By MMT MPC
•
March 13, 2025
DSA Dynamics Sdn Bhd, sebuah syarikat pembuatan produk plastik, menghadapi cabaran dalam pengumpulan data manual yang menyebabkan ketidaktepatan dan kelewatan pelaporan. Data prestasi bagi 9 mesin direkodkan secara manual setiap hari, mengambil 1 jam bagi setiap mesin, serta seorang kakitangan sepenuh masa untuk analisis laporan. Ketiadaan sistem pemantauan masa nyata menyukarkan penilaian Overall Equipment Effectiveness (OEE), iaitu keberkesanan peralatan berdasarkan ketersediaan, prestasi, dan kualiti. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan mengautomasi pengumpulan data. Sistem ini meningkatkan ketepatan data 90%, mengurangkan kadar penolakan produk kepada bawah 2%, serta meningkatkan OEE kepada lebih 85%. Inisiatif ini menjimatkan RM267,448 setahun, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi.