05 November 2024
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang melaksanakan analisis impak peraturan bagi cadangan penubuhan Lembaga Perindustrian Nanas, Kelapa dan Durian Malaysia (LPKNDM).
Menterinya, Datuk Seri Moha- mad Sabu, berkata hasil kajian dijangka dikemukakan kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada Mac, tahun hadapan.
"Analisis itu selaras dengan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2021-Dasar Negara bagi amalan baik peraturan," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) di Dewan Rakyat, semalam.
Mohamad berkata, penubuhan LPKNDM dipersetujui secara prinsip melalui Mesyuarat Jawa- tankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2023 pada 25 Oktober 2023 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 November 2023.
Jelas beliau, sehingga kini pe- ngeluaran kelapa tempatan adalah kira-kira 70 peratus dengan selebihnya diimport termasuk dari Indonesia.
Menurutnya, kerajaan akan memastikan supaya import kelapa tidak melebihi daripada keperluan kerana tidak mahu harga bekalan tempatan merudum.
Sumber: Berita Harian