Sesi Strategik Pembangunan Pelan Peningkatan Produktiviti Agromakanan Kelantan Bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)
Pembangunan Pelan Peningkatan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan
Sesi strategik ini diadakan untuk membincangkan maklumat berkaitan aktiviti pertanian dan agromakanan di Negeri Kelantan sebagai persediaan untuk membangunkan Pelan Peningkatan Produktiviti Agromakanan negeri ini. Perbincangan menjurus kepada fokus utama pembangunan pelan yang bertujuan menyokong dasar dan strategi yang telah digariskan oleh pihak kerajaan negeri di dalam Dasar Pertanian dan Pelan Tindakan Strategik Pertanian Negeri Kelantan 2021-2025. Pembangunan pelan ini mensasarkan peningkatan produktiviti sektor pertanian sebagai salah satu sektor utama penyumbang KDNK Negeri Kelantan.
Pelaksanaan Bengkel Pembangunan Pelan Peningkatan Produktiviti Agromakanan Kelantan telah dicadangkan pada 3 Mac 2024, melibatkan pihak-pihak berkepentingan seperti Jawatankuasa Pertanian Kelantan, UPEN, Jabatan Pertanian, dan beberapa agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang lain.
Kehadiran:
1. En Mohd Hafizie Hashim, Penolong Pengarah Pertanian, Teknologi Hijau, dan Alam Sekitar, Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan (UPEN)
2. En Mohd Hasni Mat Yusoff, Pengurus Pentadbiran & Sumber Manusia, Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad (KPKB)
3. En Zaffrulla Hussein, Pengarah, Seksyen Produktiviti Negeri, MPC
4. Pn Kartin Haslinda Che Mat, Pengarah, MPC Kelantan
5. En Mohd Mujahid Mohd Yusoff, Pen Pengurus, MPC Kelantan
#MPC
#MPCProductivity
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#KelantanProduktif
Quick Share Links

Program Productivity in Context (PiC) ini dirangka untuk memperkukuh keupayaan daya saing sektor menerusi pendekatan produktiviti yang lebih teratur. Sektor perniagaan juga dapat memanfaatkan teknologi terkini, meningkatkan keuntungan, kecekapan serta produktiviti syarikat yang akhirnya membantu dalam peningkatan daya saing negara. PiC juga menekankan penambahbaikan dalam pengurusan, penerapan teknologi serta digitalisasi, dan inovasi proses yang mampu meningkatkan kecekapan operasi dan tenaga kerja syarikat. MPC melaksanakan kolaborasi Strategik bersama Frontier : 1. Plus Malaysia Berhad 2. Composites Technology Research Malaysia (CTRM) 3. Duopharma Biotech Berhad 4. KPJ Rawang Specialist Hospital 5. IJM Corporation Berhad 6. Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) 7. FGV Holdings Berhad 8. Prime Lux Energy Program ini menyasarkan peningkatan tahap produktiviti dan kecekapan dalam kalangan 400 vendor, pembekal dan pelanggan yang bernaung serta rantaian nilai syarikat Frontier . Inisiatif ini berupaya memberi kesan positif terhadap keseluruhan ekosistem perniagaan syarikat-syarikat terlibat, seterusnya menyokong usaha Malaysia untuk memperkukuh kedudukan dalam amalan pengurusan dan adaptasi teknologi di peringkat antarabangsa. Selanjutnya, MPC akan melaksanakan penilaian diagnostik perniagaan dan analisis produktiviti yang komprehensif berdasarkan data dan maklumat yang dikemukakan oleh syarikat-syarikat di bawah naungan Frontier . Penilaian ini akan memberi tumpuan kepada isu serta cabaran operasi yang dikenal pasti sebelum pelaksanaan inisiatif melalui pendekatan Amalan Pengurusan Moden.

One of the key challenges in adopting technology among Malaysian enterprises, particularly mid-sized and smaller companies, lies in their level of readiness and acceptance. Many businesses remain hesitant due to limited exposure to digital tools and concerns about complexity, cost, and implementation capacity. This gap continues to hinder broader digital transformation and the realization of productivity gains at the national level. To address this, the proposed A.I. for Productivity Transformation learning sessions are designed to introduce practical and accessible AI tools tailored to the needs of these companies. The sessions will focus on building understanding and confidence in using AI, enabling participants to streamline operations, improve efficiency, and embrace innovation. This initiative aims to empower more businesses to move forward in their digital journey—driving productivity transformation across sectors.

Bertemakan “Environmental, Sustainability, Economic Prosperity and Inclusive Society”, PSIEA 2025 secara rasminya telah dilancarkan hari ini di Auditorium TEGAS Digital Village, Sama Jaya High Tech Park. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Malcom Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak yang mewakili YBhg Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak. PSIEA 2025 menyasarkan penyertaan 50 syarikat dari pelbagai sektor di seluruh Sarawak, sejajar dengan usaha memperkasakan ekosistem industri berdaya saing, mampan dan inklusif. Inisiatif ini juga merupakan platform pengiktirafan kepada syarikat tempatan yang cemerlang dalam aspek produktiviti, inovasi dan amalan lestari. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #PSIEA2025

A strategic networking meeting between the Tourism Productivity Nexus (TPN), UNDP Malaysia, Singapore and Brunei, and UN Tourism Regional Support Office for Asia and the Pacific was held to strengthen collaboration in advancing sustainable and productive tourism. Taking place at the Malaysia Pavilion during the Osaka Expo 2025, the session served as a meaningful platform to exchange insights, align objectives, and explore innovative strategies that support Malaysia’s tourism sector in becoming more resilient, inclusive, and future-ready. Key areas of focus included integrating sustainability across tourism value chains, promoting community-based tourism, and enhancing productivity through digitalisation and capacity building. The dialogue reaffirmed a shared commitment to global tourism and development goals, with MPC and TPN highlighting national initiatives to uplift service quality, preserve cultural heritage, and empower local communities. UN Tourism and UNDP Malaysia expressed strong support through policy advisory, technical cooperation, and knowledge exchange. The meeting concluded with a unified vision to work together in fostering high-impact tourism practices that not only boost productivity but also contribute to the well-being of people and the planet. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation

Driven by the need to explore global, innovative solutions for strengthening aged care services and recognising the critical role of a highly skilled aged care workforce in enhancing productivity, a Memorandum of Understanding has been formalised between the Japan Well-Aging Association and the Malaysia Caregivers Association (KENDANA), with the valued support of the Malaysia Productivity Corporation, at Osaka Global Expo 2025. The signing ceremony was a key moment, with Mr. Toshishisa Ogawa, President of the Japan Well-Aging Association, and Mr. Rashidi Yahya, President of KENDANA, officially executing the Memorandum of Understanding. Their commitment was witnessed by Mr. Mohd Yazid Abdul Majid, Director of the Malaysia Productivity Corporation, and Mr. Yamada, CEO of Progress Incorporation, highlighting the importance of this partnership. This MOU facilitates vital cooperation to improve caregiver training programmes in Malaysia, with a particular focus on advancing dementia care. By promoting quality standards, integrating international best practices, and prioritising capacity development, this initiative directly contributes to the development of a more skilled and efficient aged care workforce. This, in turn, will enhance productivity within the silver economy and significantly improve the quality of care provided to our communities. This Memorandum of Understanding represents a significant milestone for MPC, the Japan Well-Aging Association, and KENDANA. It establishes a strong foundation for future collaborative endeavours that will drive transformative change in the productivity of the aged care secto

The online session was organised to equip upstream automotive companies with a clear understanding of the programme framework in preparation for their participation in three upcoming AI training sessions. Each AI class is tailored to different levels of personnel—technicians, supervisors, and data specialists—ensuring relevant and practical learning aligned with their respective roles. These AI classes aim to cultivate foundational awareness and hands-on exposure to AI technologies, ultimately driving operational efficiency and supporting Malaysia’s broader national competitiveness agenda. By introducing practical use cases such as real-time analytics, predictive maintenance, and automated data collection, the programme fosters a culture of operational excellence and data-driven decision-making across the value chain. In addition to outlining the training modules, the session also highlighted several key initiatives, including on-the-ground improvement projects and the forthcoming launch of the Digital Roadmap publication. These initiatives are integral to catalysing digital transformation within the automotive sector, enhancing productivity, and ensuring long-term industry resilience in a rapidly evolving technological landscape.

Pelaksanaan Program Productivity in Context (PiC) bertujuan untuk memperkukuh daya saing sektor melalui amalan pengurusan yang lebih sistematik. Program ini memberi tumpuan kepada peningkatan amalan pengurusan, adaptasi teknologi dan digitalisasi, serta inovasi proses yang dapat mempertingkatkan kecekapan tenaga kerja dan operasi syarikat. PiC merangkumi dua komponen utama iaitu Pengurusan Moden dan Transformasi Produktiviti Perusahaan melalui Adopsi AI. MPC melaksanakan kolaborasi Strategik bersama Frontier: 1. Telekom Malaysia 2. UEM Edgenta Berhad 3. Asiaflex Products Sdn Bhd 4. Al Global Corporation (M) Sdn Bhd 5. Dyson Manufacturing Sdn Bhd 6. Synar Setara Resources Sdn Bhd 7. Wira Foam Industries Sdn Bhd 8. Pakaratwork Sdn Bhd Pelaksanaan PiC akan melibatkan sebanyak 200 vendor serta menghasilkan sekurang-kurangnya 30 projek peningkatan produktiviti. Program ini berpotensi memberi impak positif kepada ekosistem perniagaan syarikat terlibat, sekaligus menyumbang kepada peningkatan kedudukan Malaysia dalam aspek amalan pengurusan dan adaptasi teknologi di peringkat global.

Susulan daripada sesi libat urus yang telah diadakan antara MPC Wilayah Utara (NRO), Persatuan Pengusaha Industri Pendidikan Pulau Pinang (PPIPPP) dan Malaysia Semiconductor Industry Association (MSIA) pada 15 April 2025 berhubung isu peningkatan kes Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang memberi kesan ketara kepada pengusaha pra-sekolah dan industri di Pulau Pinang, satu lagi sesi libat urus telah diadakan bersama YB Daniel Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan PPIPPP. MPC Wilayah Utara turut dijemput mewakili Sekretariat PEMUDAH dalam sesi tersebut. Dalam sesi berkenaan, pihak persatuan telah membentangkan secara menyeluruh mengenai implikasi peningkatan kes HFMD terhadap pengusaha pra-sekolah serta kesannya kepada ibu bapa yang menghantar anak ke pusat pendidikan awal kanak-kanak. JKN Pulau Pinang pula telah berkongsi langkah-langkah pencegahan dan protokol kawalan yang sedang dan telah dilaksanakan dalam usaha mengekang penularan wabak ini. YB Exco telah mengambil maklum isu yang dibangkitkan dan menyeru agar kerjasama erat antara JKN dan persatuan terus diperkukuh bagi merangka pendekatan yang lebih berkesan serta memberi impak positif kepada komuniti terlibat. Beliau turut menekankan bahawa keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak perlu menjadi keutamaan dalam menangani isu ini. Selain itu, pihak JKN akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh persatuan dan merancang tindakan susulan yang relevan, termasuk penglibatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyelaraskan penyelesaian secara menyeluruh.