By REGIONAL OFFICE MPC
•
18 May, 2024
Sesi libat urus ini adalah bertujuan untuk perbincangan cadangan kerjasama dan perkongsian maklumat berkaitan inisiatif pembangunan dan peningkatan bakat yang dijalankan oleh kedua-dua pihak. Antara program yang dijalankan oleh Penang STEM ialah STEM Future-Proofing, TECH Start, Step-UP dan lain-lain. Pelaksanaan program oleh Penang STEM tersebut adalah bertujuan untuk memberi galakkan dan meningkatkan minat pelajar sekolah untuk melibatkan diri dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik bermula dari peringkat sekolah rendah atas (tahun 4, 5 & 6), sekolah menengah rendah (tingkatan 1, 2 & 3) dan menengah atas (tingkatan 4 & 5). Pihak Penang STEM menyambut baik cadangan kerjasama bersama MPC bagi memperluaskan program-program mereka di Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan fasiliti kemudahan di MPC NRO boleh dijadikan sebagai lokasi bagi menjalankan program-program tersebut.