Perbincangan Strategik Bersama Pengerusi Persatuan Gabungan Pusat Latihan SLDN Negeri Perak


Perbincangan Strategik MPC bersama Hajah Suriyani Haji Sadri, Pengerusi Persatuan Gabungan Pusat Latihan SLDN Negeri Perak telah diadakan bagi berkongsi dan membincangkan hala tuju program Akademi Dalam Industri di Negeri Perak.

Persatuan menyambut baik dan menyokong inisiatif MPC dalam usaha meningkatkan produktiviti negeri Perak dan akan memberikan kerjasama untuk menjemput ahli-ahli mereka bagi menyertai Seminar ADI yang akan diadakan pada bulan Ogos 2024 di negeri Perak.

#PerakProduktif
#MemacuProduktivitiNegara

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC April 21, 2025
Bertemakan “Environmental, Sustainability, Economic Prosperity and Inclusive Society”, PSIEA 2025 secara rasminya telah dilancarkan hari ini di Auditorium TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Tech Park. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Malcom Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak yang mewakili YBhg Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak. PSIEA 2025 menyasarkan penyertaan 50 syarikat dari pelbagai sektor di seluruh Sarawak, sejajar dengan usaha memperkasakan ekosistem industri berdaya saing, mampan dan inklusif. Inisiatif ini juga merupakan platform pengiktirafan kepada syarikat tempatan yang cemerlang dalam aspek produktiviti, inovasi dan amalan lestari. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #PSIEA2025
By REGIONAL OFFICE MPC April 19, 2025
Susulan daripada sesi libat urus yang telah diadakan antara MPC Wilayah Utara (NRO), Persatuan Pengusaha Industri Pendidikan Pulau Pinang (PPIPPP) dan Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) pada 15 April 2025 berhubung isu peningkatan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang memberi kesan ketara kepada pengusaha pra-sekolah dan industri di Pulau Pinang, satu lagi sesi libat urus telah diadakan bersama YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan PPIPPP. MPC Wilayah Utara turut dijemput mewakili Sekretariat PEMUDAH dalam sesi tersebut. Dalam sesi berkenaan, pihak persatuan telah membentangkan secara menyeluruh mengenai implikasi peningkatan kes HFMD terhadap pengusaha pra-sekolah serta kesannya kepada ibu bapa yang menghantar anak ke pusat pendidikan awal kanak-kanak. JKN Pulau Pinang pula telah berkongsi langkah-langkah pencegahan dan protokol kawalan yang sedang dan telah dilaksanakan dalam usaha mengekang penularan wabak ini. YB Exco telah mengambil maklum isu yang dibangkitkan dan menyeru agar kerjasama erat antara JKN dan persatuan terus diperkukuh bagi merangka pendekatan yang lebih berkesan serta memberi impak positif kepada komuniti terlibat. Beliau turut menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak perlu menjadi keutamaan dalam menangani isu ini. Selain itu, pihak JKN akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh persatuan dan merancang tindakan susulan yang relevan, termasuk penglibatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyelaraskan penyelesaian secara menyeluruh.
By REGIONAL OFFICE MPC April 18, 2025
Sesi ini merupakan kesinambungan daripada siri bengkel yang telah dianjurkan di tiga lokasi utama iaitu Kuching, Miri dan Bintulu pada bulan Februari dan Mac 2025. Sesi Perkongsian ini juga telah menghimpunkan 40 wakil daripada kementerian, jabatan serta agensi awam persekutuan dan negeri, yang secara aktif memberikan input dan pandangan untuk memperkukuh hasil kajian agar lebih selari dengan aspirasi dan polisi pembangunan negeri.
By wayup dmo April 18, 2025
Another AI for Productivity Transformation session was conducted in Puchong, bringing together participants—mostly members of Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM)—for an immersive session on leveraging Artificial Intelligence (AI) to enhance business productivity. The session began with the AI Discovery phase, introducing participants to the fundamentals of AI, global trends, and accessible tools tailored for entrepreneurs and enterprises. This foundational knowledge helped participants understand how AI can revolutionize business operations and drive productivity in the digital era. The program will continue with the AI Implementation phase, where participants are expected to apply AI tools within their business contexts. The effectiveness of these efforts will be measured through a Productivity Impact Report, ensuring tangible and trackable improvements. A practical, hands-on workshop was also conducted using tools such as CanvaAI, Google Analytics AI, and Google Sites. These tools enabled participants to improve brand visibility, analyze customer behavior, and automate content creation—leading to more efficient, data-driven, and productive business practices.
By wayup dmo April 18, 2025
Retail & F&B Productivity Nexus (RFBPN) telah menganjurkan kursus latihan kecerdasan buatan (AI) kepada ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) bagi memperkasakan pemahaman dan aplikasi teknologi AI dalam operasi perniagaan restoran. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas AI, pengenalan dan penggunaan ChatGPT untuk tujuan penjadualan, komunikasi, dan pengurusan tugasan harian. Latihan turut melibatkan elemen hands-on termasuk pembinaan prompt, automasi tugas pentadbiran, dan penyediaan pelan tindakan penggunaan AI di premis masing-masing. Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada cabaran dan strategi penerapan AI secara berperingkat, dengan penekanan terhadap etika, privasi data, serta perubahan budaya kerja. Inisiatif ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi serta daya saing pengusaha restoran dalam era digital.
By MMT MPC April 17, 2025
Advantech Co. Malaysia Sdn Bhd hosted a Hari Raya celebration attended by MPC Director En. Mohd Yazid Abdul Majid. The company is specializing in Industry 4.0 solutions especially for the semiconductor sector, discussed their involvement in EXPO 2025 Osaka, Japan with MPC. Following the discussion, Advantech presented their capabilities in Industry 4.0 through their demo section, showcasing innovative solutions that highlight their role in driving technological advancements in the sector. This event provided valuable insights into Advantech's contributions to the industry innovation.
By REGIONAL OFFICE MPC April 17, 2025
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah . Sesi ini bertujuan untuk membincangkan mengenai draf Atur Cara, senarai jemputan, dokumen berkaitan logistik dan hal-hal lain bagi persediaan Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Ekspatriat dan Pas Kerja Malaysia di Sabah yang akan diadakan pada 21 & 22 Mei 2025 (Rabu & Khamis). #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC April 17, 2025
Sesi ini juga untuk memastikan pihak JBPM Kuching Sarawak memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, JBPM Kuching Sarawak telah mencadangkan 2 projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki proses kerja Permohonan Sijil Perakuan Bomba yang lebih cekap dan dapat mengurangkan kos operasi. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
Show More