Bengkel Peningkatan Produktiviti melalui Pengukuhan Kemahiran dalam Projek Rintis Pembinaan Pantas di Temerloh bersama Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS)


Bengkel telah dirasmikan oleh En Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC. Program dihadiri oleh seramai 42 peserta daripada CKAPS, BPK KKM, Bomba Pahang, MP Temerloh, MP Kulai, MP Kulim, pemaju dan perunding projek. Tujuan bengkel ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman pihak yang terlibat tentang keperluan dalam pembinaan berkaitan peraturan kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta serta menambahbaik proses bagi meningkatkan kecekapan melalui projek rintis inisiatif pembinaan pantas pembangunan hospital swasta di Temerloh. Inisiatif ini tidak hanya meningkatkan produktiviti sektor pembinaan dan kesihatan tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan penarikan pelaburan ke negeri Pahang. Kelulusan borang 1- bahagian 1 oleh CKAPS dijangka diperolehi pada 26 Julai 2024 bagi membolehkan penghantaran pelan bangunan ke MPT. Ini merupakan salah satu projek di bawah GovX Pahang 1st.

#MemacuProduktivitiNegara
#PahangProduktif
#Pahang1st

Quick Share Links

By MMT MPC February 13, 2025
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Azmir Musyabri Abdul Mutallib, Pengarah Bahagian AKI, Seranta dan Saham. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincang mengenai pra pelancaran AKI 2026 yang dijadualkan pada 26 Februari 2025 serta agenda dan keperluan majlis. Turut hadir dalam perbincangan ini secara atas talian adalah wakil dari syarikat COMPOSITES TECHNOLOGY RESEARCH MALAYSIA SDN BHD (CTRM) pemenang AKI 2024 yang akan berkongsi mengenai Amalan Terbaik syarikat serta strategi syarikat dalam mencapai kecemerlangan perniagaan. Majlis Pelancaran AKI 2026 akan diadakan di MITI dan akan disempurnakan oleh YB Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
By REGIONAL OFFICE MPC February 12, 2025
SLU ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Inisiatif RKB di peringkat Negeri Perak. Tadbir urus pelaksanaan inisiatif ini akan dipengerusikan oleh YB SUK di peringkat J/K Pemandu dan TSUK (Pengurusan) akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Reformasi (CRO) manakala penyelaras program akan diselaras oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). SLU diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama agensi, badan berkanun negeri dan PBT. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) Pengurusan, bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) peringkat Negeri Perak. Pada mesyuarat ini, taklimat berkaitan pelaksanaan inisiatif RKB telah disampaikan oleh Pengarah NRO. Sebanyak 48 agensi kerajaan negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan telah hadir dalam mesyuarat tersebut. TSUK Pengurusan selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan komitmen kerajaan negeri terhadap inisiatif ini dan memohon kesemua agensi & PBT untuk mengemukakan satu projek (minimum) kepada BPSM (penyelaras) dalam tempoh seminggu bagi tujuan semakan SUK sebelum didaftarkan kepada MPC. Beliau juga berharap agar dapat bekerjasama dengan MPC untuk bimbingan dan fasilitasi projek-projek yang akan dilaksanakan oleh agensi kelak. #MemacuProduktivitiNegara
By MMT MPC February 12, 2025
A meeting was held with Proton to prepare for the upcoming Cross-Industry Benchmarking Conference and discuss collaboration efforts between Proton and MPC to enhance the capabilities of upstream automotive vendors. Proton outlined key challenges faced by their vendors, emphasizing areas that need improvement to enhance competitiveness. MPC provided insights on potential solutions to drive productivity and operational excellence. The discussion aimed to align efforts in strengthening vendor performance through benchmarking, best practices and targeted development programs, fostering a more competitive and resilient automotive supply chain.
By REGIONAL OFFICE MPC February 10, 2025
The insights gathered will subsequently facilitate the identification of companies requiring high-skilled talent. In response, Akademi Dalam Industri (ADI) is positioned as a strategic intervention to address workforce gaps and support industry needs, thereby alleviating organisational challenges. The session commenced with welcoming remarks by Dr. Mazlina Shafi’i, Director of MPC, followed by a presentation on the Overview of the Sarawak Economy & Key Productive Sectors delivered by Dr. Mohd Khairul Hisyam, Deputy Dean of UNIMAS. Participating participants are from diverse industries—including oil & gas, services, manufacturing, plantation, and agriculture—engaged in productive discussions that successfully identified key challenges within Miri’s labour market. Dr. Mazlina also highlighted other strategic initiatives, including Akademi Dalam Industri (ADI) and the Online Assessment of Business Excellence through ezBE. Moving forward, further engagement sessions on ADI will be conducted with participating companies, alongside an online consultation session on ezBE to enhance business excellence practices.
By MMT MPC February 6, 2025
An online meeting was held to plan the upcoming Cross-Industry Benchmarking Conference, jointly organized by Proton in collaboration with MPC. The conference aims to provide a platform for Proton’s management to gain insights on benchmarking best practices related to business strategies and productivity (QCD). It will also explore strategic transformations and operational initiatives from other industries, focusing on cost efficiency and quality improvement, while fostering collaboration opportunities between Proton and MPC for sustainable productivity initiatives.
By REGIONAL OFFICE MPC February 6, 2025
Susulan sesi libat urus bersama YBrs. Tuan Rusdi bin Yahya, TSUK (Pembangunan) Negeri Perlis pada 21 Januari 2025, Bengkel Pemilihan Projek RKB peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 5 Februari 2025. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis selaku penyelaras Program RKB Negeri Perlis, dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai fasilitator. Penyertaan melibatkan 50 wakil dari pelbagai agensi kerajaan, bahagian serta pihak berkuasa tempatan (PBT), yang bertujuan untuk mengenal pasti dan merangka tajuk projek RKB yang berimpak tinggi. Hasil daripada sesi perbincangan dan percambahan idea, sebanyak 15 projek RKB telah dikenal pasti. Senarai projek ini akan dibentangkan kepada Ketua Pegawai Reformasi Kerenah Birokrasi (CRO, RKB) Negeri Perlis sebelum mendapat kelulusan rasmi daripada YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis dan didaftarkan sebagai projek rasmi RKB Negeri Perlis.
By MMT MPC February 6, 2025
Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) telah menyertai forum Kelestarian Pelancongan Negeri Selangor yang menampilkan barisan panel iaitu Encik Rohizam Md Yusoff (Champion TPN) dan Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor (Presiden MITDA), bersama moderator Datuk Azlie Halim iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Santai Travel. Forum yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) bersama Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertujuan membincangkan strategi dan usaha pelestarian pelancongan mampan, mengukuhkan kolaborasi antara pemegang taruh industri pelancongan, serta menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam memajukan sektor pelancongan Selangor. Forum ini membincangkan isu-isu pelancongan Selangor seperti cabaran pengurusan destinasi secara mampan dan produktif, kepentingan inovasi digital untuk memperkukuhkan daya saing pelancongan, serta strategi kolaboratif untuk meluaskan jaringan promosi pelancongan negeri di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, forum ini menekankan produktiviti sebagai kunci kecekapan, kualiti perkhidmatan, dan kelestarian pelancongan Selangor. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By MMT MPC February 6, 2025
MEPN recently held a Project Pintar Assessment Report Presentation for Zamria Sdn. Bhd. A pivotal session aimed at enhancing productivity and operational performance. The presentation provided an in-depth analysis of Zamria’s individual assessment report, offering key insights into current business operations and areas for strategic improvement. With the presence of top management of the company, the session facilitated a constructive discussion on the report’s findings and explored tailored interventions to drive efficiency and competitiveness. This initiative aligns with Project Pintar’s commitment to empowering M&E companies with data-driven strategies for sustainable growth.
Show More
Share by: