity. The proposed operational phases for the MCBA will span three phases, starting in January 2024 and ending in December 2025, covering 143 designated entry points. The establishment of the MCBA is aimed at achieving more efficient enforcement and control, resource optimisation, alignment of management and administration, standardisation of Standard Operating Procedures (SOPs) and strengthening of integrity. #MPC #PEMUDAH
By REGIONAL OFFICE MPC 07 May, 2024
Program Madani Rakyat Zon Utara merangkumi tiga (3) negeri di utara iaitu Pulau Pinang, Perlis dan Kedah. Program ini merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang telah diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember 2023. Program ini menyediakan pelbagai acara dan perkhidmatan kerajaan ditawarkan kepada pengunjung sekali gus menjadikan ianya platform terbaik untuk menyebar luas dasar dan inisiatif yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan. Pada program ini, NRO mewakili MPC turut bersama MITI dan agensinya dalam menjayakan program tersebut dengan menyediakan perkhidmatan perkongsian informasi dan kaunter pertanyaan pelanggan di Pavilion MITI dan agensi. YBhg. Dato' Hairil Yahri Yaacob, KSU MITI turut hadir dan mengunjungi Pavilion MITI dan agensi. Lebih 250,000 pengunjung telah hadir sepanjang 3 hari program ini dijalankan bermula pada 3 Mei 2024. Majlis Perasmian Penutup Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir bersama adalah Ketua Menteri Pulau Pinang YB Tuan Chow Kon Yeow serta Menteri-Menteri Kabinet, YBhg. Tan Sri KSN serta Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian. #PenangProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By PCD MPC 07 May, 2024
Susulan Mesyuarat STAR Bil. 1/2024 yang lalu,pasukan projek telah mengadakan bengkel yang bertujuan untuk menyebarluas amalan terbaik pengurusan kuarters & lif dan memperkukuh kemajuan pelaksanaan Inisiatif penambahbaikan penyelenggaraan dan pembaikan kuarters dan lif yang sedang dilaksanakan di Putrajaya. Sesi turut dihadiri oleh ketua projek, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Jabatan Perdana Menteri dan wakil-wakil daripada JKKP,PPj, JKR, KPM, MOF, KKM, PDRM, BPH, KPKT, Pejabat KSN, PACU, TNB dan Persatuan Lif & Eskalator Malaysia (MALEA).
By PCD MPC 06 May, 2024
Malaysia Productivity Corporation (MPC) and Small and Medium Enterprises (SAMENTA) were delighted to welcome delegates from the Central Institute for Economic Management (CIEM) to MPC. The session was chaired by YBhg. Datuk William Ng, National President of SAMENTA. The visit was a significant opportunity for learning and exchange of innovative ideas as the esteemed guests explore the government initiatives supporting Small and Medium Enterprises (SMEs) in Malaysia. CIEM was particularly interested in learning from MPC's best practices to improve SME support in their own country.
By REGIONAL OFFICE MPC 06 May, 2024
The discussion revolves around the preparation of the Country Paper to be presented by MPC at the upcoming APO Program. MPC and SUK will share insights regarding the Pahang 1st Program and how it can enhance the efficiency of the public sector in Pahang through the utilization of BEF and ROGS Framework.
By REGIONAL OFFICE MPC 06 May, 2024
Bengkel Peningkatan Produktiviti Pahang melalui Inisiatif UJKT telah diadakan melibatkan kesemua Pejabat Daerah Negeri Pahang, Pejabat Tanah dan Galian Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan, BPEN Pahang dan PLANMalaysia Pahang. Tujuan sesi libat urus ini dilaksanakan bagi mengenalpasti amalan terbaik urusan tanah dan pembinaan projek pembangunan serta menambahbaik dan memuktamadkan proses UJKT melibatkan Seksyen 204(D) untuk negeri Pahang. Pihak PTG Pahang juga telah membentangkan cadangan penambahbaikan proses kelulusan (dari 10 bulan ke 3-6 bulan) bagi digunapakai di peringkat negeri Pahang. Sebanyak tiga kertas pembentangan telah diadakan seperti berikut: 1. Pembentangan Transformasi Digital Proses Ubah Jenis Kegunaan Tanah (IUJKT) PTG Kedah oleh Puan Nurul Azhani binti Shaharim, Ketua Penolong Pengarah Tanah Dan Galian (Pembangunan), Pejabat Tanah & Galian Kedah; 2. Pembentangan Inisiatif E10 2.0 oleh YBrs. TPr. Hj Hamzah bin Ab. Halim, Pengarah Jabatan Perancangan dan Landskap, Majlis Perbandaran Kulim, Kedah; dan 3. Pembentangan Pemerkasaan Proses Kerja Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Tanah di Bawah Seksyen 204D oleh Encik Azora bin Shamsudin, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Pejabat Tanah & Galian Pahang PTG Pahang bersama-sama MPC komited melaksanakan Projek Rintis UJKT di bawah Seksyen 204D bermula Mei sehingga Oktober 2024. Projek ini juga merupakan projek yang menyokong Program Pahang 1st iaitu Projek Pengukuran Prestasi Sektor Awam (Public Sector Productivity).
By REGIONAL OFFICE MPC 06 May, 2024
MPC NRO melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah mengadakan Program Latihan Pengungsian Bangunan MPC dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda, Pulau Pinang yang diketuai Tuan PPgB Mohamad Yazi Bin Taib, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Muda. Tujuan latihan ini diadakan adalah bagi meningkatkan kemahiran warga dalam mengawal situasi kecemasan dan mengendalikan peralatan dengan betul sekiranya berlaku bencana kebakaran di tempat kerja. Simulasi pengungsian ini juga melatih warga agar sentiasa peka dan bersedia dengan sebarang bencana kebakaran dan mengambil tindakan mengikut SOP yang ditetapkan. #MPCWilayahUtara #MemacuProduktivitiNegara
By PCD MPC 06 May, 2024
Strategic engagement between MPC (Malaysian Productivity Corporation) and NIOSH (National Institute of Occupational Safety and Health) to discuss on the progress of Pro-HVDT. The discussion encompassed various aspects related to the programme, with particular focus on the examination format, which included oral and practical test. A finalized flow chart to outline the registration process for participants and the subsequent steps leading to the issuance of the e-Card by NIOSH has been agreed by the members of meeting. Moving forward, detailed discussions will be scheduled among the training providers to compile a comprehensive question bank for the assessment, ensuring a thorough understanding and effective implementation of the program.
By REGIONAL OFFICE MPC 05 May, 2024
Wilayah Selatan Produktif I Sesi Perbincangan Bengkel Reformasi Peraturan Melalui Media di Johor I 5 Mei 2024 Sesi ini adalah untuk membincangkan pelaksanaan bengkel reformasi peraturan melalui media bersama PBT, agensi negeri dan persekutuan Negeri Johor. Objektif penganjuran bengkel adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan mengenai kepentingan menyebarluas reformasi peraturan yang dijalankan melalui pelan pembangunan komunikasi serta impaknya kepada peningkatan produktiviti dan daya saing Negeri Johor. Way Forward Pelaksanaan bengkel ini akan diadakan di Johor pada 26 Mei 2025 melibatkan pemegang taruh yang berkaitan seperti Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor (BPENJ), Bahagian Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan. Kehadiran: 1. Encik Sayed Munawwar Sayed Mohd Mustar 2. Encik Nazri Kahar 3. Cik Khalidatul Asrin Abd Aziz 4. Pegawai SRO #mpcsroproductivity #mpcjohor #mpcproductivity
By REGIONAL OFFICE MPC 03 May, 2024
Sesi jalinan mesra aidilfitri ini telah dihadiri oleh 80 rakan strategik MPC Pahang. Mereka antara Agensi Negeri dan Persekutuan serta pemain industri yang sentiasa menyokong pelaksanaan program MPC selama ini. Objektif utama majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan jalinan kerjasama. Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil organisasi seperti BPEN SUK, BKT, PTG Pahang, MITI, MIDA, MATRADE, SIRIM, SME Corp, MBK, Suruhanjaya Tenaga, JKDM, JAIP, UMPSA, Pahang Skills, FMM, REHDA, FGV, Kaneka, Isuzu, Jasa Imani, dan Far East Holding. Program Pahang 1st juga turut diperkenalkan secara santai bagi mendapatkan sokongan dari agensi yang terlibat.
By PCD MPC 03 May, 2024
Objective: The objective of the advisory session scheduled for is to explore and analyze behavioral insights case studies in collaboration with ministries and agencies. Facilitated by BI expert Mr. Faisal Naru from Think Test Do, the session aims to delve into practical applications of behavioral insights, identify successful strategies, and discuss potential implementations within governmental contexts. Through interactive discussion and examination of real-world examples, participants will gain valuable insights into leveraging behavioral insights to enhance policy effectiveness and drive positive societal outcomes. Project title as below: i. The Impact of Vaping and Cigarette Use on the Emerging Workforce and Its Implications for Industry, Employers, and Health Facilities (BI Initiative) ii. Improving processing time and compliance of film script checking in PUSPAL foreign filming approvals iii. Making the Right Decision: Shaping Healthy Choice in the Nutri-Hub Initiative iv. Cultivate Students' Interest In Entering High-productivity Industries Through Behavioural Insights Interventions In Improving The Quality Of Sustainable Skilled Workers v. Behavioural Insights in Taxpayers'/Employers' Non-Compliance of Filing Activities vi. Leveraging Behavioural Insights For Public Awareness On Super Grade Sugar: Addressing Future Sugar Shortages Through Behavioral Change Attendance: Ministry of Communications Ministry of Health Inland Revenue Board Ministry of Domestic Trade And Consumer Affairs Ministry of Education Universiti Kebangsaan Malaysia MPC En Mohamed Alamin Rehan En Faisal Naru Hj Mohamad Sahril Ahmad Puzi En Adha Abdul Hamid En Mohammad Khairul Hakimin Zainoor Cik Nurul Najwa Adam Malik Cik Nur Arifah Mubarak Ali Pn Nurul Farahaton Najihan Jusoh Pn Cham Yin Hwa Dr Izhar Che Mee Mohd Shahidi Ismail Mohammad Abdul Hamid NCS T4
By PCD MPC 03 May, 2024
The workshop provided insights into how the CCPT could be leveraged to drive sustainable productivity improvements. It also highlighted product EE offers by banks to see how they could integrate EE measures in line with the principles of the CCPT Objectives: (i) To examine the CCPT and its potential to bolster Energy Efficiency (EE) initiatives; (ii) To conduct an in-depth review of CCPT and formulate recommendations based on the findings to enhance its effectiveness; (iii) To explore strategies for financial institutions leveraging CCPT to mitigate climate-related risks. Attendees: 1)Bank Islam 2)Alliance Bank 3)CIMB 4)UOB 5)Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) 6)Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) 7)Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) 8)Energy Commission (ST) 9)Malaysia Association of Energy Service Companies (MAESCO) 10)MPC Associate 11)MPC #MemacuProduktivitiNegara #MPCPRODUCTIVITY #MPC
By REGIONAL OFFICE MPC 02 May, 2024
Sesi ini bertujuan untuk merangka strategi pelaksanaan bengkel kedua bagi menambahbaik serta mereformasi urusan pembangunan ladang ternakan ayam di negeri Johor. Bengkel kedua ini akan dilaksanakan pada bulan Mei dan akan melibatkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Pejabat Tanah & Galian (PTG) Johor, PBT dan agensi-agensi teknikal yang berkaitan serta wakil dari persatuan-persatuan penternak unggas. Kertas Cadangan akan disediakan hasil dari bengkel kedua ini yang akan dijadikan input kepada kertas dasar yang sedang disediakan oleh pihak DVS Johor untuk kelulusan dari Kerajaan Negeri. #mpcsroproductivity #mpcjohor #mpcproductivity
By PCD MPC 02 May, 2024
TPN participated in the Tourism Malaysia Strategic Directions Towards Visit Malaysia 2026 (VM2026) event held from April 29th to 30th, 2024. Over the course of two days, Tourism Malaysia delivered seven presentations outlining their divisional marketing strategies and plans leading up to VM2026. The objective of the session was to share a comprehensive view on how Tourism Malaysia plan to boost the tourism marketing effectiveness for VM2026 , including the introduction of new initiatives like the Tourism Malaysia Digital Brochure. YBhg. Datuk Seri Tiong King Sing, the Minister of Tourism, Arts & Culture Malaysia, was present on the second day to provide his mandate for preparing the tourism industry for VM2026. Throughout the event, Tourism Malaysia emphasized the use of data-driven approaches to design impactful programs that distinguish VM2026 from other tourism initiatives. This emphasis is pivotal in enhancing productivity within Tourism Malaysia's strategic discussions aimed at improving digital tourism marketing for VM2026. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By PCD MPC 02 May, 2024
The session is focused on reaching an agreement regarding a proposed PMC project intervention, which involves digitizing the company's processes and operations. By gaining a deeper understanding of the process flow, the company aims to improve efficiency and effectiveness, while also identifying any pertinent issues and challenges. The discussion proved fruitful, with the company expressing their concerns and readiness to pilot the project in the near future.
By PCD MPC 01 May, 2024
This recent GEMBA session delved into the experiences of aged care center operators in Sungai Petani, Kedah. The focus was on understanding the regulatory burden associated with applying for and renewing licenses from the Department of Welfare (JKM). Operators expressed surprise at encountering additional requirements during license renewals, despite undergoing frequent inspections (five times annually) by JKM officials. A recent development has caused particular concern: the need to obtain planning approval from local authorities for renewals, even if no renovations are planned for the existing facilities. The cost of hiring an architect to fulfill this requirement, ranging from RM9,000 to RM50,000, presents a significant hurdle. This financial burden has led some centers to forgo license renewals and operate without them, opting to pay any associated fines. To gain a wider understanding, future GEMBA sessions will explore the issue at other facilities. These sessions aim to identify potential reasons behind license application rejections, ultimately seeking ways to streamline the regulatory process and ensure the continued, high-quality care of elderly population.
By REGIONAL OFFICE MPC 30 Apr, 2024
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Hj (Datu) Rosmadi Datu Sulai*, Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ). Wakil-wakil pemain industri dan agensi Kerajaan Negeri Sabah dan Persekutuan turut hadir ke mesyuarat ini. Matlamat mesyuarat ini adalah untuk memaklumkan inisiatif menoktahkan kemiskinan tegar di Negeri Sabah dan mempelawa pemain-pemain industri untuk menyokong inisiatif ini dengan memberikan peluang pekerjaan yang bersesuaian kepada KIR/AIR miskin tegar. Hasil mesyuarat ini didapati beberapa pemain industri berminat untuk mengambil KIR/AIR miskin tegar bekerja dan akan mengadakan perbincangan lanjut dengan SMJ untuk mendapatkan maklumat calon-calon berkenaan untuk ditemuduga. #SabahProduktifSabahMajuJaya #MemacuProduktivitiNegara
By MIS MPC 30 Apr, 2024
Program ini memfokuskan kepada prinsip Kaizen dan kesan terhadap persekitaran, serta membantu dalam mengaplikasikan alat dan metodologi Kaizen seperti Perancangan, Pelaksanaan, Pemeriksaan dan Tindakan (PDCA) dan Gemba Walks. Selain itu, program ini juga membantu meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan serta meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah melalui pendekatan mengenalpasti isu, menganalisis punca masalah, dan melaksanakan penyelesaian masalah yang efektif berdasarkan data. Seramai 24 orang peserta Nippon Paint (Sabah) Sdn Bhd terlibat dalam program penambahbaikan produktiviti melalui kursus Kaizen (Advanced) sistem amalan persekitaran berkualiti (QE/5S). #SabahProduktifSabahMajuJaya #ProgramPenambahbaikanProduktiviti
By PCD MPC 30 Apr, 2024
The inaugural meeting of the Pharmaceutical Productivity Nexus, a significant step forward for Malaysia's pharmaceutical industry. The meeting was inspiring to see key figures from Ministries, regulatory bodies, agencies, and industry leaders come together with a shared commitment to enhance productivity and competitiveness in pharmaceutical sector. Under the leadership of Mr. Ch'ng Kien Peng, PPN Champion, are now embarking on a journey to not only address the challenges faces but to transform these into opportunities for growth. The discussions provided valuable insights and laid the foundation for strategic partnerships that will drive the pharmaceutical industry towards a future of thriving growth and secure access to quality, affordable medicines for all. Moving forward, PPN can achieve the goals laid out in the Nexus and bring the local pharmaceutical industry to the next level.
By REGIONAL OFFICE MPC 30 Apr, 2024
Sesi libat urus MPC Kelantan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan bagi mendapatkan input terperinci berkaitan projek pengeluaran tenusu kambing, yang merupakan salah satu inisiatif yang akan dicadangkan di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan. Projek pengeluaran tenusu kambing di bawah kerajaan negeri ini melibatkan ekosistem keseluruhan bermula dari penternakan kambing, pemprosesan susu dan pengeluaran produk nilai tambah, serta pemasaran. Kilang pemprosesan susu kambing milik kerajaan negeri juga sedang dibina di Ketereh, Kelantan dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2026. MPC dan Nexus Produktiviti Agromakanan (AFPN) akan meneliti peluang lonjakan produktiviti dengan pelaksanaan projek ini sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan. Kaedah-kaedah pertanian moden yang boleh membantu meningkatkan produktiviti akan diketengahkan melalui perkongsian pengetahuan, adaptasi dan penerimagunaan teknologi dan inovasi, dan sebagainya. Kehadiran JPVNK: 1. Dr Khairun Anisa Mohd Yazid (Peg Veterinar) 2. En Nik Abdul Rahman Nik Hussin (Pen Peg Veterinar) 3. Pn Nur Atikah Mohd Daud (Pen Peg Veterinar) 4. Pn Kasmanizawani Kamaruden (Pen Peg Veterinar) 5. YM Tengku Mohd Anuar Raja Talib (Pen Peg Veterinar) #MPC #MPCProductivity #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #KelantanProduktifdy content of your post goes here. To edit this text, click on it and delete this default text and start typing your own or paste your own from a different source.
Share by: