Satu perbincangan di antara pihak Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan anak syarikatnya, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBCSB) bersama GrasiCili dan MPC telah dijalankan bagi memperhalusi isi kandungan kontrak perjanjian bagi kolaborasi Projek Pertanian Moden Ladang Cili di Pasir Puteh, Kelantan.
Perbincangan ini bertujuan untuk meneliti konsep projek secara lebih mendalam dan terperinci merangkumi aspek-aspek tanah, infrastruktur, perbelanjaan, hasil, dan sebagainya yang akan dimaktubkan di dalam perjanjian usahasama ini kelak. Turut dibincangkan adalah opsyen model-model dana yang boleh digunapakai bagi membiayai projek ini.
KBCSB dan PMBK akan membuat penilaian lanjut agar pemilihan model tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta memenuhi objektif semua pemegang taruh dan pihak berkepentingan projek ini.
Projek Pertanian Moden Ladang Cili ini sedang dibangunkan di atas tanah berkeluasan 10 ekar di Pasir Puteh, Kelantan yang merupakan satu inisiatif peningkatan produktiviti sektor pertanian Kelantan. Projek ini kini sedang di dalam fasa pembersihan dan merata tanah dan dijangka akan mula beroperasi sebelum hujung tahun ini.
Kehadiran:
1. Pn Susilawati Mat Naim @ Mustapha – Pengurus, Jab Perancangan Strategik PMBK
2. Pn Nur Rahimah Rofien – Pen Pengurus, Jab Pemantauan Prestasi PMBK
3. En Mohd Afzanizan Arif – Pemangku Pengurus, KBCSB
4. En Mohd Ariffin Che Mi – Pen Pengurus, KBCSB
5. En Munir Ashim Abdullah – Pengasas, GrasiCili
6. Pn Kartin Haslinda Che Mat – Pengarah, MPC Kelantan
7. En Mohd Mujahid Mohd Yusoff – Pen Pengurus, MPC Kelantan
#MPC
#MPCProductivity
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#KelantanProduktif