Susulan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan untuk Kenderaan Elektrik (NEVSC) Bil. 1/2024, yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YBhg. Dato' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, pada 14 Februari 2024, mesyuarat NEVSC telah mencadangkan supaya proses kelulusan pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) dipercepatkan bagi mencapai 10,000 unit menjelang tahun 2025.
Dalam usaha untuk mempercepatkan pencapaian sasaran ini, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan Malaysia Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah menganjurkan Bengkel Amalan Baik Peraturan Bagi Operator Stesen Pengecas (Charge Point Operator - CPOs) Untuk Pembangunan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik.
Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan berkaitan Amalan Baik Peraturan (GRP), garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh CPOs serta memberikan input (sasaran CPO untuk membangunkan stesen pengecas kenderaan elektrik), isu yang menghalang serta cadangan bagi menyokong sasaran Kerajaan. 9 pengawalselia turut dijemput untuk membuat pembentangan berkenaan garis panduan pembangunan EVCS iaitu MARii, PLANMalaysia, MGTC, NMIM, ST, MBSA, PLUS Berhad, TNB, dan LLM.
Kehadiran:
1. Encik Muhammad Zulhilmi Ahmad, Pengarah, BPI MITI
2. Encik Ikhwan Nasir Abu Hanipah, Ketua Penolong Pengarah, BPI MITI
3. Encik Mahadi Hasbullah, Timbalan Pengarah MPC
4. Ir. Bashir Ahamed Maideen, MPC Associate
5. Pn. Aminah Abd Rahman, MPC Associate
6. Tpr Haji Hamzah Bin Ab Halim, MPC Associate
7. Ir. Dr. Mohd Farid Aladdin, MPC Associate
8. Encik Mohd Hilmi Mohd Idris, Pengurus MPC
9. Puan Nuraizah Harun, Pengurus MPC
10. Cik Nur Arifah Mubarak Ali, Penolong Pengurus MPC
11. Cik Noor Aqilah Zainal Abidin, Penolong Pengurus MPC
CPO
1. PMOEV
2. Shell
3. ChargeHere EV Solution Sdn Bhd
4. EV Connection
5. GO TO U (M) Sdn Bhd
6. Gentari Green Mobility Sdn. Bhd.
7. Tesla
8. ZEVA
9. FOMEVA
10. Bermaz Auto Berhad