MPC Kelantan telah menghadiri Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN Bersama Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan yang telah diadakan pada 1 Januari 2025, bertempat di Dewan Tok Guru Dato’ Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu.
Ucapan Aspirasi Kepimpinan telah disampaikan oleh YBhg Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara manakala ucapan aluan oleh YB Dato’ Kaya Setia, Dato’ Nazran Muhammad, Setiausaha Kerajaan Kelantan.
Antara amanat KSN adalah:
1. Perkhidmatan berorientasikan rakyat di mana tumpuan kepada penyampaian yang cekap, inklusif, dan responsif.
2. Penggunaan teknologi dan digitalisasi untuk memodenkan proses pentadbiran.
3. Tadbir urus yang baik di setiap lapisan pentadbiran.
4. Memastikan dasar dan pelaksanaan program seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
5. Memupuk penjawat awam yang kreatif, berkemahiran tinggi, dan strategik dalam menangani cabaran moden.
6. Membangunkan budaya kerjasama antara agensi kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat awam untuk menangani isu-isu negara secara holistik.
7. Menanam nilai-nilai murni seperti integriti, profesionalisme, dan keadilan dalam penyampaian perkhidmatan.