Diary

By REGIONAL OFFICE MPC April 11, 2025
Sesi ini juga untuk memastikan pihak RELA Sarawak memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. esi ini juga untuk memastikan pihak RELA Sarawak memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, RELA Sarawak telah mencadangkan satu projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki proses kerja permohonan penugasan yang lebih cekap dan dapat mengurangkan kos operasi. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC April 10, 2025
Bengkel ini telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis selaku penyelaras utama Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di negeri ini. Pada tahun ini, sebanyak 15 projek RKB telah didaftarkan dan sedang dilaksanakan oleh agensi kerajaan, bahagian serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Perlis. Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberikan bimbingan kepada ahli kumpulan projek RKB berkenaan tatakelola pelaksanaan projek yang berkesan, bermula dengan analisis masalah termasuk pemetaan proses semasa dan pengumpulan data. Pendekatan ini bertujuan mengenal pasti punca-punca yang menyumbang kepada ketidakcekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam agensi, bahagian dan PBT terlibat. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada platform digital dan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang ditawarkan oleh MPC melalui inisiatif GovTech, bagi mempercepat proses penyediaan laporan projek. Seramai 20 peserta mewakili 10 agensi dan PBT Negeri Perlis telah menyertai bengkel ini. Bengkel bimbingan seterusnya dijadualkan pada bulan Mei, yang akan memfokuskan kepada sesi pembentangan hasil pengumpulan data serta pembangunan pelan tindakan penambahbaikan oleh setiap kumpulan projek.
By REGIONAL OFFICE MPC April 8, 2025
Upacara perasmian disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Turut hadir dalam majlis tersebut YB Menteri Besar Perlis, YB Dato’ SUK, pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta persatuan industri. Pembukaan kilang Jabil di Chuping Valley Industrial Area (CVIA) yang merupakan kilang pertama beroperasi di CVIA telah membuka sebanyak 1500 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Dengan pembukaan kilang ini ianya akan menjadi pemangkin kepada pelaburan baru di CVIA dan mempercepatkan pembangunan Perlis Inland Port (PIP) seluas 500 ekar yang berkedudukan bersebelahan dengan CVIA.
By MMT MPC April 7, 2025
The session focused on evaluating productivity improvements achieved since the project’s implementation and identifying further opportunities for enhancement. Industry Productivity Specialist (IPS) exchanged views on how the initiative can be improved for the new batch of participating companies under Project Pintar 2025, ensuring more targeted and impactful support. To support this, a capacity building programme will be held to equip newly recruited IPSs ahead of the upcoming implementation phase.
By MMT MPC April 4, 2025
The Outdoor Geeks, based in Perak, is an adventure tourism operator offering nature-based activities such as white water rafting, caving, trekking, and team-building programs. Recently, The Outdoor Geeks underwent a site assessment to renew their Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) Business Certification. The MaTEx certification is a mark of quality and excellence in the tourism industry, ensuring that operators meet high standards in safety, service delivery, sustainability, and productivity. This renewal process reflects The Outdoor Geeks’ ongoing commitment to delivering efficient, high-impact adventure tourism experiences while continuously improving their operational productivity. Through structured programs and streamlined service delivery, the company contributes to raising industry benchmarks and supporting Malaysia to become a leading sustainable and productive tourism destination. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By MMT MPC March 27, 2025
The meeting focused on drone technology and its potential applications, including a proposed pilot drone delivery project in port areas. The discussion covered the integration of AI in drone tech, with presentations about real case experiences with drone delivery projects like Project Eagle. The presenter highlighted the need to tackle regulatory challenges and define clear problem statements to ensure project success. The meeting also addressed the challenges of medical drone delivery, emphasizing logistical, cultural, and regulatory factors. The meeting agreed on the importance of a demand-driven service approach and ensuring stakeholder buy-in. A follow-up meeting was planned to finalize the project proposal and timeline, while discussions on vendor development in the aerospace sector.
By REGIONAL OFFICE MPC March 27, 2025
This session was held between MPC, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) and Duduk Sama Sdn. Bhd., one of the organisation within the food and beverage industry, to explore opportunities for workforce upskilling through the Akademi Dalam Industri (ADI) initiative under the Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) pathway. Representatives from JPK, Mr. Mazlan and Mr. Shahrol, explained the process for accessing the MySPIKE portal and presented a list of skills relevant to the food and beverage sector. Moving forward, Duduk Sama Sdn. Bhd. will notify MPC of the selected NOSS topics prior to initiating the ADI program. This step will ensure alignment with the company’s upskilling objectives and industry standards. #SarawakProduktif #AkademiDalamIndustri
By REGIONAL OFFICE MPC March 27, 2025
Bengkel ini dijalankan dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM),Pejabat SUK Negeri Perak sebagai unit penyelaras Projek RKB Perak. Perak telah mendaftar sebanyak 24 projek RKB. Bengkel ini bertujuan untuk bimbingan kepada ahli kumpulan projek RKB tentang tatakelola pelaksanaan projek RKB bermula dengan analisa masalah yang merangkumi pemetaan proses semasa dan pengumpulan data bagi mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada ketidakcekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang terdapat di agensi dan PBT. Peserta bengkel juga turut diberikan perkongsian berkaitan platform dan penggunaan AI yang disediakan oleh MPC (Govtech) bagi mempercepatkan penyediaan laporan projek RKB. Seramai 40 peserta dari 21 agensi dan PBT Negeri Perak telah hadir pada bengkel ini yang dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Projek 1 - 16 (PBT & PDT: hari pertama, dan Projek 17 - 24 (bahagian pejabat SUK & Jabatan Negeri) hari kedua. Bengkel bimbingan seterusnya dijadualkan pada bulan Mei bagi pembentangan kumpulan ke atas pengumpulan data dan membangunkan tindakan penambahbaikan. #MemacuProduktivitiNegara
By MMT MPC March 26, 2025
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merancang pelaksanaan projek Kecerdasan Buatan (AI) yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan operasi kecemasan dan pengurusan maklumat. Antara tumpuan utama projek ini adalah pembangunan sistem pintar yang mampu melakukan analisis data kejadian kebakaran secara masa nyata, ramalan risiko berdasarkan lokasi dan sejarah kejadian, serta automasi proses pelaporan dan dokumentasi. Melalui kerjasama dengan Malaysia Productivity Corporation (MPC), projek ini dijangka akan mempercepatkan respon kecemasan, meningkatkan ketepatan keputusan taktikal, serta mengurangkan beban kerja manual anggota bomba. Pendekatan ini juga seiring dengan aspirasi nasional dalam memacu produktiviti sektor perkhidmatan awam melalui adaptasi teknologi digital dan AI.
By MMT MPC March 26, 2025
The first class of AI for Productivity Transformation served as an introductory session aimed at showcasing the use of Gemini and Google’s cloud-based tools to enhance work efficiency through AI integration. Participants were introduced to the current AI landscape, the role of cloud computing in enabling intelligent solutions, and the functionalities of Gemini within applications such as Docs, Sheets, and Gmail. The session also emphasized the use of no-code platforms like AppSheet to build customized workflows and automate processes, supported by live demonstrations and use cases. A key highlight was the introduction of Notebook LM, a cloud-based AI notebook designed to facilitate structured experimentation, documentation, and collaboration. This session marked the starting point before each Nexus conducts its own AI-focused session tailored to their respective sectors, with the next session scheduled for 15 April 2025 focusing on the Retail and F&B sector.
By MMT MPC March 26, 2025
The Malaysia Productivity Corporation (MPC), through the Chemical Productivity Nexus (CPN), convened its first Nexus Governing Committee (NGC) meeting for the year 2025. The meeting, chaired by YBhg. Dato' Dr. Ir. Mohamed Noor Sany, Champion of CPN, brought together strategic stakeholders from both the public and private sectors, including representatives from MITI, MIDA, MATRADE, DOE, MOMG, and MPA. The session began with welcoming remarks, followed by a presentation on the Productivity-in-Context (PIC) framework. Updates were also shared on several ongoing initiatives, including the UNECE-ADR Competency Programme, the development of the Bio-based Industry in Malaysia, and the Professional Heavy Vehicle Drivers Training Programme (Pro-HVDT). In addition, efforts to enhance Environmental, Social and Governance (ESG) practices among SMEs in the chemical sector were presented. The meeting reaffirmed CPN’s strong commitment to advancing these strategic initiatives, with a unified focus on boosting productivity, promoting sustainability, and strengthening the competitiveness of Malaysia’s chemical industry.
By MMT MPC March 26, 2025
The meeting focused on the Productivity Improvement Programme POC for Automotive Upstream Vendors, covering its key phases: Awareness, Adoption, and Proliferation. The Awareness phase includes AI classes and a seminar, followed by Gemba assessments and Productivity Improvement Projects in the Adoption phase. The programme concludes with best practice sharing in the Proliferation phase. Key enablers such as AI, digitalization, and process innovation were emphasized. Valuable input was received from the President of Proton Vendors Association (PVA) and the President of Perodua Supplier Association (P2SA) to refine the programme structure.
By MMT MPC March 26, 2025
MEPN recently held a Project Pintar Assessment Report Presentation for Triplus Industry Sdn. Bhd. A pivotal session aimed at enhancing productivity and operational performance. The presentation provided an in-depth analysis of Triplus’s individual assessment report, offering key insights into current business operations and areas for strategic improvement. With the presence of top management of the company, the session facilitated a constructive discussion on the report’s findings and explored tailored interventions to drive efficiency and competitiveness. This initiative aligns with Project Pintar’s commitment to empowering M&E companies with data-driven strategies for sustainable growth.
By REGIONAL OFFICE MPC March 26, 2025
Satu sesi taklimat oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU JPM) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Kelantan (JAPEN) kepada semua Pegawai Perhubungan Awam (PRO) Jabatan dan Agensi Persekutuan di sini telah diadakan bagi memberi penerangan yang terperinci berkaitan tugas-tugas PRO dalam penyebaran maklumat berkaitan projek/program anjuran jabatan dan agensi persekutuan di negeri ini dengan baik dan berkesan. Sesi ini merangkumi taklimat bertajuk “Pegawai Perhubungan Awam Yang Efisien” dan “Pengurusan Media” yang telah disampaikan oleh pihak JAPEN Kelantan. Beberapa program latihan telah turut dirancang pada masa hadapan bagi meningkatkan kapasiti Pegawai Perhubungan Awam (PRO) dalam mengendalikan tugas-tugas PRO dengan efisien dan berkesan.
By REGIONAL OFFICE MPC March 25, 2025
Sesi ini juga untuk memastikan pihak IKBN Miri memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, IKBN Miri akan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki proses kerja dalaman dan luaran yang melibatkan antara agensi kerajaan dalam memastikan urus tadbir yang cekap. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 25, 2025
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) terus komited dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan pengurusan moden iaitu inisiatif Business Excellence (BE). MBEF menyediakan asas yang kukuh untuk memperkukuh sistem tadbir urus, meningkatkan inovasi, serta memperkasakan budaya kecemerlangan dalam organisasi. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan kecekapan operasi malah menyokong aspirasi JAIS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ummah. Oleh itu, JAIS dengan kerjasama strategik bersama MPC telah meneliti strategi dan rangka pelaksanaan Intervensi BE 2.0 yang dijangka akan dilaksanakan pada Mei 2025. Diharapkan inisiatif ini akan membawa JAIS ke tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, sejajar dengan matlamat pembangunan Islam yang holistik dan berimpak tinggi. Dengan bimbingan MPC, JAIS yakin dapat mengadaptasi elemen kecemerlangan bagi memperkukuhkan peranannya sebagai institusi Islam terunggul di Sarawak. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 25, 2025
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Neldin Gimbang, Timbalan Setiausaha Tetap III, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah dan dihadiri oleh YBrs. Tuan Suhaib bin Datuk Hj. Ismail, Timbalan Pengarah UPEN Sabah dan pegawai-pegawai daripada UPEN Sabah, KPLBS dan Pejabat Daerah Nabawan. Hasil daripada perbincangan ini adalah pihak KPLBS akan menganjurkan bengkel bersama beberapa Pejabat Daerah dan bahagian-bahagian di ibu pejabat KPLBS yang terlibat dalam waktu terdekat. Bengkel ini bertujuan untuk melaksanakan perkara-perkara dalam Fasa 1 projek RKB. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 25, 2025
Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah diadakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Jajahan, serta beberapa bahagian Pejabat SUK Negeri Kelantan pada 25 Mac 2025. Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan RKB secara lebih terperinci dan mendalam kepada semua PBT, Pejabat Tanah & Jajahan, serta beberapa bahagian terpilih dari Pejabat SUK Kelantan. Seramai 40 peserta telah menghadiri sesi ini yang telah diadakan di dalam talian. Sesi bimbingan projek RKB bersama setiap kumpulan akan bermula pada awal April 2025 bagi membantu kumpulan menjalankan projek dengan berkesan. Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) ialah usaha meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan pentadbiran melalui semakan semula peraturan, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah melonjakkan produktiviti dan kesejahteraan rakyat.
By REGIONAL OFFICE MPC March 24, 2025
Sesi perbincangan ini diadakan bersama En. Raymond P. Moloyos, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan,Penyelidikan & Pengurusan Sumber (3P). Sesi ini diadakan lanjutan daripada hasil kunjungan rasmi ke pejabat Pengarah JTU Sabah mengenai penambahbaikan proses permohonan tanah di Sabah yang akan didaftarkan sebagai salah satu projek bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Intipati dalam sesi perbincangan ini adalah cadangan perancangan pelaksanaan projek yang akan melihat daripada proses permohonan tanah dan bahagian ukur tanah di samping beberapa perkara lain yang dibincangkan. Maklumat daripada perbincangan ini akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan tertinggi JTU untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. #sabahproduktifsabahmajujaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 24, 2025
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dan dihadiri oleh Ketua Agensi dan wakil daripada MITI, MATRADE, MIDA, MIDF, SIRIM, SME CORP, MPC, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Sabah, dan Federation of Sabah Industries (FSI). AKIS adalah sebuah program yang diadakan secara dwitahunan yang dianjurkan oleh MIDE bagi mengiktiraf pencapaian industri dan bertujuan menggalakkan inovasi, daya saing dan kecemerlangan dalam sektor industri pembuatan dan perkhidmatan di Sabah. Anugerah ini juga sebagai menyokong dan menyediakan syarikat tempatan Sabah untuk menyertai anugerah yang lebih berprestij iaitu Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI). Antara agenda perbincangan dalam mesyuarat adalah penglibatan Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR), FMM Sabah dan FSI sebagai rakan strategik AKIS dalam memberikan cadangan input pelaksanaan AKIS, integrasi AKIS dengan ekosistem industri Sabah, menjadikan AKIS sebagai platform tunggal pengiktirafan industri Sabah dan struktur Jawatankuasa AKIS. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By MMT MPC March 21, 2025
A validation session was conducted for the Digital Roadmap of the Agro-Food, Tourism, Pharmaceutical, Professional Services, Logistics, Retail and F&B, Chemical and Chemical Products, and Electrical and Electronics sectors. The session served as a platform for interactive dialogues with industry experts, allowing meaningful perspectives to be gathered and the digital roadmap for each sector to be reviewed. Discussions focused on the different stages of digital adoption across various business functions, categorized into Basic, Intermediate, and Advanced levels. This structured approach outlines the sectors’ digital transformation journey, focusing on enhancing efficiency, automation, and AI-driven decision-making. Participants explored suitable digital tools for each stage, ensuring seamless adoption and effective implementation. Based on the feedback and recommendations received, the digital roadmap was further refined. This process will continue with the roadmap set to be validated by industry players in an upcoming session. The joint effort ensures that the roadmap remains relevant, addressing sector-specific challenges while fostering productivity and competitiveness.
