Unlocking Sustainable Development (WCR Indicator)


Program Unlocking Sustainable Development (WCR Indicator) telah diadakan di Wyndham Grand Bangsar, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah MPC En Zahid Ismail, Pengarah MPC Encik Mohd Yazid dan Puan Wan Fazlin Nadia serta turut dihadiri 9 pegawai MPC. Program ini telah dijalankan oleh CIC Capital Consultancy Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif CIC Capital Consultant Sdn Bhd, Dato’ Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus bersama Puan Nur Hamizah Hamzah dan Encik Leong Hong Kit.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memahami laporan World Competitiveness Ranking (WCR), menganalisis pendekatan dan struktur perbandingan WCR antara Malaysia dengan negara ASEAN yang lain, menganalisis sumber data, tafsiran petunjuk WCR serta memahami pembangunan mampan dan implikasi dasar. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di atas kehadiran bagi menjayakan program ini.

#MPC
#MSF
#MemacuProduktivitiNegara
#BersamaMembangunkanNegara

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC February 13, 2025
Pihak MPC Wilayah Sabah (SBO) telah mengadakan sesi perbincangan strategik bersama Persatuan Pelancongan Penampang (PTA) mengenai program pensijilan perniagaan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx). Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Edward Binty, Pengarah MPC Wilayah Sabah. Hasil perbincangan menunjukkan bahawa PTA bersetuju untuk memanjangkan maklumat mengenai program pensijilan MaTEx kepada ahli persatuan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan, selaras dengan piawaian antarabangsa. Dengan kerjasama ini, diharapkan lebih banyak penyertaan dari anggota PTA dalam usaha memperkukuh industri pelancongan di Sabah.
By PCD MPC February 13, 2025
Nexus Produktiviti Farmaseutikal (PPN) telah mengadakan sesi perbincangan status pembinaan kilang bersama Ain Medicare Sdn. Bhd., syarikat perintis bagi inisiatif Peningkatan Produktiviti dan Kecekapan dalam Pembinaan Kilang Farmaseutikal di Malaysia. Fokus utama inisiatif ini adalah untuk mengenal pasti cabaran dalam pembinaan kilang farmaseutikal, termasuk keperluan peraturan, kekangan infrastruktur, dan tempoh pembinaan yang panjang. Perbincangan ini turut menekankan perlunya satu garis panduan industri yang dapat membantu mempercepatkan pembangunan kilang farmaseutikal dan mengurangkan tempoh pembinaan daripada 7 tahun kepada jangka masa yang lebih kompetitif. PPN dengan kerjasama Kementerian, Agensi, Persatuan dan Syarikat dalam usaha untuk meningkatkan daya saing industri farmaseutikal tempatan, memperkukuh ekosistem perkilangan farmaseutikal, serta menyokong pertumbuhan sektor ini bagi pasaran domestik dan antarabangsa.
By MMT MPC February 12, 2025
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Azmir Musyabri Abdul Mutallib, Pengarah Bahagian AKI, Seranta dan Saham. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincang mengenai pra pelancaran AKI 2026 yang dijadualkan pada 26 Februari 2025 serta agenda dan keperluan majlis. Turut hadir dalam perbincangan ini secara atas talian adalah wakil dari syarikat COMPOSITES TECHNOLOGY RESEARCH MALAYSIA SDN BHD (CTRM) pemenang AKI 2024 yang akan berkongsi mengenai Amalan Terbaik syarikat serta strategi syarikat dalam mencapai kecemerlangan perniagaan. Majlis Pelancaran AKI 2026 akan diadakan di MITI dan akan disempurnakan oleh YB Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.
By REGIONAL OFFICE MPC February 12, 2025
SLU ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Inisiatif RKB di peringkat Negeri Perak. Tadbir urus pelaksanaan inisiatif ini akan dipengerusikan oleh YB SUK di peringkat J/K Pemandu dan TSUK (Pengurusan) akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Reformasi (CRO) manakala penyelaras program akan diselaras oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). SLU diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama agensi, badan berkanun negeri dan PBT. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) Pengurusan, bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) peringkat Negeri Perak. Pada mesyuarat ini, taklimat berkaitan pelaksanaan inisiatif RKB telah disampaikan oleh Pengarah NRO. Sebanyak 48 agensi kerajaan negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan telah hadir dalam mesyuarat tersebut. TSUK Pengurusan selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan komitmen kerajaan negeri terhadap inisiatif ini dan memohon kesemua agensi & PBT untuk mengemukakan satu projek (minimum) kepada BPSM (penyelaras) dalam tempoh seminggu bagi tujuan semakan SUK sebelum didaftarkan kepada MPC. Beliau juga berharap agar dapat bekerjasama dengan MPC untuk bimbingan dan fasilitasi projek-projek yang akan dilaksanakan oleh agensi kelak. #MemacuProduktivitiNegara
By MMT MPC February 12, 2025
A meeting was held with Proton to prepare for the upcoming Cross-Industry Benchmarking Conference and discuss collaboration efforts between Proton and MPC to enhance the capabilities of upstream automotive vendors. Proton outlined key challenges faced by their vendors, emphasizing areas that need improvement to enhance competitiveness. MPC provided insights on potential solutions to drive productivity and operational excellence. The discussion aimed to align efforts in strengthening vendor performance through benchmarking, best practices and targeted development programs, fostering a more competitive and resilient automotive supply chain.
By REGIONAL OFFICE MPC February 10, 2025
The insights gathered will subsequently facilitate the identification of companies requiring high-skilled talent. In response, Akademi Dalam Industri (ADI) is positioned as a strategic intervention to address workforce gaps and support industry needs, thereby alleviating organisational challenges. The session commenced with welcoming remarks by Dr. Mazlina Shafi’i, Director of MPC, followed by a presentation on the Overview of the Sarawak Economy & Key Productive Sectors delivered by Dr. Mohd Khairul Hisyam, Deputy Dean of UNIMAS. Participating participants are from diverse industries—including oil & gas, services, manufacturing, plantation, and agriculture—engaged in productive discussions that successfully identified key challenges within Miri’s labour market. Dr. Mazlina also highlighted other strategic initiatives, including Akademi Dalam Industri (ADI) and the Online Assessment of Business Excellence through ezBE. Moving forward, further engagement sessions on ADI will be conducted with participating companies, alongside an online consultation session on ezBE to enhance business excellence practices.
By MMT MPC February 6, 2025
An online meeting was held to plan the upcoming Cross-Industry Benchmarking Conference, jointly organized by Proton in collaboration with MPC. The conference aims to provide a platform for Proton’s management to gain insights on benchmarking best practices related to business strategies and productivity (QCD). It will also explore strategic transformations and operational initiatives from other industries, focusing on cost efficiency and quality improvement, while fostering collaboration opportunities between Proton and MPC for sustainable productivity initiatives.
By REGIONAL OFFICE MPC February 6, 2025
Susulan sesi libat urus bersama YBrs. Tuan Rusdi bin Yahya, TSUK (Pembangunan) Negeri Perlis pada 21 Januari 2025, Bengkel Pemilihan Projek RKB peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 5 Februari 2025. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis selaku penyelaras Program RKB Negeri Perlis, dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai fasilitator. Penyertaan melibatkan 50 wakil dari pelbagai agensi kerajaan, bahagian serta pihak berkuasa tempatan (PBT), yang bertujuan untuk mengenal pasti dan merangka tajuk projek RKB yang berimpak tinggi. Hasil daripada sesi perbincangan dan percambahan idea, sebanyak 15 projek RKB telah dikenal pasti. Senarai projek ini akan dibentangkan kepada Ketua Pegawai Reformasi Kerenah Birokrasi (CRO, RKB) Negeri Perlis sebelum mendapat kelulusan rasmi daripada YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis dan didaftarkan sebagai projek rasmi RKB Negeri Perlis.
Show More
Share by: