Program Pengurusan Moden Bagi Digital Lean Validasi Syarikat 15 - A&A Gemilang Global (M) Sdn Bhd


A&A Gemilang Global (M) Sdn Bhd menghadapi cabaran dalam pengurusan dokumen dan sistem Sumber Manusia yang tidak tersusun, menyebabkan kelewatan pemprosesan gaji, pemantauan kehadiran, dan pematuhan garis panduan. Ketiadaan mekanisme pemantauan prestasi yang berstruktur turut menjejaskan produktiviti pekerja dan keberkesanan operasi syarikat.

Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan UrusNow, sistem pengurusan dokumen digital berpusat yang memastikan fail lebih sistematik. Proses Sumber Manusia telah diautomasi bagi mengurangkan kesilapan serta meningkatkan kecekapan dalam pengurusan gaji dan pemantauan kehadiran. Dengan peralihan ke sistem penyimpanan digital, penjimatan RM24,000 setahun dicapai, serta penciptaan nilai RM100,000 setahun melalui peningkatan produktiviti dan kecekapan operasi.

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam peranan Pembimbing dalam sesi pengajaran dan penilaian untuk memastikan bakat-bakat yang menjalani program Akademi Dalam Industri memperoleh pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Pembimbing yang menghadiri bengkel ini adalah seramai 25 orang dari Sawit Kinabalu Group dari pelbagai kemahiran seperti Oil Palm Mechanization Operation, Oil Palm Process Operation, Oil Palm Process Supervision, Oil Palm Milling Mechanical Maintenance, Security Services Operation, Office Administration dan Oil Palm Plantation Operation and Supervision. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pembimbing bagi menyampaikan maklumat dengan lebih efektif kepada bakat bertujuan untuk meningkatkan produktiviti organisasi serta memberi nilai tambah kepada bakat. #MemacuProduktivitiNegara #MalaysiaProduktif #AkademiDalamIndustri
By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Kunjungan Rasmi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Sr. Bernard Liew Chau Min, Pengarah Tanah dan Ukur dan dihadiri oleh Pengarah MPC SBO dan 2 orang wakil daripada 99 Speed Mart (East Malaysia) Sdn. Bhd. iaitu En. Lim Yu Kiun, Pengurus Kanan (Branches Operation East Malaysia) dan En. Muhammad Afiq bin Japli, Eksekutif Pembangunan Perniagaan (East Malaysia). Tujuan kunjungan rasmi ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan proses mengubah syarat kegunaan tanah jenis Native Title (NT) kepada komersial. Langkah seterusnya ialah pihak Speedmart akan berurusan dengan pemilik tanah untuk memohon syarat tambahan penggunaan tanah dengan agensi kerjaan yang berkenaan. Semasa sesi kunjungan rasmi ini, Pengarah MPC SBO turut berkongsi mengenai inisiatif program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan YBhg. Datuk memaklumkan bahawa pihak JTU menyambut baik inisiatif RKB dan ingin bekerjasama dengan pihak MPC untuk menambah baik proses permohonan tanah di Sabah. #sabahproduktifsabahmajujaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Pihak MPC SBO telah menghadiri mesyuarat jawatankuasa mengenai isu keselamatan pelancong di Sabah bil. 1/2025. Sesi ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Josie Lai, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS). Dalam mesyuarat tersebut, pihak MPC SBO telah membentangkan Standard Operasi Prosedur (SOP) untuk Aktiviti Pelancongan Kembara dan Aktiviti Sukan Air. Antara cadangan utama adalah perlunya pemantauan terhadap operator pelancongan bagi memastikan mereka mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) telah menyokong garis panduan ini dan akan mengedarkannya kepada semua operator pelancongan di negeri Sabah. Mesyuarat ini merupakan langkah penting dalam memastikan keselamatan pelancong serta meningkatkan kualiti pengalaman pelancongan di Sabah.
By REGIONAL OFFICE MPC March 13, 2025