By REGIONAL OFFICE MPC March 18, 2025
Sesi ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Deledda Tan H. S., Presiden SME Sabah bersama 7 orang ahli SME Sabah dan disambut baik oleh Pengarah MPC Wilayah Sabah. Tujuan utama sesi ini adalah untuk memperkenalkan Presiden baharu yang menggantikan YBhg. Prof. Datuk Foo Ngee Kee. Pengarah MPC Wilayah Sabah berkongsi mengenai peranan MPC terkini dalam meningkatkan produktiviti di Sabah. Presiden SME Sabah berkongsi mengenai SME Sabah Conference 2025 yang akan diadakan pada 20 Jun 2025 bertemakan “Sustainable | Mastery | Empowerment (SME) yang mensasarkan seramai 400 orang peserta. Pengarah MPC Wilayah Sabah bersetuju membantu dalam mempromosikan program ini dan akan bekerjasama dengan SME Sabah bagi program-program meningkatkan produktiviti di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 18, 2025
YBrs Dr. Mazlina Shafi’i, Pengarah MPC Sarawak telah membentangkan program RKB bagi meningkatkan kefahaman dan penyertaan projek bagi LPKP Sarawak. LPKP telah mendaftar dua projek RKB di peringkat kementerian dan mendaftar satu projek RKB dibawah Kerajaan Negeri. Selain itu Pengarah LPKP bersetuju untuk bekerjasama dengan MPC bagi menambahbaik proses dan prosedur pendaftaran perlesenan baru yang melibatkan pelbagai agensi lain seperti PUSPAKOM dan JPJ pada masa hadapan. Ini bagi memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 18, 2025
The objective was to understand the investor’s perspective, identify challenges and inefficiencies within the regulatory framework, and gather baseline information for process mapping and improvement. During the discussion, it was highlighted that the entire process of setting up a petrol station in Sarawak takes approximately three to four years, from initial planning to obtaining operational permits. This lengthy process involves multiple government agencies and a series of complex regulatory approvals, contributing to significant delays in project completion. Key takeaways from the session included a comprehensive understanding of the existing petrol station establishment process, the identification of critical regulatory bottlenecks, and the collection of baseline data for developing a detailed process map. Additionally, this engagement fostered stronger collaboration between the productivity agency and SSSB, aiming to streamline regulatory procedures for future investors. Moving forward, the insights gathered will be instrumental in proposing recommendations for more efficient approval processes. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation
By REGIONAL OFFICE MPC March 17, 2025
This session served as a crucial platform for exchanging ideas on strengthening the synergy between academia and industry, ensuring that the local workforce is well-prepared to meet the demands of an evolving industrial landscape. During the discussion, MPC Sarawak and JPK Sarawak identified potential collaborations in various skill development programs, including industrial training, skill certification, and workforce competitiveness initiatives. With strong support from industry players and training institutions, the ADI program can be further strengthened to equip graduates and the existing workforce with industry-relevant skills. This strategic partnership aligns with the national productivity agenda, emphasizing the importance of a skilled workforce as a key driver of economic growth. It is hoped that this engagement will serve as a catalyst for more collaborative initiatives that benefit industries and the workforce in Sarawak, ultimately enhancing the state’s competitiveness across various economic sector. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation
By PCD MPC March 16, 2025
Sesi Pembangunan Kapasiti Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2025 telah berlangsung dengan penyertaan 85 peserta daripada 9 kementerian dan 2 kerajaan negeri. Fokus utama sesi ini adalah penerokaan penggunaan AI, khususnya *RKB Assistant*, dalam menyokong penyediaan kertas cadangan projek RKB. Peserta turut didedahkan kepada teknik *megaprompting* serta menjalani latihan hands-on bagi mendapatkan output AI yang lebih komprehensif dan berstruktur. Komitmen berterusan akan diberikan dalam memperkasakan penggunaan AI bagi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan projek RKB. Terima kasih kepada semua peserta! Nantikan sesi susulan pada 19 Mac 2025 dengan penambahbaikan modul termasuk penggunaan *Gamma AI & Napkin AI* bagi pembangunan kertas projek yang lebih strategik. #Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 14, 2025
Mesyuarat telah diadakan bersama Jabatan, Agensi, Badan Berkanun Negeri dan PBT bagi tujuan semakan dan validasi senarai tajuk projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang telah didaftarkan di bawah Negeri Perak. Mesyuarat dipengerusikan oleh TSUK (Pengurusan) YBhg. Dato’ Nor Sham binti Rahman selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO), dan diselaras oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), SUK Perak. Sebanyak 22 tajuk projek telah dimuktamadkan untuk siap dilaksanakan pada tahun 2025. Seterusnya, bengkel fizikal untuk sesi bimbingan dan pelaksanaan projek akan diadakan pada 24-25 Mac di Ipoh, Perak. #MemacuProduktivitiNegara
By MMT MPC March 14, 2025
The Energy Efficiency and Conservation Act (EECA) 2024 played a crucial role in driving sustainability, regulatory compliance, and operational efficiency. This session, tailored for the pharmaceutical industry, provided insights into EECA’s impact on energy conservation, cost reduction, and environmental responsibility. Participants gained a clear understanding of key provisions, compliance requirements, and best practices for improving energy efficiency in pharmaceutical manufacturing and supply chains. The discussion highlighted sustainable energy management strategies, helping organisations implement cost-effective solutions while ensuring compliance with EECA 2024. It also explored how the act supported business competitiveness and environmental sustainability, encouraging industry players to adopt energy-efficient practices for long-term benefits. By the end of the session, participants were equipped with practical strategies to align their operations with EECA regulations, optimise energy use, and achieve cost savings. The session successfully empowered industry professionals to enhance productivity, reduce operational expenses, and contribute to a greener pharmaceutical sector.
By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam peranan Pembimbing dalam sesi pengajaran dan penilaian untuk memastikan bakat-bakat yang menjalani program Akademi Dalam Industri memperoleh pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembimbing yang menghadiri bengkel ini adalah seramai 25 orang dari Sawit Kinabalu Group dari pelbagai kemahiran seperti Oil Palm Mechanization Operation, Oil Palm Process Operation, Oil Palm Process Supervision, Oil Palm Milling Mechanical Maintenance, Security Services Operation, Office Administration dan Oil Palm Plantation Operation and Supervision. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pembimbing bagi menyampaikan maklumat dengan lebih efektif kepada bakat bertujuan untuk meningkatkan produktiviti organisasi serta memberi nilai tambah kepada bakat. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #AkademiDalamIndustri
By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Kunjungan Rasmi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min, Pengarah Tanah dan Ukur dan dihadiri oleh Pengarah MPC SBO dan 2 orang wakil daripada 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd. iaitu En. Lim Yu Kiun, Pengurus Kanan (Branches Operation East Malaysia) dan En. Muhammad Afiq bin Japli, Eksekutif Pembangunan Perniagaan (East Malaysia). Tujuan kunjungan rasmi ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan proses mengubah syarat kegunaan tanah jenis Native Title (NT) kepada komersial. Langkah seterusnya ialah pihak Speedmart akan berurusan dengan pemilik tanah untuk memohon syarat tambahan penggunaan tanah dengan agensi kerjaan yang berkenaan. Semasa sesi kunjungan rasmi ini, Pengarah MPC SBO turut berkongsi mengenai inisiatif program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan YBhg. Datuk memaklumkan bahawa pihak JTU menyambut baik inisiatif RKB dan ingin bekerjasama dengan pihak MPC untuk menambah baik proses permohonan tanah di Sabah. #sabahproduktifsabahmajujaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Pihak MPC SBO telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa mengenai isu keselamatan pelancong di Sabah bil. 1/2025. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS). Dalam mesyuarat tersebut, pihak MPC SBO telah membentangkan Standard Operasi Prosedur (SOP) untuk Aktiviti Pelancongan Kembara dan Aktiviti Sukan Air. Antara cadangan utama adalah perlunya pemantauan terhadap operator pelancongan bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) telah menyokong garis panduan ini dan akan mengedarkannya kepada semua operator pelancongan di negeri Sabah. Mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam memastikan keselamatan pelancong serta meningkatkan kualiti pengalaman pelancongan di Sabah.
By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Dr Mazlina Shafi'i, Director of MPC SKO, during her remarks emphasized the critical role of upskilling and reskilling in enhancing workforce productivity and driving industry competitiveness. By equipping employees with industry-relevant competencies, this initiative aims to groom local talents into highly skilled professionals, ultimately fostering a more resilient and sustainable workforce. In turn, companies stand to benefit from improved operational efficiency, innovation, and higher profitability, strengthening their position in the market. Moving forward, collaboration with Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) and UTM Space will be initiated to identify and implement the most suitable courses, ensuring alignment with industry needs and future growth opportunities. #SarawakProduktif #AkademiDalamIndustri
By MMT MPC March 12, 2025
A strategic discussion between the Chemical Productivity Nexus (CPN) and BASF PETRONAS Chemicals (BPC) was convened to address key areas related to industry compliance and the adoption of best practices, aiming to enhance safety and operational efficiency in hazardous goods transportation. The discussion provided valuable insights into the implementation of a government-industry data-sharing pilot project and the importance of aligning with UNECE ADR regulations. As a next step, engagement sessions with BPC’s LSPs will be scheduled to support the adoption of this initiative, ensuring seamless integration and improved regulatory compliance.
By MMT MPC March 12, 2025
DSA Dynamics Sdn Bhd, sebuah syarikat pembuatan produk plastik, menghadapi cabaran dalam pengumpulan data manual yang menyebabkan ketidaktepatan dan kelewatan pelaporan. Data prestasi bagi 9 mesin direkodkan secara manual setiap hari, mengambil 1 jam bagi setiap mesin, serta seorang kakitangan sepenuh masa untuk analisis laporan. Ketiadaan sistem pemantauan masa nyata menyukarkan penilaian Overall Equipment Effectiveness (OEE), iaitu keberkesanan peralatan berdasarkan ketersediaan, prestasi, dan kualiti. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan mengautomasi pengumpulan data. Sistem ini meningkatkan ketepatan data 90%, mengurangkan kadar penolakan produk kepada bawah 2%, serta meningkatkan OEE kepada lebih 85%. Inisiatif ini menjimatkan RM267,448 setahun, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi.
By MMT MPC March 12, 2025
The online meeting served as a follow-up collaboration between MPC and Proton to discuss the AI for Productivity Transformation Programme. The session aimed to refine the programme framework, objectives, and implementation strategies, ensuring alignment with Proton’s goal of enhancing supplier capabilities, capacity, and productivity. MPC presented the key aspects of the programme, emphasizing AI adoption to enhance operational efficiency and decision-making among the upstream vendors. Proton provided valuable input on the upcoming seminar, suggesting key focus areas to maximize industry impact. The meeting also outlined awareness sessions and AI training classes tailored for different levels within the automotive upstream vendors.
By MMT MPC March 12, 2025
A&A Gemilang Global (M) Sdn Bhd menghadapi cabaran dalam pengurusan dokumen dan sistem Sumber Manusia yang tidak tersusun, menyebabkan kelewatan pemprosesan gaji, pemantauan kehadiran, dan pematuhan garis panduan. Ketiadaan mekanisme pemantauan prestasi yang berstruktur turut menjejaskan produktiviti pekerja dan keberkesanan operasi syarikat. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan UrusNow, sistem pengurusan dokumen digital berpusat yang memastikan fail lebih sistematik. Proses Sumber Manusia telah diautomasi bagi mengurangkan kesilapan serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan gaji dan pemantauan kehadiran. Dengan peralihan ke sistem penyimpanan digital, penjimatan RM24,000 setahun dicapai, serta penciptaan nilai RM100,000 setahun melalui peningkatan produktiviti dan kecekapan operasi.
By REGIONAL OFFICE MPC March 11, 2025
Sesi ini dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan daripada YBrs. Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, JPANS . Beliau menzahirkan harapan kepada semua ahli-ahli kumpulan yang hadir agar dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan bahagian masing-masing. Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) kepada ahli-ahli projek. Beliau menekankan kepada fasa-fasa yang terlibat dalam pelaksanaan projek RKB dan mengalu-alukan penyertaan JPANS dalam inisiatif RKB ini. Sesi ini telah dihadiri oleh Bahagian Governan dan Korporat, JPANS selaku penyelaras RKB di JPANS dan bahagian-bahagian JPANS lain seperti; Bahagian Saraan dan Pencen, Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri dan Bahagian Kerajaan Digital. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 11, 2025
Mesyuarat Jawatankuasa AMMK Keusahawanan telah diadakan bagi memantau serta menilai keberkesanan pelaksanaan program-program pembangunan ekonomi dan peningkatan produktiviti serta daya saing usahawan negeri Perlis oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datin Marzita binti Mansor, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (AMMK) Kebajikan, Kesihatan dan Keusahawanan. Dalam mesyuarat ini, MPC Wilayah Utara telah membentangkan pelaksanaan 2 program peningkatan produktiviti yang dijalankan pada tahun 2024: Pembangunan Kapasiti Teknik Penceritaan Berkesan untuk Usahawan Pelancongan, yang bertujuan memperkasakan usahawan dalam industri pelancongan melalui teknik komunikasi yang lebih efektif.2. Digital Acceleration for Learning and Industry Adoption (DALIA), yang memberi fokus kepada peningkatan operasi jualan usahawan dengan memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memperluaskan pasaran dan daya saing mereka. Selain pembentangan projek tersebut, MPC Wilayah Utara turut mencadangkan pelaksanaan inisiatif ezBE sebagai penilaian awal dalam memperkukuhkan produktiviti usahawan Negeri Perlis bagi tahun 2025. Inisiatif ini dijangka dapat membantu usahawan mengenal pasti faktor utama dalam kecemerlangan perniagaan yang perlu diberi tumpuan bagi penambahbaikan di syarikat.
By REGIONAL OFFICE MPC March 11, 2025
This prestigious award, first introduced in 2017, will mark its fifth edition in 2025, continuing its legacy of recognizing outstanding contributions by industries in Sarawak. Jointly organized by MPC, the Sarawak Business Federation (SBF), and the Sarawak Government, PSIEA serves as a state-level platform to acknowledge industry excellence and its crucial role in driving Sarawak’s economic growth. The award not only celebrates innovation, productivity, and sustainability but also encourages businesses to strive for higher performance and global competitiveness. A significant highlight of PSIEA is that Gold Award winners will have the remarkable opportunity to represent Sarawak at the Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) at the national level. This progression reinforces the commitment to nurturing high-performing industries that contribute to Malaysia’s overall economic landscape. The official launch of PSIEA 2025 is scheduled to take place on 21 April 2025 and will be officiated by YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Deputy Premier of Sarawak #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation #PSIEA2025
By REGIONAL OFFICE MPC March 11, 2025
With a strong commitment to advancing Malaysia’s technological ecosystem, MIMOS focuses on delivering cutting-edge innovations that drive digital transformation, enhance industry productivity, and support national development goals. The Strategic Engagement Session with MIMOS Services Sdn Bhd for the Productivity Enhancement Program provided a valuable platform for discussions on potential collaboration. The session explored the integration of AI-driven productivity solutions to streamline operations, enhance efficiency, and strengthen Malaysia’s industrial competitiveness. With AI as a catalyst for change, this collaboration aims to accelerate digital adoption among businesses, facilitating data-driven decision-making, intelligent automation, and sustainable innovation. Through this engagement, MPC and MIMOS Services Sdn Bhd aspire to build a transformative ecosystem that supports Malaysia’s productivity agenda, in line with the nation's vision of becoming a high-income, technology-driven economy. By leveraging AI, advanced analytics, and emerging technologies, this initiative seeks to empower industries with next-generation tools and strategies to thrive in an increasingly digital and competitive landscape. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation
By MMT MPC March 11, 2025
LH Plus Sdn Bhd, sebuah syarikat pembuatan plastik, menghadapi cabaran dalam memantau pengeluaran secara manual, termasuk penggunaan borang pemantauan, borang persediaan mesin, dan helaian semakan Kawalan Kualiti (QC). Keadaan ini menyebabkan kelewatan 12 jam, pengulangan laporan tiga kali, dan risiko kesilapan data, selain membazirkan masa pekerja untuk tugas tidak produktif. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan membangunkan aplikasi digital berasaskan sistem perancangan sumber perusahaan (ERP) monitor untuk menggantikan borang manual. Papan pemuka masa nyata memantau metrik pengeluaran, data QC, dan jumlah produk ditolak. Automasi ini mengurangkan kelewatan, meminimumkan kesilapan manual, menjimatkan kos sebanyak 35%, dan mencipta nilai sehingga RM300,000 dalam bentuk penjimatan dan kecekapan operasi. Berdasarkan inisiatif yang dilaksanakan, syarikat telah mengambil bahagian dalam Projek Sustainability dan Digitalisasi dengan menggunakan levi dari HRD Corp dan telah memenangi GPM Sustainability Award pada tahun 2024.
By MMT MPC March 11, 2025
The Tourism Productivity Nexus (TPN) held the Majlis Apresiasi Komitmen dan Penyerahan Kit Advokasi Kempen Kurangkan Gula bagi Hotel-Hotel di Malaysia to recognize 72 hotels nationwide that have pledged to reduce sugar in buffet menus and display calorie content. This initiative not only supports sustainable tourism but also contributes to national productivity by fostering healthier lifestyles. By promoting well-being and reducing healthcare burdens, the campaign enhances operational efficiency and positions Malaysia as a health-conscious tourism destination. The campaign was a collaborative effort involving TPN, Malaysia Productivity Corporation (MPC), the Malaysian Association of Hotels (MAH), the Malaysian Association of Hotel Owners (MAHO), and the Malaysian Budget and Business Hotels Association (MyBHA), with support from the Ministry of Health Malaysia and the Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). This effort not only encourages responsible dining practices but also strengthens the hospitality sector’s competitiveness through improved service quality and customer satisfaction. Moreover, by reducing sugar consumption and minimizing food waste, hotels can lower costs, streamline operations, and enhance overall productivity in the sector. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By REGIONAL OFFICE MPC March 10, 2025
MPC Sarawak telah dijemput untuk berkongsi mengenai Pekeliling Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) dan Uji Kaji Peraturan (UKP), yang telah disampaikan oleh Dr. Mazlina Shafi’i, Pengarah MPC Sarawak. Perkongsian ini menekankan kepentingan pelaksanaan inisiatif RKB dan UKP dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam serta mengurangkan beban birokrasi yang boleh menjejaskan kelancaran urusan pentadbiran dan perniagaan. Setiausaha Kerajaan Sarawak menyambut baik inisiatif ini dan mengarahkan Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak (STIU) untuk mengenal pasti beberapa projek yang boleh didaftarkan di bawah program RKB. Projek-projek ini perlu berdasarkan keperluan industri, peniaga, dan rakyat serta menumpukan kepada outcome yang lebih besar berbanding projek dalaman. Selain itu, beliau juga meminta MPC Sarawak untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada pelanggan. MPC Sarawak akan memperkenalkan projek DAHLIA dalam meningkatkan perkhidmatan PKS dalam aspek penggunaan digital. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #RKB
By REGIONAL OFFICE MPC March 10, 2025
