Susulan daripada perbincangan isu berkaitan penambahbaikan proses dan prosedur pelan pemajuan yang diadakan pada 12 Jun di Kementerian Ekonomi, satu sesi pemetaan isu telah berjaya dijalankan pada 24 Jun. Sesi ini bertujuan untuk memahami, menganalisis, dan mencadangkan proses baharu serta mendapatkan maklum balas daripada agensi-agensi yang terlibat.
Sepanjang sesi ini, agensi-agensi yang hadir telah mengemukakan pelbagai isu teknikal dan ketidakcekapan dalam proses serta prosedur yang menjadi halangan kepada kelulusan pelan pemajuan. Antara isu yang dibangkitkan termasuk kelewatan dalam kelulusan, kekeliruan dalam keperluan dokumentasi, serta ketidakselarasan antara agensi yang terlibat. Perbincangan ini berpandukan Manual OSC 3.0 Plus sebagai rujukan untuk meningkatkan kompetensi sistem penyampaian prosedur dan proses dalam cadangan penambahbaikan pelan pemajuan.
Inisiatif penambahbaikan OSC 3.0 Plus termasuk pelaksanaan Industrial Green Lane, yang diadaptasi daripada Inisiatif E10, bagi mempercepatkan keseluruhan proses Manual OSC. Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan kelulusan pelan pemajuan dengan mengurangkan halangan teknikal dan prosedur. Hasil perbincangan juga telah bersetuju untuk mengadakan bengkel yang akan datang bersama Pihak Berkuasa Tempatan, agensi/jabatan teknikal, pemaju serta perunding profesional.
Kehadiran
1. MPC Associates
- Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail
- Pn. Aminah Abd Rahman
- Ir. Dr. Mohd Farid Aladdin
- Ir. Bashir Ahamed Maideen
- Pn. Mazmiha Mohamed
2. Wakil-wakil Kementerian/Agensi
- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- PlanMalaysia
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- Indah Water Konsortium
- Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd
- Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara
- Jabatan Pengairan dan Saliran
- Jabatan Kerja Raya
- Lembaga Perancang Bandar Malaysia
- Lembaga Arkitek Malaysia
- Suhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
3. Pihak Berkuasa Tempatan
- Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Melaka
- Dewan Bandaraya KL
- Majlis Bandaraya Seremban
4. Sekretariat NDFB Kementerian Ekonomi
5. Sekretariat NDFB MPC
6. Team NCS+GovTECH