MESYUARAT JAWATANKUASA PENYELARASAN AGENSI MITI (JPAM) WILAYAH SARAWAK BIL. 1/2025


Dalam mesyuarat ini, setiap agensi telah membentangkan laporan program dan inisiatif yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2025. MPC Sarawak turut mengambil peluang untuk membentangkan beberapa program utama yang dapat membantu agensi dan industri dalam meningkatkan kecekapan serta daya saing. Antara yang diketengahkan ialah tools pengiraan ez-BE dan Productivity Calculator, yang boleh digunakan untuk menganalisis kecemerlangan organisasi. Selain itu, Program QE5.0 turut dimaklumkan sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan kualiti persekitaran organisasi dan aspek kelestarian.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Agensi MITI (JPAM) Wilayah Sarawak Bil. 1/2025 telah berlangsung di MPC Sarawak, Kuching. Mesyuarat tahunan ini dipengerusikan oleh En. Griffith Jones Anak Goba, Pengarah MITI Sarawak, dan dihadiri oleh wakil dari pelbagai agensi, termasuk MIDA, MATRADE, MPC, MIDF, dan SIRIM. Dalam ucapan pembukaannya, Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua agensi atas sumbangan dan kerjasama mereka sepanjang tahun 2024.

MPC Sarawak juga membentangkan projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang akan melibatkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam. Satu projek RKB akan didaftarkan dibawah MITI agensi di Sarawak.

MPC Sarawak juga telah bekerjasama dengan SBF dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan Premier of Sarawak Industry Excellence Award (PSIEA), yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2025.

Kesemua program dan projek yang dibentangkan oleh MITI dan agensi diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing industri di Sarawak. Pengerusi berharap agar agensi dapat terus bekerjasama dengan berkongsi program masing-masing bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang lebih efektif serta memperkukuh daya saing industri di Sarawak.

#SarawakProduktif
#MemacuProduktivitiNegara

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC March 7, 2025
Selain itu, UiTMCS akan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki peraturan sedia dalam memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. Di antara kerjasama yang lain adalah menggalakkan para pensyarah untuk terlibat serta menjadi Specialist bagi program Certified Productivity Specialist (CPS) & Quality Environment 5.0 di MPC. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 6, 2025
Cadangan Projek yang dilaksanakan di DBKU melalui inisiatif RKB memberi impak yang besar kepada rakyat dan penambahbaikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 6, 2025
MPC Wilayah Sabah telah dijemput oleh JPANS untuk berkongsi mengenai inisiatif program RKB dan berbincang mengenai tajuk projek RKB yang berpotensi untuk didaftarkan. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zainudin bin Aman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dan dihadiri oleh YBrs. Puan Aidah @ Idah Awang, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), YBrs. Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat dan YBrs. Dr. Zulasri bin Pitting, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Governan dan Korporat. Pihak JPANS menyambut baik inisiatif RKB dan memberikan cadangan tajuk-tajuk projek RKB. Seterusnya akan bekerjasama dengan SBO untuk memasukkan maklumat dalam borang pendaftaran dan mengikuti sesi libat urus akan datang. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 5, 2025
MPC Wilayah Sabah telah dijemput oleh KPLBS untuk berkongsi mengenai inisiatif program RKB dan berbincang mengenai projek RKB yang berpotensi untuk didaftarkan. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Puan Jean Shat Fu Yi, Ketua Bahagian dan dihadiri oleh seramai 7 orang pegawai daripada pelbagai bahagian di KPLBS. Hasil daripada sesi perbincangan ini adalah pihak KPLBS akan mengadakan sesi perbincangan dalaman untuk mengenal pasti senarai projek RKB yang berpotensi untuk didaftarkan dan satu taklimat kepada semua Pejabat Daerah di Sabah akan diadakan pada masa terdekat. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By MMT MPC March 5, 2025
Bagi memacu sektor penjagaan negara yang lebih produktif, MPC dan PHPN, dengan sinergi bersama KENDANA, telah memulakan inisiatif strategik melalui sesi libat urus mengenai kerangka insurans penjagaan jangka panjang (LTC), yang bertujuan untuk membina ekonomi penjagaan yang mampan serta meningkatkan produktiviti dalam sektor tersebut. Sesi bersama KWAP, yang diketuai YBrs. Puan Zarina Halim, Ketua Pegawai Perkhidmatan Persaraan, telah mengemukakan maklum balas konstruktif terhadap potensi instrumen LTC dalam menyokong tenaga kerja yang produktif di sektor penjagaan. KWAP menyambut baik inisiatif ini dan menyatakan kesediaan untuk kerjasama strategik melalui penglibatan dalam jawatankuasa pemandu. Langkah seterusnya, siri perbincangan pelbagai pihak akan digerakkan, bagi memastikan kerangka LTC yang inovatif dan responsif dalam usaha mempromosikan kesejahteraan rakyat, serta menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara.
By REGIONAL OFFICE MPC March 5, 2025
Sesi ini bertujuan membincangkan strategi dan program outreach Akademi Dalam Industri bersama ILPKS untuk tahun 2025. Selain itu, pihak ILPKS menjemput MPC untuk menyertai program outreach Karnival Kerjaya Bersama Industri di ILPKS pada bulan Jun 2025. Melalui program outreach ini, ianya dijangka akan menyumbang kepada peningkatan penyertaan bakat di dalam program ADI dan pemadanan serta penempatan bakat ke dalam industri di Sarawak. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #MPC
By MMT MPC March 5, 2025
The kick-off meeting for the Productivity Improvement Programme for Automotive Upstream was conducted in a hybrid format, focusing on leveraging technology adoption through AI. Industry experts provided insights on structuring the program, ensuring it aligns with industry needs. The President of Perodua Suppliers Association (P2SA) and Proton Vendors Association (PVA) both respectively joined the session, sharing some valuable input on improving vendor competitiveness. Discussions emphasized the role of AI-driven solutions in streamlining operations, boosting efficiency, and fostering continuous improvement. This meeting marked the first step toward developing a structured initiative and proof-of-concept to drive technological advancement and productivity growth in the automotive upstream sector.
By MMT MPC March 5, 2025
MEPN recently held a Project Pintar Assessment Report Presentation for JKS Engineering (M) Sdn. Bhd. A pivotal session aimed at enhancing productivity and operational performance. The presentation provided an in-depth analysis of JKS’s individual assessment report, offering key insights into current business operations and areas for strategic improvement. With the presence of top management of the company, the session facilitated a constructive discussion on the report’s findings and explored tailored interventions to drive efficiency and competitiveness. This initiative aligns with Project Pintar’s commitment to empowering M&E companies with data-driven strategies for sustainable growth.
Show More
Share by: