Sesi libat urus telah diadakan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd (KBCSB) berkaitan proses permohonan dana serta status kemajuan projek pertanian moden ladang cili yang dibangunkan di Pasir Puteh, Kelantan.
Hasil perbincangan ini, MPC bersetuju untuk memudahcara pihak PMBK yang merupakan badan induk kepada syarikat KBCSB (pemilik tanah/pelaksana projek) bagi memudahkan urusan permohonan dana. Kertas cadangan perlu dibangunkan bagi urusan permohonan dana Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) untuk dikemukakan kepada pihak Kementerian Ekonomi selaku pembiaya dana tersebut.
Selain itu perbincangan juga mengetengahkan isu dalaman dan luaran yang menyebabkan kelewatan terhadap kemajuan projek yang berlaku. Isu ini telah dapat diatasi dengan baik dan projek ini telah berada di penghujung fasa pembersihan tapak. Tanah berkeluasan 10 ekar ini dijangkakan bersedia untuk proses pembinaan infrastruktur pada November 2024 setelah proses meratakan tanah selesai dalam masa terdekat.
Projek pertanian moden ladang cili ini merupakan salah satu projek rintis yang dijangka mampu melonjakkan produktiviti dan KDNK sektor pertanian Kelantan, menambah peluang pekerjaan rakyat setempat, seterusnya meningkatkan taraf hidup rakyat dan ekonomi.
Kehadiran PMBK & KBCSB:
1. En Wan Mohd Husni Wan Osman, Pemangku Ketua Peg Eksekutif Kumpulan, PMBK
2. Pn Susilawati Mustapha. Pengurus Perancangan Strategik, PMBK
3. Tg Abd Hadi Tg Md Fauzi, Pengurus, KBCSB
4. En Mohd Afzanizan Arif, Pen Pengurus, KBCSB
5. En Ahmad Arif, Eksekutif Operasi, KBCSB
#MPC
#MPCProductivity
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#KelantanProduktif