By REGIONAL OFFICE MPC
•
March 25, 2025
Satu sesi taklimat berkaitan pelaksanaan Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah diadakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan Jajahan, serta beberapa bahagian Pejabat SUK Negeri Kelantan pada 25 Mac 2025. Taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan pelaksanaan RKB secara lebih terperinci dan mendalam kepada semua PBT, Pejabat Tanah & Jajahan, serta beberapa bahagian terpilih dari Pejabat SUK Kelantan. Seramai 40 peserta telah menghadiri sesi ini yang telah diadakan di dalam talian. Sesi bimbingan projek RKB bersama setiap kumpulan akan bermula pada awal April 2025 bagi membantu kumpulan menjalankan projek dengan berkesan. Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) ialah usaha meningkatkan kecekapan, ketelusan, dan keberkesanan pentadbiran melalui semakan semula peraturan, bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam ke arah melonjakkan produktiviti dan kesejahteraan rakyat.