By REGIONAL OFFICE MPC
•
March 25, 2025
Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) terus komited dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan pengurusan moden iaitu inisiatif Business Excellence (BE). MBEF menyediakan asas yang kukuh untuk memperkukuh sistem tadbir urus, meningkatkan inovasi, serta memperkasakan budaya kecemerlangan dalam organisasi. Pendekatan ini bukan sahaja memastikan kecekapan operasi malah menyokong aspirasi JAIS dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada ummah. Oleh itu, JAIS dengan kerjasama strategik bersama MPC telah meneliti strategi dan rangka pelaksanaan Intervensi BE 2.0 yang dijangka akan dilaksanakan pada Mei 2025. Diharapkan inisiatif ini akan membawa JAIS ke tahap yang lebih tinggi dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan, sejajar dengan matlamat pembangunan Islam yang holistik dan berimpak tinggi. Dengan bimbingan MPC, JAIS yakin dapat mengadaptasi elemen kecemerlangan bagi memperkukuhkan peranannya sebagai institusi Islam terunggul di Sarawak. #SarawakProduktif #MemacuProduktivitiNegara