Pembangunan Standard Hospital Psikiatri Swasta di Malaysia


Perbincangan Strategik bagi Membangunkan Standard Hospital Psikiatri Swasta 

Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Amalan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini diadakan bertujuan untuk membentangkan perancangan dan hala tuju KKM ke arah mewujudkan satu sumber rujukan yang komprehensif kepada pihak swasta dalam pembangunan hospital psikiatri di Malaysia. 

Di samping itu, sesi ini turut menjadi platform kepada mengenal pasti ruang-ruang kolaborasi dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan kerjasama yang sekian lama terjalin antara Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), MPC dan PHPN. 

Usaha ini menunjukkan komitmen KMM dalam menerapkan Amalan Terbaik Peraturan terutamanya elemen ketelusan dalam pembentukan dan pelaksanaan dasar kesihatan negara. Melalui sesi ini, pendekatan kerjasama awam-swasta akan terus dipergiatkan lagi dalam usaha memacu produktiviti subsektor penjagaan kesihatan swasta di Malaysia.

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC 17 May, 2024
Bengkel yang dianjurkan oleh Pejabat Taman Negara Pulau Pinang ini bertujuan untuk semakan dan pra penyediaan pindaan ke atas Akta Taman Negara 1980 (Akta 226) bagi menambahbaik kecekapan kawalselia di dalam taman negara. Pihak Taman Negara Pulau Pinang dan Jabatan Perhilitan telah mengambil pendekatan Amalan Baik Peraturan (GRP) sebagai inisiatif bagi cadangan pindaan Akta Taman Negara 1980 (AKTA 226) ini untuk menghasilkan sebuah peraturan yang berkualiti dan produktif. Pada bengkel ini, pihak MPC telah dijemput untuk fasilitasi bengkel dan perkongsian tentang Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) serta tatacara pelaksanaan Analisa Impak Peraturan (Regulatory Impact Analysis - RIA) bagi menghasilkan suatu peraturan yang berkualiti. Sesi ini diharapkan dapat membantu pihak Taman Negara Pulau Pinang menambah baik peraturan sedia ada dan menyediakan sebuah peraturan yang lebih berkualiti seterusnya dapat menyokong peningkatan kecekapan perkhidmatan penyampaian peraturan kepada rakyat.
By REGIONAL OFFICE MPC 17 May, 2024
Sesi ini diadakan bertujuan untuk perkongsian program peningkatan bakat melalui Akademi Dalam Industri (ADi) kepada Mplex Technology Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat tempatan yang beroperasi dalam membangunkan sistem automasi kepada pemain industri seperti E&E, Semiconductor, Chemical, Livestock, F&B yang merangkumi software & hardware development. Menerusi sesi libat urus ini, pihak Mplex Technology Sdn. Bhd. telah menunjukkan minat untuk mendapatkan bakat ADi dan juga menjadi penyedia latihan dalam ADi bagi membangunkan bakat tempatan. Syarikat juga merupakan salah satu tenaga pengajar kepada Peninsula College di The Ship Campus di bawah PKT Logistics Group Sdn. Bhd. Kerjasama strategik bersama Mplex Technology Sdn. Bhd. dapat membantu meningkatkan produktiviti tenaga kerja tempatan menerusi peningkatan bakat dan penerimagunaan teknologi.
By PCD MPC 16 May, 2024
The session focused on strategizing and finalizing the entire ecosystem of the programme in collaboration with Training Providers. It was agreed that a comprehensive Term of Reference (ToR) for the training providers, as well as guidelines or a template for both technical and non-technical Proof of Concept (PoC) programmes, should be established. Moving forward, in-depth discussions will be organized with experts to determine suitable solutions for the proposed recommendations before the programme's imminent launch.
By PCD MPC 16 May, 2024
TPN telah menganjurkan satu mesyuarat bersama pemain industri bagi membincangkan inisiatif TPN untuk mengenal pasti isu-isu yang dihadapi pelbagai subsektor pelancongan. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 20 pemimpin industri dan dipengerusi oleh Champion TPN, Encik Rohizam Md Yusoff. TPN telah menyediakan satu garis panduan bagi para pemain industri mengemukakan input mereka. Kemudian, maklum balas tersebut akan dikumpul oleh sekretariat dan dibentangkan kepada kementerian dan agensi yang berkaitan. TPN berharap bahawa insiatif ini dapat meningkatkan lagi produktiviti dalam sektor pelancongan dengan menangani isu-isu sedia ada. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By PCD MPC 16 May, 2024
Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan input berkaitan persediaan bengkel yang akan dijalankan pada 16 Mei 2024 untuk mengemaskini kemajuan NDFB, termasuk cara isu-isu perniagaan dikumpulkan mengikut kluster dan diberi keutamaan. Objektif bengkel ini adalah untuk memberikan gambaran dengan penggunaan pelbagai kaedah dan alat penilaian (Online tools) untuk memilih dan mengaplikasikan teknik yang sesuai dalam konteks pelaksanaan bengkel NDFB bersama dengan YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi pada 4 Jun 2024 nanti. Kehadiran MPC Associate 1. En. Muhammad Fakhruddin Arrazi bin Misni (Deen) MPC 1. Pn. Wan Fazlin Nadia Wan Osman 2. Pn. Shahriza Bahari 3. Team GovTech 4. Team NDFB
By REGIONAL OFFICE MPC 15 May, 2024
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. TPr. Stanley Chong, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP). Sesi ini bertujuan untuk berkongsi mengenai status perlaksanaan mengenai Inisiatif Peningkatan Kecekapan Proses Permohonan dan Kelulusan Permit Pembinaan di Sabah dan perbincangan Way Forward bagi inisiatif ini. Output inisiatif ini adalah Draf Manual Proses Permohonan dan Kelulusan Permit Pembinaan di Sabah . Beberapa bengkel akan diadakan yang melibatkan pihak berkepentingan daripada beberapa Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Sektor Swasta yang terdiri daripada Persatuan-Persatuan Arkitek dan Jurutera di KL dan Sabah. Projek pilot akan dijalankan di PBT yang berkaitan untuk memantau keberkesanan manual tersebut. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC 15 May, 2024
Bengkel yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan menambahbaik polisi pencalonan, penilaian, kategori dan penerima APDN agar mencapai standard yang lebih tinggi dan berprestij. Pihak MITI dan MPC telah dijemput untuk fasilitasi bengkel dan berkongsi pengalaman dalam pelaksanaan AKI dan Malaysia Business Excellence Framework (MBEF) sebagai panduan kepada Pegawai KPDN dalam usaha memastikan peningkatan produktiviti dan kecemerlangan perniagaan ke atas organisasi yang akan menyertai APDN. #MemacuProduktivitiNegara
By PCD MPC 15 May, 2024
We conducted an engagement session and discussion with the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) and explored several local AI solution providers such as Padu.ai, Innoveam, and T-robot. The focus was on how they can help increase the productivity of enterprises across various sectors by using AI. The priority is to use AI technologies that are practical, economical, scalable, and easy for enterprises across sectors to learn and implement.
Show More
Share by: