By MMT MPC
•
March 4, 2025
TPN telah mengadakan lawatan tapak dan mesyuarat penyelarasan bagi persiapan Kempen Kurangkan Gula dan Pembaziran Makanan, yang turut dihadiri oleh wakil daripada UNDP, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC), dan Malaysia Budget and Business Hotel Association (MyBHA). Lawatan tapak ini bertujuan untuk menilai kesesuaian ruang yang akan digunakan bagi Majlis Apresiasi Komitmen dan Penyerahan Kit Advokasi Kempen Kurangkan Gula bagi Hotel-Hotel di Malaysia, yang dianjurkan oleh Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN). Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pengurangan penggunaan gula dan pembaziran makanan dalam industri hospitaliti, tetapi juga sebagai langkah strategik dalam memperkukuh produktiviti sektor pelancongan. Dengan menggalakkan amalan yang lebih sihat dan mampan dalam operasi hotel, kempen ini diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan operasi, pengurangan kos, serta penyediaan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelancong, sekaligus memperkukuh daya saing industri pelancongan negara. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation