Sesi Perbincangan Hala Tuju Projek EODB Bersama STIU


Sesi perbincangan ini merupakan kesinambungan daripada perbincangan MPC dan Kementerian Kewangan (MOF) yang telah diadakan pada 11 April 2025. Objektif utama sesi ini adalah untuk membincangkan hala tuju serta pelaksanaan Projek Ease of Doing Business (EODB) di Sarawak, khususnya dalam aspek mempercepat dan memudahkan proses pendaftaran perniagaan di Sarawak.

Pihak STIU menyambut baik pendekatan digital yang dicadangkan bagi meningkatkan kecekapan pendaftaran perniagaan. Pendekatan ini dilihat sebagai satu langkah progresif yang bukan sahaja menyokong agenda transformasi digital kerajaan tetapi juga memperkukuh daya saing ekosistem perniagaan di Sarawak.

Selain itu, pihak STIU ambil maklum tentang penggunaan Akta 680 (Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007) dalam pelaksanaan inisiatif EODB. Akta ini akan dijadikan sebagai salah satu rujukan utama bagi memastikan pelaksanaan projek mematuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada serta melindungi keselamatan dan kesahihan transaksi secara elektronik. Satu pertemuan lanjut antara Kerajaan Sarawak, STIU dan Kementerian Kewangan (MOF) dijadualkan berlangsung pada 17 April 2025 di Putrajaya bagi memperincikan langkah pelaksanaan dan penyelarasan inisiatif ini di peringkat persekutuan.

#SarawakProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#RESAB

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC April 16, 2025
Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, PHEDNP dan tujuan perbincangan ini diadakan untuk membincangkan mengenai cadangan pelaksanaan program "Penyelarasan Dasar Dan Garis Panduan Pekerja Bukan Pemastautin (Non-Resident Employee) Di Sabah – Selain Kategori Pekerja Asing" yang akan diketuai oleh PHEDNP dengan kerjasama MPC Wilayah Sabah. Antara Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan program ini adalah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Jemputan Mengikut Segmen – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Sabah Tourism Board (STB), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan Jawatankuasa Baharu (Penyelidikan dan Hiburan & Filem) – Sabah Biodiversity Centre (SABC), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Kementerian Kerajaan dan Tempatan (KKTP), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Projek ini dijangka memberikan manfaat kepada semua pihak, termasuk majikan, pekerja, agensi kerajaan, serta masyarakat secara keseluruhan dengan memastikan sistem pengurusan tenaga kerja bukan pemastautin yang lebih telus, cekap, dan berkesan di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC April 16, 2025
Kunjungan ini diketuai oleh YBrs. En. Ariffin bin Hamzah, Pengarah MITI Wilayah Sabah, bersama-sama dengan Pengarah daripada agensi di bawah MITI iaitu MIDA, MATRADE, MIDF, SIRIM, dan MPC. Kehadiran delegasi MITI dan agensi telah disambut mesra oleh Dr. Jun Sanghyun, Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi inisiatif terkini daripada MITI dan agensi, serta mendengar isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. dalam menjalankan operasinya di Sabah. YBrs. En. Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah telah berkongsi inisiatif terkini MPC iaitu berpandukan tiga strategi iaitu memudahkan peraturan perniagaan, menggalakkan adaptasi teknologi dan peraturan moden serta pembangunan guna tenaga masa hadapan dalam meningkatkan produktiviti di Sabah. SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. telah membina sebuah kilang pembuatan kerajang tembaga (copper foil) khusus untuk bateri kenderaan elektrik (EV) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) pada Mei 2023. Antara isu/masalah/cabaran yang dikongsi oleh pihak SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. adalah kekangan dalam keperluan tenaga elektrik yang tinggi, kekurangan tenaga kerja tempatan dan masalah dalam pemeriksaan bahan mentah (sisa) berkaitan dengan HS Code. Pengarah MITI Wilayah Sabah mohon pihak SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. menyenaraikan isu/masalah secara terperinci dan menghantar emel kepada pihak MITI supaya dapat dibincangkan secara lebih lanjut dengan kementerian/agensi terlibat. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC April 16, 2025
Sesi ini diadakan bertujuan untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan projek Xpats Gateway di peringkat Kerajaan Persekutuan. YBrs. Dr. Suriati Zainal Abidin berkongsi mengenai pengalaman dan isu serta cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek Xpats Gateway. Pihak MPC Wilayah Sabah akan melaksanakan Projek Penyelarasan Dasar dan Garis Panduan Pekerja Bukan Pemastautin di Sabah dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri. Projek ini bertujuan untuk menambah baik sistem kawal selia sedia ada dengan mengambil kira kepentingan ekonomi negeri, kebajikan pekerja, dan pematuhan terhadap dasar nasional serta undang-undang berkaitan buruh dan imigresen. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC April 16, 2025
Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Hj. Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah. Pengarah MPC Wilayah Sabah telah berkongsi mengenai peranan dan fungsi MPC dalam meningkatkan produktiviti di Sabah. Beliau juga turut berkongsi inisiatif Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) dan status semasa program tersebut di Sabah. YBhg. Dato' Seri SUP menyambut baik pelaksanaan inisiatif ini dan bersetuju program seumpama sangat bersesuaian diadakan di Sabah. YBhg. Dato Seri SUP menjemput MPC untuk membuat satu pembentangan mengenai RKB dan perkongsian status semasa program di dalam Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Sabah yang akan datang. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC April 16, 2025
MPC Sarawak recently held a strategic discussion session with the Ministry of Education, Innovation & Talent Development Sarawak (MEITD), focusing on planning impactful programmes and initiatives for future-ready talent development in Sarawak. This collaborative engagement aimed to strengthen strategic alignment between key stakeholders in the talent ecosystem, ensuring a holistic approach to human capital development that supports the state’s long-term aspirations. Moving forward, MPC Sarawak and MEITD will work closely to co-develop strategic programmes under a structured roadmap that includes pilot initiatives, stakeholder engagements, and data-driven impact assessments. Emphasis will be placed on building future skills, supporting upskilling and reskilling efforts, and fostering cross-sector collaboration. This partnership marks a proactive step towards shaping a talent landscape that is dynamic, competitive, and aligned with Sarawak’s Post COVID-19 Development Strategy (PCDS) 2030. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation
By REGIONAL OFFICE MPC April 15, 2025
Pembentangan bertajuk “Peningkatan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan di Sarawak: Urusan Memulakan Perniagaan” telah disampaikan oleh Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC. Cadangan utama yang diketengahkan termasuk penggunaan Superform menerusi sistem digital dalam proses pendaftaran perniagaan yang dijangka akan mempercepatkan pengeluaran lesen perniagaan, meningkatkan ketelusan dan kemampanan, serta menyokong pewujudan lebih banyak perniagaan berlesen. Langkah ini turut berpotensi untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sarawak. Sesi ini turut memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas strategik yang amat diperlukan bagi memperhalusi pelaksanaan cadangan penambahbaikan tersebut. Hasil daripada perbincangan, pihak MOF bersetuju dengan cadangan peningkatan kecekapan pendaftaran perniagaan di Sarawak dan bersedia menilai semula ordinan sedia ada melalui pewartaan akta digital yang lebih relevan. Sebagai hala tuju seterusnya, pihak MPC Sarawak dijadualkan akan mengadakan sesi perbincangan lanjutan bersama Kerajaan Sarawak pada 14 April 2025 bagi merangka pelaksanaan pendekatan ini dengan lebih terperinci. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #RESAB
By MMT MPC April 15, 2025
This program aimed to raise awareness and build capacity among retail and F&B businesses on the practical use of Artificial Intelligence (A.I.) to boost productivity. The session introduced participants to the fundamentals of A.I. applications in their sectors, focusing on areas like customer service automation, sales forecasting, inventory optimization, and dynamic pricing. Throughout the session, participants were engaged in case study discussions, live demonstrations, and interactive dialogue with A.I. experts. These activities highlighted real-world examples of how businesses have successfully implemented A.I. tools to improve efficiency, reduce operational costs, and enhance customer engagement. Attendees were also given opportunities to ask questions, share their challenges, and explore relevant A.I. solutions that can be tailored to their business needs. In conclusion, the session successfully provided valuable insights and practical solutions for businesses in the Retail and F&B sectors.
By MMT MPC April 16, 2025
Tourism Productivity Nexus (TPN) recently held a strategic engagement session with the newly appointed Secretary-General of the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, along with his team. The discussion centered on identifying continuous areas for collaboration between TPN and MOTAC, with a shared goal of strengthening the tourism industry and enhancing productivity across the sector. The session was also joined by Datuk Zahid Ismail, Director General of the Malaysia Productivity Corporation (MPC); Dr. Halimahton Sa’diah Let, Director of MPC; Puan Nor Halisa Mohamad Halil, Deputy Director of MPC; and Haji Shaharuddin M. Saaid, Chairman of TPN’s Governance and Industry Readiness Working Group. During the session, TPN Champion YBrs. Encik Rohizam Md. Yusoff provided an overview of TPN’s role and introduced the ongoing initiatives aimed at improving productivity within the tourism ecosystem. Reflecting current industry trends, TPN’s programmes are now focused on driving industry readiness and accelerating the shift towards sustainable and technology-driven tourism. These efforts are aligned with national aspirations to boost sector productivity and enhance Malaysia’s competitiveness on the global stage.
Show More