Sesi Kolaborasi Rakan Strategik Program Akademi Dalam Industri (ADI) Bersama Institut Latihan Perindustrian dan Pemain Industri


MPC Wilayah Utara dengan kerjasama Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas telah menganjurkan Sesi Kolaborasi Rakan Strategik Program Akademi Dalam Industri (ADI). Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hairul Nizzat Bahrin, Pengarah ILP Kepala Batas dan ucapan perasmian oleh YBrs. Encik Mohd Azrol Mohd Dali, Pengarah MPC Wilayah Utara. 

Sesi ini menerangkan tentang pelaksanaan ADI kepada industri diikuti dengan sesi matching bagi menghubungkan pemain Industri dengan pusat latihan. Sesi matching ini dapat membantu industri melaksanakan program Pensijilan Kemahiran dengan lebih mudah serta dengan kos yang minimum. Turut serta adalah ILP Nibong Tebal dan ILP Perai yang menyediakan pensijilan kemahiran dalam bidang kimpalan dan automotif.

Seramai 50 peserta daripada 31 syarikat telah hadir ke program ini. Kerjasama bersama rakan strategik ini akan dapat membantu meningkatkan produktiviti dan daya saing industri serta memberikan impak keuntungan jangka panjang terutama dalam menangani masalah pasaran pekerja mahir dalam kalangan rakyat tempatan.

#PenangProduktif
#MemacuProduktivitiNegara

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC April 21, 2025
Bertemakan “Environmental, Sustainability, Economic Prosperity and Inclusive Society”, PSIEA 2025 secara rasminya telah dilancarkan hari ini di Auditorium TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Tech Park. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Malcom Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak yang mewakili YBhg Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak. PSIEA 2025 menyasarkan penyertaan 50 syarikat dari pelbagai sektor di seluruh Sarawak, sejajar dengan usaha memperkasakan ekosistem industri berdaya saing, mampan dan inklusif. Inisiatif ini juga merupakan platform pengiktirafan kepada syarikat tempatan yang cemerlang dalam aspek produktiviti, inovasi dan amalan lestari. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #PSIEA2025
By MMT MPC April 21, 2025
Driven by the need to explore global, innovative solutions for strengthening aged care services and recognising the critical role of a highly skilled aged care workforce in enhancing productivity, a Memorandum of Understanding has been formalised between the Japan Well-Aging Association and the Malaysia Caregivers Association (KENDANA), with the valued support of the Malaysia Productivity Corporation, at Osaka Global Expo 2025. The signing ceremony was a key moment, with Mr. Toshishisa Ogawa, President of the Japan Well-Aging Association, and Mr. Rashidi Yahya, President of KENDANA, officially executing the Memorandum of Understanding. Their commitment was witnessed by Mr. Mohd Yazid Abdul Majid, Director of the Malaysia Productivity Corporation, and Mr. Yamada, CEO of Progress Incorporation, highlighting the importance of this partnership. This MOU facilitates vital cooperation to improve caregiver training programmes in Malaysia, with a particular focus on advancing dementia care. By promoting quality standards, integrating international best practices, and prioritising capacity development, this initiative directly contributes to the development of a more skilled and efficient aged care workforce. This, in turn, will enhance productivity within the silver economy and significantly improve the quality of care provided to our communities. This Memorandum of Understanding represents a significant milestone for MPC, the Japan Well-Aging Association, and KENDANA. It establishes a strong foundation for future collaborative endeavours that will drive transformative change in the productivity of the aged care secto
By MMT MPC April 21, 2025
The online session was organised to equip upstream automotive companies with a clear understanding of the programme framework in preparation for their participation in three upcoming AI training sessions. Each AI class is tailored to different levels of personnel—technicians, supervisors, and data specialists—ensuring relevant and practical learning aligned with their respective roles. These AI classes aim to cultivate foundational awareness and hands-on exposure to AI technologies, ultimately driving operational efficiency and supporting Malaysia’s broader national competitiveness agenda. By introducing practical use cases such as real-time analytics, predictive maintenance, and automated data collection, the programme fosters a culture of operational excellence and data-driven decision-making across the value chain. In addition to outlining the training modules, the session also highlighted several key initiatives, including on-the-ground improvement projects and the forthcoming launch of the Digital Roadmap publication. These initiatives are integral to catalysing digital transformation within the automotive sector, enhancing productivity, and ensuring long-term industry resilience in a rapidly evolving technological landscape.
By REGIONAL OFFICE MPC April 19, 2025
Susulan daripada sesi libat urus yang telah diadakan antara MPC Wilayah Utara (NRO), Persatuan Pengusaha Industri Pendidikan Pulau Pinang (PPIPPP) dan Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) pada 15 April 2025 berhubung isu peningkatan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang memberi kesan ketara kepada pengusaha pra-sekolah dan industri di Pulau Pinang, satu lagi sesi libat urus telah diadakan bersama YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan PPIPPP. MPC Wilayah Utara turut dijemput mewakili Sekretariat PEMUDAH dalam sesi tersebut. Dalam sesi berkenaan, pihak persatuan telah membentangkan secara menyeluruh mengenai implikasi peningkatan kes HFMD terhadap pengusaha pra-sekolah serta kesannya kepada ibu bapa yang menghantar anak ke pusat pendidikan awal kanak-kanak. JKN Pulau Pinang pula telah berkongsi langkah-langkah pencegahan dan protokol kawalan yang sedang dan telah dilaksanakan dalam usaha mengekang penularan wabak ini. YB Exco telah mengambil maklum isu yang dibangkitkan dan menyeru agar kerjasama erat antara JKN dan persatuan terus diperkukuh bagi merangka pendekatan yang lebih berkesan serta memberi impak positif kepada komuniti terlibat. Beliau turut menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak perlu menjadi keutamaan dalam menangani isu ini. Selain itu, pihak JKN akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh persatuan dan merancang tindakan susulan yang relevan, termasuk penglibatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyelaraskan penyelesaian secara menyeluruh.
By REGIONAL OFFICE MPC April 18, 2025
Sesi ini merupakan kesinambungan daripada siri bengkel yang telah dianjurkan di tiga lokasi utama iaitu Kuching, Miri dan Bintulu pada bulan Februari dan Mac 2025. Sesi Perkongsian ini juga telah menghimpunkan 40 wakil daripada kementerian, jabatan serta agensi awam persekutuan dan negeri, yang secara aktif memberikan input dan pandangan untuk memperkukuh hasil kajian agar lebih selari dengan aspirasi dan polisi pembangunan negeri.
By wayup dmo April 18, 2025
Another AI for Productivity Transformation session was conducted in Puchong, bringing together participants—mostly members of Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM)—for an immersive session on leveraging Artificial Intelligence (AI) to enhance business productivity. The session began with the AI Discovery phase, introducing participants to the fundamentals of AI, global trends, and accessible tools tailored for entrepreneurs and enterprises. This foundational knowledge helped participants understand how AI can revolutionize business operations and drive productivity in the digital era. The program will continue with the AI Implementation phase, where participants are expected to apply AI tools within their business contexts. The effectiveness of these efforts will be measured through a Productivity Impact Report, ensuring tangible and trackable improvements. A practical, hands-on workshop was also conducted using tools such as CanvaAI, Google Analytics AI, and Google Sites. These tools enabled participants to improve brand visibility, analyze customer behavior, and automate content creation—leading to more efficient, data-driven, and productive business practices.
By wayup dmo April 18, 2025
Retail & F&B Productivity Nexus (RFBPN) telah menganjurkan kursus latihan kecerdasan buatan (AI) kepada ahli Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) bagi memperkasakan pemahaman dan aplikasi teknologi AI dalam operasi perniagaan restoran. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang konsep asas AI, pengenalan dan penggunaan ChatGPT untuk tujuan penjadualan, komunikasi, dan pengurusan tugasan harian. Latihan turut melibatkan elemen hands-on termasuk pembinaan prompt, automasi tugas pentadbiran, dan penyediaan pelan tindakan penggunaan AI di premis masing-masing. Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada cabaran dan strategi penerapan AI secara berperingkat, dengan penekanan terhadap etika, privasi data, serta perubahan budaya kerja. Inisiatif ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi serta daya saing pengusaha restoran dalam era digital.
By MMT MPC April 18, 2025
Siri Pertama Roadshow Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 telah diadakan di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan dihadiri oleh wakil-wakil syarikat serta persatuan industri. Roadshow ini merangkumi sesi perkongsian dan Klinik AKI 2026 yang dirangka khusus bagi membimbing syarikat-syarikat dalam melengkapkan permohonan penyertaan ke AKI 2026. Turut hadir dalam sesi ini ialah Encik Callum Chen, Ahli Majlis AKI 2026. Dalam sesi ini, Puan Saliza Saari, Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), telah menyampaikan taklimat mengenai Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (Malaysia Business Excellence Framework – MBEF) yang bertujuan memberikan pemahaman menyeluruh kepada organisasi berkaitan kriteria MBEF. Seterusnya, sesi diteruskan oleh Dr. Teng Wang Dung daripada SIRIM Berhad yang membentangkan mengenai kriteria Anugerah Kecemerlangan Industry4WRD, selaras dengan usaha menyokong transformasi industri ke arah pendigitalan. Puan Shireen Jasmin Ali, Pengarah Bahagian iESG, MITI, turut memperkenalkan kriteria Anugerah Kecemerlangan ESG yang semakin signifikan dalam memacu amalan perniagaan berdaya tahan dan mampan dalam kalangan industri.
Show More