Satu sesi strategik telah diadakan di antara MPC, AFPN, GrasiCili Plt, dan Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan, dan Komoditi Negeri Kelantan bagi mendapatkan sokongan serta persetujuan pihak kerajaan negeri terhadap pelaksanaan program Melonjak Produktiviti Subsektor Agromakanan Negeri Kelantan di bawah inisiatif District Productive, Daerah Pasir Puteh.
Pengerusi jawatankuasa, YB Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail menyambut baik cadangan ini yang merangkumi pelaksanaan pertanian kluster dengan kerjasama GrasiCili, serta pembangunan Pelan Peningkatan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan yang akan bermula pada Januari 2024, melibatkan pemegang taruh seperti kerajaan negeri, PBT, pejabat tanah, perancang bandar & desa, dan lain-lain.
Bagi projek rintis pelaksanaan pertanian kluster, penilaian kebolehlaksanaan telah dijalankan di tapak cadangan ladang cili berkeluasan 10 ekar, bertempat di Kg Gong Datuk, Pasir Puteh. Berdasarkan penilaian, tapak tersebut memenuhi kriteria utama pembangunan ladang cili moden berteknologi tinggi oleh GrasiCili, dan dokumen perjanjian dengan pemilik tanah iaitu Kelantan Biotech Corporation (KBC) akan disediakan dan dimeterai dalam masa terdekat.
Diharapkan projek rintis ini mampu menjadi pemangkin kepada pelaksanaan pertanian yang lebih berdaya saing dan mampan di Negeri Kelantan serta berjaya melonjak produktiviti sektor pertanian negeri ini ke tahap yang lebih signifikan, seterusnya meningkatkan ekonomi setempat dan taraf hidup rakyat.
Kehadiran
Jawatankuasa Pertanian:
1. YB Ust Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi
2. En Mohd Afzanizan Arif, Eksekutif Operasi, KBC
MPC/AFPN:
1. En Zahid Ismail, KP MPC
2. Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail, Champion AFPN
3. En Munir Ashim Abdullah, Pengasas GrasiCili
4. Pn Safura Malek, Pengurus Kanan, MPC
5. Pn Kartin Haslinda Che Mat, Pengurus, ECRK
6. En Mohd Mujahid Mohd Yusoff, Pen Pengurus, ECRK