Penganjuran bengkel ini adalah susulan daripada isu-isu MyMudah yang telah dibentangkan semasa Bengkel Pembangunan Kapasiti MyMudah bersama Jabatan/Agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Negeri Perlis pada 21-23 September 2023 bertempat di Langkawi, Kedah.
Bersempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025, Kerajaan Negeri Perlis memandang serius dengan pengoperasian penginapan kediaman jangka pendek 'homestay' yang tidak memenuhi spesifikasi agensi-agensi teknikal. Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi merapatkan jurang sesama pihak berkepentingan dalam mengenalpasti kaedah penyelesaian yang berupaya membantu Kerajaan Negeri Perlis mencapai sasaran 3.5 juta pelancong melancong ke Negeri Perlis pada tahun 2024-2025.
Turut dijemput pegawai dari Majlis Daerah Cameron Highlands, Pahang bagi sesi perkongsian peraturan perlesenan penginapan kediaman jangka pendek di Cameron Highlands, Pahang.
Kehadiran
1. YBrs. Tuan Raziff Yaacob, Setiausaha Majlis Perbandaran Kangar Perlis
2. En Mohd Rusfaizal Mohd Radzi, Ketua Penolong Setiausaha BPEN Perlis
3. En Muhammad Safwan Izzat bin Rosli, Ketua Jabatan Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Perbandaran Majlis Daerah Cameron Highlands
4. Wakil-wakil pegawai dari PBT, PTG, MOTAC, JBPM, JKR, SWCORP & SUK (BPEN, BKT, PUU, BPPH)
Kehadiran MPC
1. En Mohamad Azrol Mohamad Dali, Pengarah MPC NRO
2. En Ahmad Harris Abdullah, Pengurus NCS T1
3. Cik Sarah Afiqah Kamaruzaman, Penolong Pengurus MPC NRO
#PerlisProduktif
#MemacuProduktivitiNegara