By REGIONAL OFFICE MPC
•
March 24, 2025
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Thomas Logijin, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE) Sabah dan dihadiri oleh Ketua Agensi dan wakil daripada MITI, MATRADE, MIDA, MIDF, SIRIM, SME CORP, MPC, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) Sabah, dan Federation of Sabah Industries (FSI). AKIS adalah sebuah program yang diadakan secara dwitahunan yang dianjurkan oleh MIDE bagi mengiktiraf pencapaian industri dan bertujuan menggalakkan inovasi, daya saing dan kecemerlangan dalam sektor industri pembuatan dan perkhidmatan di Sabah. Anugerah ini juga sebagai menyokong dan menyediakan syarikat tempatan Sabah untuk menyertai anugerah yang lebih berprestij iaitu Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI). Antara agenda perbincangan dalam mesyuarat adalah penglibatan Jabatan Pembangunan Perindustrian & Penyelidikan (DIDR), FMM Sabah dan FSI sebagai rakan strategik AKIS dalam memberikan cadangan input pelaksanaan AKIS, integrasi AKIS dengan ekosistem industri Sabah, menjadikan AKIS sebagai platform tunggal pengiktirafan industri Sabah dan struktur Jawatankuasa AKIS. #SabahProduktifSabahMajuJaya