Program Pemerkasaan Bakat melalui Akademi Dalam Industri (ADI) di Sarawak


MPC Wilayah Sarawak telah dijemput untuk berkongsi mengenai inisiatif pembangunan bakat melalui Akademi Dalam Industri (ADI) dalam Program Pembangunan Profesional Berterusan Industri (iCPD) 2025 yang berlangsung di New World Suites Bintulu, Sarawak. Program ini memberi penekanan kepada kepentingan pelantikan penyelaras bagi jawatankuasa OSH dalam organisasi di Sarawak serta kelayakan untuk menerima subsidi daripada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD). 

Inisiatif ADI yang dikongsikan oleh MPC adalah selari dengan matlamat dalam memastikan tenaga kerja mahir diiktiraf dan disesuaikan dengan keperluan industri dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti organisasi. Majlis ini dirasmikan oleh Puan Anielia Siam, Timbalan Setiausaha Tetap MEITD, mewakili Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri MEITD dan telah dihadiri oleh 60 peserta dari pelbagai industri. Dalam ucapan beliau, Pn Anielia menekankan kepentingan memiliki tenaga kerja yang kompeten dan adaptif dalam bidang OSH serta mengintegrasikan latihan profesional seperti iCPD dengan elemen keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk meningkatkan dayasaing organisasi.

Peserta juga telah didedahkan kepada beberapa inisiatif peningkatan produktiviti lain termasuk QE 5.0, penilaian ezBE dan Productivity Calculator.

#SarawakProduktif
#AkademiDalamIndustri