Perbincangan mengenai status pelaksanaan New Deal for Business (NDFB) bersama Kementerian Ekonomi dan MPC yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Ts. V Valluvan A/L Veloo telah diadakan sebagai persediaan untuk bengkel strategik New Deal For Business yang akan dibentangkan kepada YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, pada 9 Julai (Selasa).
Melalui perbincangan ini, beberapa penambahbaikan telah dirangka berpandukan Five Mega Shifts yang telah disusun bersama Kementerian Ekonomi sebagai dasar rujukan untuk melaksanakan inisiatif NDFB. Berdasarkan Five Mega Shifts tersebut, sebanyak 25 inisiatif telah ditambah baik dalam satu pelan tindakan untuk fasa pertama NDFB. Pelan ini merangkumi penyataan masalah (as is), intervensi strategik, sasaran (to-be), dan impak pelaksanaan.
Beberapa tindakan telah dipersetujui untuk memastikan inisiatif pembangunan dokumen NDFB dapat meningkatkan produktiviti, daya saing, serta merangsang pertumbuhan ekonomi negara yang mampan melalui transformasi digital. Berikut adalah hala tuju selepas perbincangan:
1. Mengadakan bengkel untuk pemetaan skop bagi memulakan perniagaan bersama pihak berkuasa berkaitan perlesenan. Antaranya ialah:
- Lesen berkaitan Sektor Pembuatan - MIDA
- Lesen dan kebenaran berkaitan Sektor Perdagangan Pengedaran - KPDN
- Lesen-lesen berkaitan Sektor Telekomunikasi dan Penyiaran - MCMC
- Lesen-lesen berkaitan Pembinaan - CIDB
2. PWC menyediakan naratif yang baik berdasarkan 25 inisiatif yang menangani isu perniagaan dalam pelan tindakan.
3. Mengadakan perbincangan bersama Kementerian Ekonomi untuk persediaan pembentangan kepada YB Rafizi Ramli.
4. Mengadakan perbincangan bersama JAKIM untuk mengukuhkan proses 'to-be' bagi isu pensijilan halal Malaysia.
Kehadiran
Kementerian Ekonomi
1. YBhg. Dato' Ts. V Valluvan A/L Veloo
2. YBhg. Datuk Dr. Hanisah Binti Hussin
3. Pn. Amutham A/P Subramaniam
PwC
1. Ms. Marina Che Mokhtar
2. Cik. Afifah Jamal
3. Mr. Shaun Yap
MPC Associate
1. Pn. Romaiza Ab Rahman
2. Pn. Aminah Abd Rahman
MPC
1. Pn. Wan Fazlin Nadia Wan Osman
2. Pegawai-pegawai MPC
3. Team GovTech
4. Team NDFB