Sesi libat urus MPC Kelantan bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan telah diadakan bagi mendapatkan input terperinci berkaitan projek pengeluaran tenusu kambing, yang merupakan salah satu inisiatif yang akan dicadangkan di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan.
Projek pengeluaran tenusu kambing di bawah kerajaan negeri ini melibatkan ekosistem keseluruhan bermula dari penternakan kambing, pemprosesan susu dan pengeluaran produk nilai tambah, serta pemasaran. Kilang pemprosesan susu kambing milik kerajaan negeri juga sedang dibina di Ketereh, Kelantan dan dijangka mula beroperasi pada tahun 2026.
MPC dan Nexus Produktiviti Agromakanan (AFPN) akan meneliti peluang lonjakan produktiviti dengan pelaksanaan projek ini sebagai salah satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Agromakanan Negeri Kelantan. Kaedah-kaedah pertanian moden yang boleh membantu meningkatkan produktiviti akan diketengahkan melalui perkongsian pengetahuan, adaptasi dan penerimagunaan teknologi dan inovasi, dan sebagainya.
Kehadiran JPVNK:
1. Dr Khairun Anisa Mohd Yazid (Peg Veterinar)
2. En Nik Abdul Rahman Nik Hussin (Pen Peg Veterinar)
3. Pn Nur Atikah Mohd Daud (Pen Peg Veterinar)
4. Pn Kasmanizawani Kamaruden (Pen Peg Veterinar)
5. YM Tengku Mohd Anuar Raja Talib (Pen Peg Veterinar)
#MPC
#MPCProductivity
#MalaysiaProduktif
#MemacuProduktivitiNegara
#KelantanProduktifdy content of your post goes here. To edit this text, click on it and delete this default text and start typing your own or paste your own from a different source.