By REGIONAL OFFICE MPC
•
March 7, 2025
SBO bersama LPN telah mengadakan sesi perbincangan strategik mengenai permohonan mendapatkan Kelulusan Dasar status pelabuhan Free Zone di Pelabuhan Kontena Sapanggar Sabah. Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah, dan dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Sabah Ports Authority, Sabah Ports Sdn Bhd, serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Hasil daripada perbincangan tersebut, satu sesi libat urus akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk dijadikan sebagai platform perkongsian input dan maklum balas Kertas Cadangan permohonan status pelabuhan free zone. Dalam sesi itu juga pandangan dan cadangan daripada semua agensi dan jabatan yang berkaitan untuk membantu dalam menambahbaik kertas cadangan tersebut. Pihak Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) akan dijemput ke sesi ini dimana penglibatan KKRS adalah penting untuk memastikan kerjasama daripada semua pihak.