Pengisian bengkel ini berfokus kepada pengemaskinian, pemantauan dan pelaporan status pelaksanaan inisiatif di bawah Johor Fast Lane (JFL) V2.0 meliputi urusan mendapatkan permit pembinaan, urusan ubah jenis kegunaan tanah, urusan pergerakan barangan dan pergerakan pekerja (ekspatriat).
Melalui bengkel ini, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor telah membentangkan transformasi dalam pelaksanaan urusan ubah jenis kegunaan tanah, IRDA pula berkaitan integrasi sistem Xpats Gateway, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor berkaitan status pelaksanaan sistem SmartGPB di Johor, serta Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) berkaitan cadangan penambahbaikan Kulai Fast Lane (KFL).
Manakala, Senai Airport City Sdn. Bhd. selaku pemaju induk (master developer) telah membentangkan isu dan cabaran yang dihadapi dari perspektif pemaju. Ianya akan dijadikan sebagai kajian kes bagi menambah baik pelaksanaan JFLV2.0 dan perbincangan lebih khusus bersama agensi yang terlibat akan diadakan.
Bengkel yang dimudahcara oleh MPC ini turut menghimpunkan wakil dari Bahagian Kerajaan Tempatan (BKT) Johor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Daerah (PTD), MITI, MIDA, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ), Koridor Utiliti Johor (KUJ), Ranhill SAJ, JKR, TNB, Senai Airport City Sdn. Bhd. dan Johor Land Group Sdn. Bhd.
Penglibatan dari semua pihak ini membuktikan komitmen dan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, Persekutuan dan pihak Industri dalam merealisasikan pelaksanaan inisiatif JFL V2.0.
https://www.facebook.com/share/v/TohQ5KJi4yuFdorV/?mibextid=KsPBc6&startTimeMs=30000
#MPCproduktiviti
#MPCJohor
#MPCProductivity