By REGIONAL OFFICE MPC
•
17 May, 2024
Sesi ini diadakan bertujuan untuk perkongsian program peningkatan bakat melalui Akademi Dalam Industri (ADi) kepada Mplex Technology Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat tempatan yang beroperasi dalam membangunkan sistem automasi kepada pemain industri seperti E&E, Semiconductor, Chemical, Livestock, F&B yang merangkumi software & hardware development. Menerusi sesi libat urus ini, pihak Mplex Technology Sdn. Bhd. telah menunjukkan minat untuk mendapatkan bakat ADi dan juga menjadi penyedia latihan dalam ADi bagi membangunkan bakat tempatan. Syarikat juga merupakan salah satu tenaga pengajar kepada Peninsula College di The Ship Campus di bawah PKT Logistics Group Sdn. Bhd. Kerjasama strategik bersama Mplex Technology Sdn. Bhd. dapat membantu meningkatkan produktiviti tenaga kerja tempatan menerusi peningkatan bakat dan penerimagunaan teknologi.