Inisiatif ADI yang dikongsikan oleh MPC adalah selari dengan matlamat dalam memastikan tenaga kerja mahir diiktiraf dan disesuaikan dengan keperluan industri dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti organisasi. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Anielia Siam, Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, mewakili Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri MEITD dan telah dihadiri oleh 60 peserta dari pelbagai industri. Dalam ucapan beliau, Pn Anielia menekankan kepentingan memiliki tenaga kerja yang kompeten dan adaptif dalam bidang OSH serta mengintegrasikan latihan profesional seperti iCPD dengan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk meningkatkan dayasaing organisasi. Peserta juga telah didedahkan kepada beberapa inisiatif peningkatan produktiviti lain termasuk QE 5.0, penilaian ezBE dan Productivity Calculator. #SarawakProduktif #AkademiDalamIndustri
By REGIONAL OFFICE MPC March 10, 2025
YBrs Dr. Mazlina Shafi’i, Pengarah MPC Sarawak telah membentangkan program RKB bagi meningkatkan kefahaman dan penyertaan projek jabatan dan agensi persekutuan bagi Kerajaan Sarawak. YBhg. Dato’ memohon pihak jabatan & agensi persekutuan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki peraturan sedia dalam memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. Selain itu, YBhg.Dato’ memaklumkan berkenaan Rangka Kerja ILTIZAM yang telah diluluskan pada 6 Mac 2025 yang lepas. Rangka Kerja ILTIZAM bertujuan meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam melalui reformasi struktur dan revolusi proses. Fokus utama termasuk pengurangan birokrasi, semakan akta dan peraturan, serta penggunaan teknologi pintar dalam tadbir urus. ILTIZAM juga menetapkan sasaran seperti mengurangkan beban peraturan sebanyak 25% menjelang 2025 dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan kerajaan melalui pendekatan "One Door Policy" serta "Government as a Platform (GaaP)". #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By MMT MPC March 10, 2025
Tourism Productivity Nexus (TPN) organized a two-day Train of Trainers and Assessors for Adventure Tourism Operators (ATO) workshop under the Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) Business Certification Program. This initiative aim to enhance productivity within the tourism sector by equipping trainers and assessors with the necessary skills, knowledge, and best practices to improve operational efficiency, service quality, and industry standards in adventure tourism. By focusing on streamlining assessment processes, optimizing resource utilization, and fostering a culture of continuous improvement, the workshop aimed to strengthen the capacity of trainers and assessors in evaluating tourism businesses more effectively. This, in turn, supports adventure tourism operators in adopting more efficient and productive business practices, ensuring that Malaysia’s adventure tourism sector remains competitive and sustainable in the long run. Ultimately, improving productivity in business operations leads to better resource management, higher service standards, and a stronger, more resilient tourism industry. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By MMT MPC March 7, 2025
The Technical Working Group (TWG) which consists of Government, Industry and Academia representatives focused the project wrap-up for the Cost-Benefit Analysis (CBA) of Incentives for National and CKD xEV Passenger Vehicles in Malaysia. The discussion covered summarizing key findings, formulating strategic recommendations based on the analysis, and gathering final feedback to refine the study before project closure. Emphasis was placed on ensuring the findings align with stakeholder expectations and policy considerations. The session also highlighted the importance of presenting a comprehensive and well-structured final report to support decision-making in the automotive sector.
By REGIONAL OFFICE MPC March 7, 2025
SBO bersama LPN telah mengadakan sesi perbincangan strategik mengenai permohonan mendapatkan Kelulusan Dasar status pelabuhan Free Zone di Pelabuhan Kontena Sapanggar Sabah. Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah, dan dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Sabah Ports Authority, Sabah Ports Sdn Bhd, serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Hasil daripada perbincangan tersebut, satu sesi libat urus akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk dijadikan sebagai platform perkongsian input dan maklum balas Kertas Cadangan permohonan status pelabuhan free zone. Dalam sesi itu juga pandangan dan cadangan daripada semua agensi dan jabatan yang berkaitan untuk membantu dalam menambahbaik kertas cadangan tersebut. Pihak Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) akan dijemput ke sesi ini dimana penglibatan KKRS adalah penting untuk memastikan kerjasama daripada semua pihak.
By REGIONAL OFFICE MPC March 7, 2025
Sesi ini dipengerusikan oleh Pengarah SBO dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada UPEN Sabah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan projek RKB Negeri Sabah. JPANS berkongsi tajuk-tajuk projek RKB manakala KKTP dan KPLBS akan memberikan senarai tajuk selepas sesi taklimat bersama semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan diadakan secara dalam talian pada 10 Mac 2025. Pengerusi memaklumkan sesi bimbingan dan pelaksanaan projek akan dapat dimulakan lebih awal sebaik sahaja tajuk-tajuk projek RKB dapat dimuktamadkan. Beberapa sesi libat urus dirancang diadakan akan datang bermula dengan sesi libat urus bersama JPANS pada 11 Mac 2025 untuk membincangkan mengenai cadangan tajuk-tajuk projek RKB yang dikemukakan. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 7, 2025
Selain itu, UiTMCS akan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki peraturan sedia dalam memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. Di antara kerjasama yang lain adalah menggalakkan para pensyarah untuk terlibat serta menjadi Specialist bagi program Certified Productivity Specialist (CPS) & Quality Environment 5.0 di MPC. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
Share by: