Sesi Libat Urus Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak


Sesi libat urus ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Pn Cornelia Wong Chui, Pengarah LPKP Sarawak untuk membincangkan penyediaan projek bagi Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) serta pelaksanaan program ini di peringkat kerajaan persekutuan di Sarawak. 

YBrs Dr. Mazlina Shafi’i, Pengarah MPC Sarawak telah membentangkan program RKB bagi meningkatkan kefahaman dan penyertaan projek bagi LPKP Sarawak.

LPKP telah mendaftar dua projek RKB di peringkat kementerian dan mendaftar satu projek RKB dibawah Kerajaan Negeri. Selain itu Pengarah LPKP bersetuju untuk bekerjasama dengan MPC bagi menambahbaik proses dan prosedur pendaftaran perlesenan baru yang melibatkan pelbagai agensi lain seperti PUSPAKOM dan JPJ pada masa hadapan. Ini bagi memastikan urus tadbir yang cekap dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat dan industri.

#SarawakProduktif  
#RKB  
#MemacuProduktivitiNegara

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC April 15, 2025
Pihak STIU menyambut baik pendekatan digital yang dicadangkan bagi meningkatkan kecekapan pendaftaran perniagaan. Pendekatan ini dilihat sebagai satu langkah progresif yang bukan sahaja menyokong agenda transformasi digital kerajaan tetapi juga memperkukuh daya saing ekosistem perniagaan di Sarawak. Selain itu, pihak STIU ambil maklum tentang penggunaan Akta 680 (Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007) dalam pelaksanaan inisiatif EODB. Akta ini akan dijadikan sebagai salah satu rujukan utama bagi memastikan pelaksanaan projek mematuhi peruntukan undang-undang yang sedia ada serta melindungi keselamatan dan kesahihan transaksi secara elektronik. Satu pertemuan lanjut antara Kerajaan Sarawak, STIU dan Kementerian Kewangan (MOF) dijadualkan berlangsung pada 17 April 2025 di Putrajaya bagi memperincikan langkah pelaksanaan dan penyelarasan inisiatif ini di peringkat persekutuan. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #RESAB
By REGIONAL OFFICE MPC April 15, 2025
Pembentangan bertajuk “Peningkatan Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan di Sarawak: Urusan Memulakan Perniagaan” telah disampaikan oleh Datuk Zahid Ismail, Ketua Pengarah MPC. Cadangan utama yang diketengahkan termasuk penggunaan Superform menerusi sistem digital dalam proses pendaftaran perniagaan yang dijangka akan mempercepatkan pengeluaran lesen perniagaan, meningkatkan ketelusan dan kemampanan, serta menyokong pewujudan lebih banyak perniagaan berlesen. Langkah ini turut berpotensi untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Sarawak. Sesi ini turut memberi peluang kepada pihak berkepentingan untuk memberi maklum balas strategik yang amat diperlukan bagi memperhalusi pelaksanaan cadangan penambahbaikan tersebut. Hasil daripada perbincangan, pihak MOF bersetuju dengan cadangan peningkatan kecekapan pendaftaran perniagaan di Sarawak dan bersedia menilai semula ordinan sedia ada melalui pewartaan akta digital yang lebih relevan. Sebagai hala tuju seterusnya, pihak MPC Sarawak dijadualkan akan mengadakan sesi perbincangan lanjutan bersama Kerajaan Sarawak pada 14 April 2025 bagi merangka pelaksanaan pendekatan ini dengan lebih terperinci. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara #RESAB
By MMT MPC April 11, 2025
The discussion chaired by Puan Saliza Saari and centered on the MAKIPLAGO Harbor project which introduces a visionary new trade ecosystem grounded in the cultural, logistical, and commercial strengths of the Malay Archipelago (Nusantara) region, with strategic bases in Malaysia and China. The project aims to blend commerce, tourism, halal industry development, and digital innovation into a unified, omnichannel platform referred to as the M-Platform. The concept was internationally recognized, winning innovation awards in Singapore and China, and is backed by strategic partnerships, including with MITI and global industry players. The ecosystem centers around Port Klang Free Zone (PKFZ) in Malaysia and Caofeidian Port in China, enabling seamless cross-border trade, barter systems, and real-time transactions, supported by integrated systems such as customs, warehousing, logistics, and halal certification. A major emphasis of the project is on halal trade and Muslim-friendly industries, including halal food, cosmetics, Islamic finance, modest fashion, and wellness. The goal is to establish Malaysia as a global halal trade and logistics hub, leveraging Malaysia’s reputation as a moderate Muslim nation and strategic location. MAKIPLAGO Harbor also aims to revitalize urban zones in Kuala Lumpur, transforming areas into vibrant trade and tourism hubs through cultural centers, themed museums, halal retail clusters, gourmet zones, and wellness facilities. The project anticipates attracting millions of tourists, thousands of merchants, and creating over 250,000 high-income jobs, while stimulating RM1 trillion in economic value. The platform incorporates a wide spectrum of retail, education, healthcare, digital commerce, and co-working infrastructure, creating a space for SMEs, global brands, government agencies, and entrepreneurs to co-develop new markets. It is designed to be inclusive and export-driven, connecting over 25 countries and 500 million people across Asia, the Middle East, and beyond. Ultimately, the MAKIPLAGO Harbor initiative positions Kuala Lumpur—and by extension, Malaysia—as a central node in the global halal economy, offering a multi-dimensional platform for trade, investment, cultural diplomacy, and productivity-driven growth. Moving forward, a deep dive session will be organized with all key priority subsectors to gather industry feedback, with the aim of driving productivity improvements among MSMEs. Attendees from Makiplago Sdn Bhd 1. Dato' Dr Radzak Malek 2. Datuk Dr. Muhamad Farid Saad 3. Dr. Hisham Ismail 4. Haji Baharudin 5. Mr. Jamaluddin Ibrahim 6. Mr. Steve Gan 7. Mr. Habibullah Khong 8. Mr. Mohd Bahari Baharudin 9. Ms. Tan Peh Tin 10. Ms. Teah kok keong
By REGIONAL OFFICE MPC April 11, 2025
Sesi ini juga untuk memastikan pihak RELA Sarawak memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. esi ini juga untuk memastikan pihak RELA Sarawak memahami objektif serta strategi pelaksanaan RKB dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Selain itu, RELA Sarawak telah mencadangkan satu projek untuk Program Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bagi memperbaiki proses kerja permohonan penugasan yang lebih cekap dan dapat mengurangkan kos operasi. #SarawakProduktif #RKB #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC April 10, 2025
Bengkel ini telah dianjurkan dengan kerjasama Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis selaku penyelaras utama Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di negeri ini. Pada tahun ini, sebanyak 15 projek RKB telah didaftarkan dan sedang dilaksanakan oleh agensi kerajaan, bahagian serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di Negeri Perlis. Matlamat utama bengkel ini adalah untuk memberikan bimbingan kepada ahli kumpulan projek RKB berkenaan tatakelola pelaksanaan projek yang berkesan, bermula dengan analisis masalah termasuk pemetaan proses semasa dan pengumpulan data. Pendekatan ini bertujuan mengenal pasti punca-punca yang menyumbang kepada ketidakcekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam agensi, bahagian dan PBT terlibat. Selain itu, peserta turut didedahkan kepada platform digital dan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang ditawarkan oleh MPC melalui inisiatif GovTech, bagi mempercepat proses penyediaan laporan projek. Seramai 20 peserta mewakili 10 agensi dan PBT Negeri Perlis telah menyertai bengkel ini. Bengkel bimbingan seterusnya dijadualkan pada bulan Mei, yang akan memfokuskan kepada sesi pembentangan hasil pengumpulan data serta pembangunan pelan tindakan penambahbaikan oleh setiap kumpulan projek.
By REGIONAL OFFICE MPC April 8, 2025
Upacara perasmian disempurnakan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Turut hadir dalam majlis tersebut YB Menteri Besar Perlis, YB Dato’ SUK, pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta persatuan industri. Pembukaan kilang Jabil di Chuping Valley Industrial Area (CVIA) yang merupakan kilang pertama beroperasi di CVIA telah membuka sebanyak 1500 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Dengan pembukaan kilang ini ianya akan menjadi pemangkin kepada pelaburan baru di CVIA dan mempercepatkan pembangunan Perlis Inland Port (PIP) seluas 500 ekar yang berkedudukan bersebelahan dengan CVIA.
By MMT MPC April 7, 2025
The session focused on evaluating productivity improvements achieved since the project’s implementation and identifying further opportunities for enhancement. Industry Productivity Specialist (IPS) exchanged views on how the initiative can be improved for the new batch of participating companies under Project Pintar 2025, ensuring more targeted and impactful support. To support this, a capacity building programme will be held to equip newly recruited IPSs ahead of the upcoming implementation phase.
By MMT MPC April 4, 2025
The Outdoor Geeks, based in Perak, is an adventure tourism operator offering nature-based activities such as white water rafting, caving, trekking, and team-building programs. Recently, The Outdoor Geeks underwent a site assessment to renew their Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) Business Certification. The MaTEx certification is a mark of quality and excellence in the tourism industry, ensuring that operators meet high standards in safety, service delivery, sustainability, and productivity. This renewal process reflects The Outdoor Geeks’ ongoing commitment to delivering efficient, high-impact adventure tourism experiences while continuously improving their operational productivity. Through structured programs and streamlined service delivery, the company contributes to raising industry benchmarks and supporting Malaysia to become a leading sustainable and productive tourism destination. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
Show More
Share by: