Inisiatif peningkatan bakat merupakan satu usaha ke arah meningkatkan produktiviti Malaysia. Usaha MPC bersama rakan strategik seperti Universiti Malaysia Perlis adalah bagi memperkukuhkan pelaksanaan pembangunan bakat tempatan bagi menyokong industri dan ekosistem semikonduktor serta elektrikal dan elektronik (E&E).
Program Jalinan Kerjasama Strategik Peningkatan Bakat Produktif telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan turut dihadiri YBhg. Dato' Seri Wong Siew Hai, Presiden MSIA dan juga Champion EEPN dan YBhg. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Timbalan Ketua Pengarah, MPC. Program ini turut dihadiri oleh wakil-wakil industri semikonduktor.
Antara detik penting dalam program ini:
1. Lawatan Fasiliti seperti Makmal Bilik Bersih (Clean Room Lab), Makmal Analisa Kegagalan (Failure Analyst Lab) dan Pusat TVET UniMAP;
2. Pengiktirafan Productivity Champion kepada 37 individu termasuk Naib Canselor UniMAP sebagai salah seorang penerima; dan
3. Pengiktirafan khas kepada YBhg. Dato' Seri Wong Siew Hai sebagai Profesor Adjung oleh UniMAP, sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau yang signifikan kepada industri semikonduktor secara khususnya dan sektor E&E secara amnya.
Dato' Seri Wong Siew Hai, turut menekankan kepentingan mempercepatkan proses adaptasi industri, yang sebelum ini mengambil masa 6 hingga 10 bulan. Beliau menekankan bahawa dalam persekitaran perniagaan yang pantas dan kompetitif, tempoh adaptasi yang panjang boleh menjejaskan daya saing syarikat.
Kejayaan program ini mencerminkan usaha bersepadu semua pihak dalam memperkukuhkan kerjasama strategik antara akademia, industri, dan agensi kerajaan sejajar New Industrial Master Plan (NIMP) 2030 dan National Semiconductor Strategy (NSS) untuk pembangunan bakat yang lebih produktif dan Malaysia yang berdaya saing.
#MemacuProduktivitiNegara
#DrivingProductivityoftheNation