MPC terus agresif menggerakkan inisiatif peningkatan produktiviti di Negeri Kelantan melalui kolaborasi bersama Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan (ICU JPM). Satu sesi kunjungan hormat telah diadakan ke PPN Kelantan bagi membincangkan potensi dan peluang kolaborasi terutamanya di dalam program Melonjak Produktiviti Subsektor Agromakanan Negeri Kelantan di bawah inisiatif District Productive, Daerah Pasir Puteh dan di keseluruhan Negeri Kelantan, umumnya.
Pihak PPN Kelantan akan menyediakan maklumat demografi rakyat miskin/miskin tegar di negeri ini, bagi membantu penyediaan Pelan Peningkatan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan yang akan bermula dengan pelaksanaan bengkel strategik melibatkan pemegang taruh seperti kerajaan negeri, PBT, pejabat tanah, perancang bandar dan desa, serta pihak-pihak berkepentingan yang akan dikenalpasti kelak. Pembangunan pelan ini dijangkakan akan bermula pada Januari 2024.
Kolaborasi bersama PPN Kelantan dijangka mampu menyumbang kepada hasrat kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar melalui lonjakan produktiviti sektor pertanian yang akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui model pertanian kluster berteknologi tinggi, berdaya saing dan mampan.
Kehadiran
PPN Kelantan:
1. En Jasri Kasim, Pengarah
2. En Muhammad Zulkamal Safi’n, Pen Pengarah
3. En Muhammad Firdaus Ab Aziz, Pen Pengarah
MPC/AFPN:
1. En Zahid Ismail, KP MPC
2. Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail, Champion AFPN
3. En Munir Ashim Abdullah, Pengasas GrasiCili
4. Pn Safura Malek, Pengurus Kanan, MPC
5. Pn Kartin Haslinda Che Mat, Pengurus, ECRK
6. En Mohd Mujahid Mohd Yusoff, Pen Pengurus, ECRK