Dr Mazlina Shafi'i, Director of MPC SKO, during her remarks emphasized the critical role of upskilling and reskilling in enhancing workforce productivity and driving industry competitiveness. By equipping employees with industry-relevant competencies, this initiative aims to groom local talents into highly skilled professionals, ultimately fostering a more resilient and sustainable workforce. In turn, companies stand to benefit from improved operational efficiency, innovation, and higher profitability, strengthening their position in the market. Moving forward, collaboration with Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) and UTM Space will be initiated to identify and implement the most suitable courses, ensuring alignment with industry needs and future growth opportunities. #SarawakProduktif #AkademiDalamIndustri
By MMT MPC March 12, 2025
A strategic discussion between the Chemical Productivity Nexus (CPN) and BASF PETRONAS Chemicals (BPC) was convened to address key areas related to industry compliance and the adoption of best practices, aiming to enhance safety and operational efficiency in hazardous goods transportation. The discussion provided valuable insights into the implementation of a government-industry data-sharing pilot project and the importance of aligning with UNECE ADR regulations. As a next step, engagement sessions with BPC’s LSPs will be scheduled to support the adoption of this initiative, ensuring seamless integration and improved regulatory compliance.
By MMT MPC March 13, 2025
DSA Dynamics Sdn Bhd, sebuah syarikat pembuatan produk plastik, menghadapi cabaran dalam pengumpulan data manual yang menyebabkan ketidaktepatan dan kelewatan pelaporan. Data prestasi bagi 9 mesin direkodkan secara manual setiap hari, mengambil 1 jam bagi setiap mesin, serta seorang kakitangan sepenuh masa untuk analisis laporan. Ketiadaan sistem pemantauan masa nyata menyukarkan penilaian Overall Equipment Effectiveness (OEE), iaitu keberkesanan peralatan berdasarkan ketersediaan, prestasi, dan kualiti. Sebagai penyelesaian, syarikat melaksanakan Pengurusan Moden dan Teknologi dengan mengautomasi pengumpulan data. Sistem ini meningkatkan ketepatan data 90%, mengurangkan kadar penolakan produk kepada bawah 2%, serta meningkatkan OEE kepada lebih 85%. Inisiatif ini menjimatkan RM267,448 setahun, meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi.
By MMT MPC March 12, 2025
The online meeting served as a follow-up collaboration between MPC and Proton to discuss the AI for Productivity Transformation Programme. The session aimed to refine the programme framework, objectives, and implementation strategies, ensuring alignment with Proton’s goal of enhancing supplier capabilities, capacity, and productivity. MPC presented the key aspects of the programme, emphasizing AI adoption to enhance operational efficiency and decision-making among the upstream vendors. Proton provided valuable input on the upcoming seminar, suggesting key focus areas to maximize industry impact. The meeting also outlined awareness sessions and AI training classes tailored for different levels within the automotive upstream vendors.
By REGIONAL OFFICE MPC March 11, 2025
Sesi ini dimulakan dengan Ucapan Alu-aluan daripada YBrs. Puan Hajah Khadijah binti Sutrisnoh, Pengarah Bahagian Governan dan Korporat, JPANS . Beliau menzahirkan harapan kepada semua ahli-ahli kumpulan yang hadir agar dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan bahagian masing-masing. Pengarah MPC Wilayah Sabah telah menyampaikan taklimat mengenai inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) kepada ahli-ahli projek. Beliau menekankan kepada fasa-fasa yang terlibat dalam pelaksanaan projek RKB dan mengalu-alukan penyertaan JPANS dalam inisiatif RKB ini. Sesi ini telah dihadiri oleh Bahagian Governan dan Korporat, JPANS selaku penyelaras RKB di JPANS dan bahagian-bahagian JPANS lain seperti; Bahagian Saraan dan Pencen, Bahagian Biasiswa Kerajaan Negeri dan Bahagian Kerajaan Digital. #SabahProduktifSabahMajuJaya
Show More
Share by: