Sesi Libat Urus Penetapan Fi bagi Perkhidmatan Kesihatan Mental Asas Oleh GPs


PHPN | Sesi Libat Urus Penetapan Fi bagi Perkhidmatan Kesihatan Mental Asas

Sesi ini diadakan bertujuan untuk bagi mendapatkan input dan maklum balas yang konstruktif mengenai inisiatif ini serta kadar fi yang bersesuaian dengan mengambil kira keperluan GPs dan situasi kewangan pesakit.

Antara persatuan yang menghadiri sesi ini ialah Malaysian Medical Association (MMA), Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Federation of Private Medical Practitioners' Associations, Malaysia (FPMPAM), Medical Practitioners Coalition Association of Malaysia (MPCAM) dan Private Medical Practitioners' Association of Selangor and Kuala Lumpur (PMPASKL). 

PHPN, dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sedang menjalankan inisiatif bagi mengintegrasikan perkhidmatan kesihatan mental asas ke dalam penawaran perkhidmatan oleh pengamal perubatan swasta (GPs).

Sebagai hala tuju seterusnya, maklum balas yang diterima hasil daripada sesi ini akan diteliti semula untuk membantu PHPN dan KKM membuat penambahbaikan terhadap pelaksanaan inisiatif ini.

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC March 25, 2025
Sesi ini juga untuk memastikan pihak IKBN Miri memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, IKBN Miri akan mendaftar beberapa projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki proses kerja dalaman dan luaran yang melibatkan antara agensi kerajaan dalam memastikan urus tadbir yang cekap. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 25, 2025
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) terus komited dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan pengurusan moden iaitu inisiatif Business Excellence (BE). MBEF menyediakan asas yang kukuh untuk memperkukuh sistem tadbir urus, meningkatkan inovasi, serta memperkasakan budaya kecemerlangan dalam organisasi. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan kecekapan operasi malah menyokong aspirasi JAIS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ummah. Oleh itu, JAIS dengan kerjasama strategik bersama MPC telah meneliti strategi dan rangka pelaksanaan Intervensi BE 2.0 yang dijangka akan dilaksanakan pada Mei 2025. Diharapkan inisiatif ini akan membawa JAIS ke tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, sejajar dengan matlamat pembangunan Islam yang holistik dan berimpak tinggi. Dengan bimbingan MPC, JAIS yakin dapat mengadaptasi elemen kecemerlangan bagi memperkukuhkan peranannya sebagai institusi Islam terunggul di Sarawak. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC March 25, 2025
Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Neldin Gimbang, Timbalan Setiausaha Tetap III, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah dan dihadiri oleh YBrs. Tuan Suhaib bin Datuk Hj. Ismail, Timbalan Pengarah UPEN Sabah dan pegawai-pegawai daripada UPEN Sabah, KPLBS dan Pejabat Daerah Nabawan. Hasil daripada perbincangan ini adalah pihak KPLBS akan menganjurkan bengkel bersama beberapa Pejabat Daerah dan bahagian-bahagian di ibu pejabat KPLBS yang terlibat dalam waktu terdekat. Bengkel ini bertujuan untuk melaksanakan perkara-perkara dalam Fasa 1 projek RKB. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 24, 2025
Sesi perbincangan ini diadakan bersama En. Raymond P. Moloyos, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan,Penyelidikan & Pengurusan Sumber (3P). Sesi ini diadakan lanjutan daripada hasil kunjungan rasmi ke pejabat Pengarah JTU Sabah mengenai penambahbaikan proses permohonan tanah di Sabah yang akan didaftarkan sebagai salah satu projek bawah inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB). Intipati dalam sesi perbincangan ini adalah cadangan perancangan pelaksanaan projek yang akan melihat daripada proses permohonan tanah dan bahagian ukur tanah di samping beberapa perkara lain yang dibincangkan. Maklumat daripada perbincangan ini akan dipanjangkan kepada pihak pengurusan tertinggi JTU untuk perhatian dan tindakan selanjutnya. #sabahproduktifsabahmajujaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 24, 2025
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dan dihadiri oleh Ketua Agensi dan wakil daripada MITI, MATRADE, MIDA, MIDF, SIRIM, SME CORP, MPC, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Sabah, dan Federation of Sabah Industries (FSI). AKIS adalah sebuah program yang diadakan secara dwitahunan yang dianjurkan oleh MIDE bagi mengiktiraf pencapaian industri dan bertujuan menggalakkan inovasi, daya saing dan kecemerlangan dalam sektor industri pembuatan dan perkhidmatan di Sabah. Anugerah ini juga sebagai menyokong dan menyediakan syarikat tempatan Sabah untuk menyertai anugerah yang lebih berprestij iaitu Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI). Antara agenda perbincangan dalam mesyuarat adalah penglibatan Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR), FMM Sabah dan FSI sebagai rakan strategik AKIS dalam memberikan cadangan input pelaksanaan AKIS, integrasi AKIS dengan ekosistem industri Sabah, menjadikan AKIS sebagai platform tunggal pengiktirafan industri Sabah dan struktur Jawatankuasa AKIS. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By MMT MPC March 21, 2025
A validation session was conducted for the Digital Roadmap of the Agro-Food, Tourism, Pharmaceutical, Professional Services, Logistics, Retail and F&B, Chemical and Chemical Products, and Electrical and Electronics sectors. The session served as a platform for interactive dialogues with industry experts, allowing meaningful perspectives to be gathered and the digital roadmap for each sector to be reviewed. Discussions focused on the different stages of digital adoption across various business functions, categorized into Basic, Intermediate, and Advanced levels. This structured approach outlines the sectors’ digital transformation journey, focusing on enhancing efficiency, automation, and AI-driven decision-making. Participants explored suitable digital tools for each stage, ensuring seamless adoption and effective implementation. Based on the feedback and recommendations received, the digital roadmap was further refined. This process will continue with the roadmap set to be validated by industry players in an upcoming session. The joint effort ensures that the roadmap remains relevant, addressing sector-specific challenges while fostering productivity and competitiveness.
By REGIONAL OFFICE MPC March 18, 2025
Sesi ini dihadiri oleh YBrs. Dr. Deledda Tan H. S., Presiden SME Sabah bersama 7 orang ahli SME Sabah dan disambut baik oleh Pengarah MPC Wilayah Sabah. Tujuan utama sesi ini adalah untuk memperkenalkan Presiden baharu yang menggantikan YBhg. Prof. Datuk Foo Ngee Kee. Pengarah MPC Wilayah Sabah berkongsi mengenai peranan MPC terkini dalam meningkatkan produktiviti di Sabah. Presiden SME Sabah berkongsi mengenai SME Sabah Conference 2025 yang akan diadakan pada 20 Jun 2025 bertemakan “Sustainable | Mastery | Empowerment (SME) yang mensasarkan seramai 400 orang peserta. Pengarah MPC Wilayah Sabah bersetuju membantu dalam mempromosikan program ini dan akan bekerjasama dengan SME Sabah bagi program-program meningkatkan produktiviti di Sabah. #SabahProduktifSabahMajuJaya
By REGIONAL OFFICE MPC March 18, 2025
YBrs Dr. Mazlina Shafi’i, Pengarah MPC Sarawak telah membentangkan program RKB bagi meningkatkan kefahaman dan penyertaan projek bagi LPKP Sarawak. LPKP telah mendaftar dua projek RKB di peringkat kementerian dan mendaftar satu projek RKB dibawah Kerajaan Negeri. Selain itu Pengarah LPKP bersetuju untuk bekerjasama dengan MPC bagi menambahbaik proses dan prosedur pendaftaran perlesenan baru yang melibatkan pelbagai agensi lain seperti PUSPAKOM dan JPJ pada masa hadapan. Ini bagi memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
Show More
Share by: