MPC dan Agro-Food Productivity Nexus (AFPN) dengan kerjasama Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan, dan Komoditi Negeri Kelantan telah melaksanakan program Lab 1: Pembangunan Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan untuk mendapatkan input bagi mengenalpasti skop pembangunan pelan tindakan tersebut.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan, dan Komoditi Negeri Kelantan serta dihadiri oleh jabatan-jabatan dan agensi berkepentingan di dalam sektor pertanian Negeri Kelantan. Program ini telah dimudahcara oleh Champion Agro-Food Productivity Nexus (AFPN), Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail.
Program ini merangkumi beberapa perkongsian iaitu Cabaran Subsektor Agromakanan serta Inisiatif AFPN oleh Champion AFPN, perkongsian Prestasi Produktiviti Kelantan dan Kepentingan Produktiviti Terhadap Pertumbuhan Ekonomi oleh MPC, Dasar dan Strategi Kerajaan Negeri di Dalam Sektor Pertanian Kelantan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN), dan Trend Semasa Agromakanan Kelantan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Turut diadakan sesi perbincangan meja bulat dan libat urus bersama setiap jabatan/agensi yang hadir bagi membincangkan inisiatif pertanian masing-masing sebagai input awal pembangunan pelan tindakan ini. Beberapa cadangan telah dikenalpasti untuk diperhalusi dengan lebih terperinci bagi membentuk Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan ini.
Kehadiran:
1. Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail, Champion Agro-Food Productivity Nexus (AFPN)
2. Bahagian Prestasi Produktiviti & Ekonomi, MPC
3. MPC Negeri Kelantan
4. Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN)
5. Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
6. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan
7. Pejabat Perikanan Negeri Kelantan
8. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan
9. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan
10. Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
11. Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad
12. Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd
#MPC
#MPCProductivity
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#KelantanProduktif