Lawatan Kunjungan Hormat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi ke Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sabah


Lawatan Kunjungan Hormat Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi ke Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sabah

MPC Wilayah Sabah telah dijemput oleh MITI Wilayah Sabah untuk turut serta dalam lawatan kunjungan hormat MITI dan agensi ke PEKEMA Cawangan Sabah. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Ridzuan bin Datuk Haji Lassim, Presiden PEKEMA Cawangan Sabah dan delegasi kunjungan ini diketuai oleh YBrs. En. Ariffin bin Hamzah, Pengarah MITI Wilayah Sabah. Turut hadir bersama adalah YBrs. En. Sudirman Mohd Alwi, Ketua MIDF Wilayah Sabah, wakil daripada MIDA, SIRIM dan MPC serta seramai 16 orang daripada 12 buah syarikat ahli PEKEMA Cawangan Sabah.

Objektif utama lawatan kunjungan hormat ini adalah untuk membina hubungan kerjasama antara pihak MITI dan PEKEMA dan mendapatkan isu/cadangan daripada ahli-ahli PEKEMA berkaitan dengan cabaran semasa berkaitan pengimportan kenderaan di Sabah. Antara isu yang diutarakan oleh pihak PEKEMA adalah sistem kuota pemegang Permit Import (AP), status bumiputera di Sabah sebagai ahli PEKEMA, bantuan kewangan daripada Kerajaan dari segi pinjaman atau insentif dan lain-lain. MPC Wilayah Sabah turut berkongsi mengenai inisiatif terkini dalam peningkatan produktiviti di Sabah.    

#SabahProduktifSabahMajuJaya

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC March 7, 2025
SBO bersama LPN telah mengadakan sesi perbincangan strategik mengenai permohonan mendapatkan Kelulusan Dasar status pelabuhan Free Zone di Pelabuhan Kontena Sapanggar Sabah. Sesi ini dipengerusikan oleh Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah, dan dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Sabah Ports Authority, Sabah Ports Sdn Bhd, serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Hasil daripada perbincangan tersebut, satu sesi libat urus akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk dijadikan sebagai platform perkongsian input dan maklum balas Kertas Cadangan permohonan status pelabuhan free zone. Dalam sesi itu juga pandangan dan cadangan daripada semua agensi dan jabatan yang berkaitan untuk membantu dalam menambahbaik kertas cadangan tersebut. Pihak Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) akan dijemput ke sesi ini dimana penglibatan KKRS adalah penting untuk memastikan kerjasama daripada semua pihak.
By REGIONAL OFFICE MPC March 7, 2025
Sesi ini dipengerusikan oleh Pengarah SBO dan dihadiri oleh wakil-wakil daripada UPEN Sabah, Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) dan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS), mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan projek RKB Negeri Sabah. JPANS berkongsi tajuk-tajuk projek RKB manakala KKTP dan KPLBS akan memberikan senarai tajuk selepas sesi taklimat bersama semua Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang akan diadakan secara dalam talian pada 10 Mac 2025. Pengerusi memaklumkan sesi bimbingan dan pelaksanaan projek akan dapat dimulakan lebih awal sebaik sahaja tajuk-tajuk projek RKB dapat dimuktamadkan. Beberapa sesi libat urus dirancang diadakan akan datang bermula dengan sesi libat urus bersama JPANS pada 11 Mac 2025 untuk membincangkan mengenai cadangan tajuk-tajuk projek RKB yang dikemukakan. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 7, 2025
Selain itu, UiTMCS akan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki peraturan sedia dalam memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. Di antara kerjasama yang lain adalah menggalakkan para pensyarah untuk terlibat serta menjadi Specialist bagi program Certified Productivity Specialist (CPS) & Quality Environment 5.0 di MPC. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 6, 2025
Cadangan Projek yang dilaksanakan di DBKU melalui inisiatif RKB memberi impak yang besar kepada rakyat dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 6, 2025
MPC Wilayah Sabah telah dijemput oleh JPANS untuk berkongsi mengenai inisiatif program RKB dan berbincang mengenai tajuk projek RKB yang berpotensi untuk didaftarkan. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan dihadiri oleh YBrs. Puan Aidah @ Idah Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YBrs. Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat dan YBrs. Dr. Zulasri bin Pitting, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Governan dan Korporat. Pihak JPANS menyambut baik inisiatif RKB dan memberikan cadangan tajuk-tajuk projek RKB. Seterusnya akan bekerjasama dengan SBO untuk memasukkan maklumat dalam borang pendaftaran dan mengikuti sesi libat urus akan datang. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By MMT MPC March 6, 2025
Catnest Group Sdn Bhd menghadapi cabaran besar dalam menguruskan aliran kerja yang bergantung kepada input manual dan alat asas seperti Excel, yang tidak mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Di samping itu, protokol keselamatan yang lemah menyebabkan risiko terhadap pengurusan inventori dan kecurian. Proses operasi yang tidak automatik menyebabkan kelewatan dan mengurangkan kecekapan dalam operasi harian syarikat. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan penggunaan platform pengurusan data berpusat. Syarikat turut memperkenalkan Sistem Pemantauan Inventori Pintar (SPIP), yang menggunakan sensor masa nyata dan analisis data automatik untuk mengesan pergerakan stok, memantau tahap inventori, dan memberi amaran awal terhadap sebarang aktiviti luar biasa. Sistem ini membantu mencegah kerugian dengan mengurangkan risiko kecurian, memastikan stok dikendalikan dengan betul, dan mengurangkan kesilapan manual. Kesan positifnya, syarikat berjaya mengurangkan kos operasi sebanyak 30% dan meningkatkan kecekapan proses sebanyak 45%, sambil mencipta nilai sebanyak RM200,000 dalam bentuk penjimatan kos dan peningkatan produktiviti.
By MMT MPC March 6, 2025
Prestige Medispa menghadapi cabaran dalam menguruskan rekod pelanggan dan butiran temu janji yang disimpan dalam beberapa sistem berbeza, menjadikan proses carian data sukar dan memakan masa​. Selain itu, proses bayaran manual sering menyebabkan kesilapan dan mengurangkan kecekapan operasi, manakala pemantauan inventori yang tidak teratur mengakibatkan lebihan stok atau kekurangan barangan penting. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan penggunaan sistem pengurusan digital yang disesuaikan mengikut keperluan mereka. Proses automasi digunakan untuk urusan bayaran, pemantauan inventori, dan pelaporan, manakala alat analisis pemasaran membantu memantau prestasi kempen dan trend pemerolehan pelanggan. Kesan positifnya, kos operasi berkurang sebanyak 25%, kecekapan meningkat 40%, dan syarikat berjaya mencipta nilai sebanyak RM150,000 melalui penjimatan kos dan peningkatan jumlah pelanggan dalam urusniaga mereka.
By MMT MPC March 6, 2025
Date: 6 March 2025, Thursday Time: 12.30 pm Venue: Bilik Aspirasi 2, MPC The strategic discussion with the Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) was held to understand key issues impacting industry players in the retail and food & beverage (F&B) subsectors. The session served as a collaborative platform to explore potential partnerships, share best practices, and identify strategic initiatives to enhance productivity. Key recommendations focused on harnessing technology to enhance operational efficiency and addressing governance and regulatory concerns. Attendees Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC) 1. Mr. Ahmad Hussein Tajuddin, President 2. Mr. Rizal Abdul Rahman, Deputy President 3. Ms. Siti Faradila binti Dato' Aslah Malaysia Productivity Corporation (MPC) 4. YBhg. Datuk William Ng, Champion, Retail and F&B Productivity Nexus (RFBPN) & National President, SAMENTA 5. Mr. Syukri Mazli, SAMENTA 6. Dr. Halimahton Sa'diah, Let, Director 7. Ms. Nor Adira Adnan, Assistant Manager 8. Ms. Putri Nabila Mustafa Kamal, Assistant Manager
Show More
Share by: