Di dalam sesi ini Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) telah berkongsi input dan amalan terbaik antaranya Program Pemutihan yang tidak memerlukan permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan ubah syarat nyata tanah, hanya memerlukan penternak untuk mengemukakan Pelan Bangunan kepada pihak PBT. Selain itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (DVS) juga terlibat sebagai agensi teknikal di dalam OSC PBT untuk memberi ulasan dan syor yang berkaitan.
Maklumbalas juga telah diterima daripada pihak Pentadbir Tanah dan Galian Johor dan Bahagian Kerajaan Tempatan Johor berkaitan cabaran pelaksanaan pertukaran ke ladang ternakan ayam moden.
Way Forward
Satu bengkel akan diadakan bagi membincangkan proses-proses yang boleh ditambahbaik di dalam urusan berkaitan tanah di PTG dan urusan berkaitan pembangunan ladang tertutup di PBT.
Pihak MBSP telah diwakili oleh:-
1. Dr. Mohammad Aklis Azmi, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
2. Dr. Izzat Azmeer Ahmad, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan
2. Pn. Anis Zulfa Johari, Unit OSC
3. En. Zanzuri Hashim, Jabatan Bangunan
4. Pn. Faradilla Fahrudin, Jabatan Perancang
Turut sama menyertai sesi ini adalah
1. En. Ahmad Azhar Ab. Hamid, Bahagian Kerajaan Tempatan Negeri Johor
2. En. Mohd Haniff Ahmad, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Johor
3. Dr. Ahmad Syakir Che Roslan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor
#mpcsroproductivity
#mpcjohor
#mpcproductivity