Objektif mesyuarat ini adalah untuk meninjau perkembangan global mengenai amalan kecemerlangan perniagaan berkaitan pembangunan rangka kerja melalui sesi pembentangan inisiatif Business Excellence yang sedang dilaksanakan oleh setiap 12 ahli-ahli GEC.
Sesi ini juga diadakan bagi mendapatkan maklumat mengenai amalan terbaik pengurusan syarikat cemerlang setiap negara di dalam sektor swasta dan kerajaan yang boleh ditanda aras dan dijadikan sebagai input untuk merangka program yang dapat meningkatkan daya saing negara.
Antara isu yang dibincangkan adalah megatrend yang akan memberikan impak kepada senario kecemerlangan perniagaan di seluruh dunia. Terdapat banyak megatrend yang perlu di berikan perhatian dan antara yang paling signifikan adalah Demographic Change, Urbanization, Glocalization, Environmental Change & Resource Efficiency dan Digitalization. Ahli mesyuarat telah bersetuju untuk berkongsi input dari negara masing-masing bagi menangangi isu ini dan bagaimana ahli GEC dapat memastikan persekitaran kecemerlangan perniagaan terus berdaya tahan.
Ahli yang terlibat dalam sesi ini termasuklah :
1. Business Excellence Australia (BEA)
2. Baldrige Performance Excellence Program (USA)
3. China Association for Quality (CAQ)
4. Confederation of Indian Industry (CII-IQ)
5. Dubai Government Excellence Program (DGEP)
6. European Foundation for Quality Management (EFQM)
7. Fundação Nacional da Qualidade (FNQ)
8. Fundación Iberoamericana para la Gestión de la Calidad (FUNDIBEQ)
9. Instituto para el Fomento a la Calidad Total (IFCT)
10. Japan Quality Award Council (JQA)
11. Malaysia Productivity Corporation (MPC)
12. African Excellence Foundation (AEF)
#MemacuProduktivitiNegara
#MalaysiaProduktif
#MPC