Malaysian Vaccines dan Pharmaceuticals (MVP) telah membuat pembentangan mengenai inisiatif Pembangunan Vaksin Negara dalam menghasilkan telur Specific Pathogen Free (SPF Egg) berkualiti tinggi yang telah disahkan bebas daripada patogen penyakit tertentu. Telur SPF yang dihasilkan akan dijadikan bahan utama dalam pembuatan pelbagai jenis vaksin hidup dan tidak aktif berasal dari embrio ayam untuk kegunaan veterinar, pengeluaran vaksin terpilih bagi manusia, dan juga untuk penyelidikan makmal.
Tindakan seterusnya;
1. Pembentangan dan perbincangan bagi Inisiatif Pembangunan Vaksin Negara kepada Bahagian Industri Pembuatan, Sains dan Teknologi, Kementerian Ekonomi;
2. Perbincangan lanjut di antara AFPN dan MVP bagi mengenalpasti pengawal selia yang terlibat dalam pemajuan ladang SPF Egg dan perancangan program rintis; dan
3. Perbincangan di antara pihak Akademi dalam Industri (AiI) dan Universiti Malaya (UM) melalui MVP dalam mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kertas cadangan latihan 'work-based learning' kepada syarikat pembuatan biotech di Malaysia.
Senarai Kehadiran :
1. YBrs. Encik Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC
2. YBhg. Leftenan Jeneral Datuk (Dr) Md Amin bin Muslan (Bersara), Pengerusi, MVP Healthcare
3. Puan Rashidah Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, MVP Healthcare
4. YBhg. Datin Wira Ungku Ashiela Ungku Hamzah, Ketua Pegawai Operasi, Malaya SPF
5. Dr. Natasha Lee Hai Yen, Pakar rujuk, MVP Healthcare
6. Encik Asmawadi Mohamed, Pengurus Kanan, DMO
7. Puan Syafina Anuar, Pengurus Kanan, PHPN
8. Encik Al Hisyam Abdul Halim, Pengurus, CPN
9. Puan Nur Fatimah Mohd Zaki, Pengurus, PPN
10. Cik Nor Aziera Mohd Nor, Penolong Pengurus, CPN
11. Encik Aizat Aqil Misro, Penolong Pengurus, PPN*PPN