Perbincangan berkaitan Proses Pemutihan Rumah Sembelihan di Pahang I 23 April 2024


Perbincangan di antara MPC Pahang, Agro-food Productivity Nexus (AFPN) dan associate MPC telah diadakan pada hari ini berkaitan industri penternakan ayam dan peranan pusat sembelihan di Pahang. Tujuan perbincangan ini juga adalah untuk mendapatkan pandangan dari AFPN dan kepakaran perunding dalam mengendalikan proses pemutihan rumah sembelihan. Berdasarkan perbincangan, bidang kuasa agensi pengawal selia seperti PBT, Jabatan Agama Islam Negeri, JAKIM dan Jabatan Veterinar di Pahang perlu jelas dan setiap agensi perlu memainkan peranan penting dalam pembinaan rumah sembelihan. Ini bagi memastikan semua aspek diambil kira bukan sahaja aspek halal tetapi dari segi keselamatan makanan, kebersihan, pengurusan sisa serta mendapat persijilan. Bengkel Pemutihan Rumah Sembelihan akan adakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang Pada 29-30 April 2024.
Share by: