Sesi Taklimat Dan Majlis Serah Tugas Kepada Sekretariat Melaka Industrial Booster
Sesi Taklimat Dan Majlis Serah Tugas Kepada Sekretariat Melaka Industrial Booster
Sesi Taklimat dan Majlis Serah Tugas Kepada Sekretariat Melaka Industrial Booster (MIB) yang dianjurkan oleh Invest Melaka Berhad ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Khaidirah Abu Zahar, Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET.
MPC SRO sebagai rakan strategik MIB telah turut sama menyertai sesi ini di mana seramai 44 wakil dari PBT Melaka, Agensi Teknikal dan Jabatan berkaitan telah menerima pelantikan serah tugas sebagai Ahli Tetap Seketariat MIB untuk menyokong usaha penambahbaikkan inisiatif ini yang dilaksanakan bagi menggalakkan pembangunan pelaburan di Negeri Melaka.
Dalam ucapan YB Datuk Khaidirah, beliau berkata kerjasama rapat antara pihak PBT, agensi teknikal dengan pihak pelabur serta interaksi yang berkesan akan menjadi kunci utama bagi memastikan proses kelulusan dipercepatkan dan akhirnya dapat menyediakan peluang pekerjaan, meningkatkan hasil negeri dan pertumbuhan ekonomi Melaka.
Melalui cara kerja yang baharu iaitu MIB ini, Kerajaan Negeri mensasarkan sebanyak RM10 billion pelaburan untuk tahun 2024.
#MPCSROProductivity
#MPCJohor
#MPCProductivity
Quick Share Links

DPN meeting with Otti Sdn. Bhd., one of the MPC strategic partner to review, discuss feedback and explore future collaboration on the AI Leadership Masterclass programme conducted in November and December 2024. Otti presented an overview of the programme, which focused on leadership readiness in the era of AI. They shared details on participation, learning modules and outcomes. The feedback highlighted strong engagement and positive post-programme evaluations. MPC acknowledged the programme’s value in strengthening AI leadership. The meeting also discussed the continuation of the AI Leadership Masterclass, targeting a broader audience and supporting digital transformation goals.

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah . Sesi ini bertujuan untuk membincangkan mengenai draf Atur Cara, senarai jemputan, dokumen berkaitan logistik dan hal-hal lain bagi persediaan Bengkel Pemetaan Proses Permohonan Ekspatriat dan Pas Kerja Malaysia di Sabah yang akan diadakan pada 21 & 22 Mei 2025 (Rabu & Khamis). #SabahProduktifSabahMajuJaya

Sesi ini juga untuk memastikan pihak JBPM Kuching Sarawak memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, JBPM Kuching Sarawak telah mencadangkan 2 projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki proses kerja Permohonan Sijil Perakuan Bomba yang lebih cekap dan dapat mengurangkan kos operasi. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara

PSIEA 2025 is a joint initiative by the Malaysia Productivity Corporation (MPC), the Sarawak Business Federation (SBF), and the Sarawak Government, reflecting a shared commitment to elevate industry standards and performance. As a prestigious state-level award, PSIEA aims to recognise and honour outstanding organisations in Sarawak that have demonstrated exemplary achievements in business excellence, innovation, sustainability, and competitiveness. At the heart of PSIEA 2025 is the Malaysia Business Excellence Framework (MBEF), which serves as the primary assessment model. The Technical Committee reaffirmed the adoption of MBEF to ensure a transparent, objective, and structured evaluation process. This meeting signifies the beginning of a meticulous journey towards the successful implementation of PSIEA 2025. It brought together experienced evaluators, industry experts, and representatives from key agencies to ensure consistency, integrity, and impact in the execution of the award programme. Through PSIEA, the state continues to foster a culture of high performance and continuous improvement among Sarawak-based organisations, ultimately contributing to the state’s vision of becoming a vibrant, productive, and globally competitive economy. #SarawakProductive #DrivingProductivityoftheNation

Sesi perbincangan ini dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohammad Zaid Yusof, Ketua Penolong Setiausaha, PHEDNP dan tujuan perbincangan ini diadakan untuk membincangkan mengenai cadangan pelaksanaan program "Penyelarasan Dasar Dan Garis Panduan Pekerja Bukan Pemastautin (Non-Resident Employee) Di Sabah – Selain Kategori Pekerja Asing" yang akan diketuai oleh PHEDNP dengan kerjasama MPC Wilayah Sabah. Antara Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam pelaksanaan program ini adalah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah, Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Jemputan Mengikut Segmen – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Sabah Tourism Board (STB), dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO); dan Jawatankuasa Baharu (Penyelidikan dan Hiburan & Filem) – Sabah Biodiversity Centre (SABC), Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah, Kementerian Kerajaan dan Tempatan (KKTP), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Projek ini dijangka memberikan manfaat kepada semua pihak, termasuk majikan, pekerja, agensi kerajaan, serta masyarakat secara keseluruhan dengan memastikan sistem pengurusan tenaga kerja bukan pemastautin yang lebih telus, cekap, dan berkesan di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Kunjungan ini diketuai oleh YBrs. En. Ariffin bin Hamzah, Pengarah MITI Wilayah Sabah, bersama-sama dengan Pengarah daripada agensi di bawah MITI iaitu MIDA, MATRADE, MIDF, SIRIM, dan MPC. Kehadiran delegasi MITI dan agensi telah disambut mesra oleh Dr. Jun Sanghyun, Ketua Pegawai Eksekutif SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi inisiatif terkini daripada MITI dan agensi, serta mendengar isu dan cabaran yang dihadapi oleh pihak SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. dalam menjalankan operasinya di Sabah. YBrs. En. Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah telah berkongsi inisiatif terkini MPC iaitu berpandukan tiga strategi iaitu memudahkan peraturan perniagaan, menggalakkan adaptasi teknologi dan peraturan moden serta pembangunan guna tenaga masa hadapan dalam meningkatkan produktiviti di Sabah. SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. telah membina sebuah kilang pembuatan kerajang tembaga (copper foil) khusus untuk bateri kenderaan elektrik (EV) di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) pada Mei 2023. Antara isu/masalah/cabaran yang dikongsi oleh pihak SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. adalah kekangan dalam keperluan tenaga elektrik yang tinggi, kekurangan tenaga kerja tempatan dan masalah dalam pemeriksaan bahan mentah (sisa) berkaitan dengan HS Code. Pengarah MITI Wilayah Sabah mohon pihak SK Nexilis Malaysia Sdn. Bhd. menyenaraikan isu/masalah secara terperinci dan menghantar emel kepada pihak MITI supaya dapat dibincangkan secara lebih lanjut dengan kementerian/agensi terlibat. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Sesi ini diadakan bertujuan untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai pelaksanaan projek Xpats Gateway di peringkat Kerajaan Persekutuan. YBrs. Dr. Suriati Zainal Abidin berkongsi mengenai pengalaman dan isu serta cabaran yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek Xpats Gateway. Pihak MPC Wilayah Sabah akan melaksanakan Projek Penyelarasan Dasar dan Garis Panduan Pekerja Bukan Pemastautin di Sabah dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan (PHEDNP), Jabatan Ketua Menteri. Projek ini bertujuan untuk menambah baik sistem kawal selia sedia ada dengan mengambil kira kepentingan ekonomi negeri, kebajikan pekerja, dan pematuhan terhadap dasar nasional serta undang-undang berkaitan buruh dan imigresen. #SabahProduktifSabahMajuJaya

Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Seri Hj. Rosli bin Isa, Setiausaha Persekutuan Sabah. Pengarah MPC Wilayah Sabah telah berkongsi mengenai peranan dan fungsi MPC dalam meningkatkan produktiviti di Sabah. Beliau juga turut berkongsi inisiatif Reformasi Karenah Birokrasi (RKB) dan status semasa program tersebut di Sabah. YBhg. Dato' Seri SUP menyambut baik pelaksanaan inisiatif ini dan bersetuju program seumpama sangat bersesuaian diadakan di Sabah. YBhg. Dato Seri SUP menjemput MPC untuk membuat satu pembentangan mengenai RKB dan perkongsian status semasa program di dalam Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Sabah yang akan datang. #SabahProduktifSabahMajuJaya