Bengkel Pemilihan Projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Peringkat Negeri Perlis


Susulan sesi libat urus bersama YBrs. Tuan Rusdi bin Yahya, TSUK (Pembangunan) Negeri Perlis pada 21 Januari 2025, Bengkel Pemilihan Projek RKB peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada 5 Februari 2025.

Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Perlis selaku penyelaras Program RKB Negeri Perlis, dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) sebagai fasilitator. Penyertaan melibatkan 50 wakil dari pelbagai agensi kerajaan, bahagian serta pihak berkuasa tempatan (PBT), yang bertujuan untuk mengenal pasti dan merangka tajuk projek RKB yang berimpak tinggi.

Hasil daripada sesi perbincangan dan percambahan idea, sebanyak 15 projek RKB telah dikenal pasti. Senarai projek ini akan dibentangkan kepada Ketua Pegawai Reformasi Kerenah Birokrasi (CRO, RKB) Negeri Perlis sebelum mendapat kelulusan rasmi daripada YB Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perlis dan didaftarkan sebagai projek rasmi RKB Negeri Perlis.

Quick Share Links

By REGIONAL OFFICE MPC February 12, 2025
SLU ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan Inisiatif RKB di peringkat Negeri Perak. Tadbir urus pelaksanaan inisiatif ini akan dipengerusikan oleh YB SUK di peringkat J/K Pemandu dan TSUK (Pengurusan) akan bertindak sebagai Ketua Pegawai Reformasi (CRO) manakala penyelaras program akan diselaras oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). SLU diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) bersama agensi, badan berkanun negeri dan PBT. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Nor Sham binti Rahman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (TSUK) Pengurusan, bagi membincangkan pelaksanaan inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) peringkat Negeri Perak. Pada mesyuarat ini, taklimat berkaitan pelaksanaan inisiatif RKB telah disampaikan oleh Pengarah NRO. Sebanyak 48 agensi kerajaan negeri, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan telah hadir dalam mesyuarat tersebut. TSUK Pengurusan selaku Ketua Pegawai Reformasi (CRO) Kerajaan Negeri Perak telah menyatakan komitmen kerajaan negeri terhadap inisiatif ini dan memohon kesemua agensi & PBT untuk mengemukakan satu projek (minimum) kepada BPSM (penyelaras) dalam tempoh seminggu bagi tujuan semakan SUK sebelum didaftarkan kepada MPC. Beliau juga berharap agar dapat bekerjasama dengan MPC untuk bimbingan dan fasilitasi projek-projek yang akan dilaksanakan oleh agensi kelak. #MemacuProduktivitiNegara
By REGIONAL OFFICE MPC February 10, 2025
The insights gathered will subsequently facilitate the identification of companies requiring high-skilled talent. In response, Akademi Dalam Industri (ADI) is positioned as a strategic intervention to address workforce gaps and support industry needs, thereby alleviating organisational challenges. The session commenced with welcoming remarks by Dr. Mazlina Shafi’i, Director of MPC, followed by a presentation on the Overview of the Sarawak Economy & Key Productive Sectors delivered by Dr. Mohd Khairul Hisyam, Deputy Dean of UNIMAS. Participating participants are from diverse industries—including oil & gas, services, manufacturing, plantation, and agriculture—engaged in productive discussions that successfully identified key challenges within Miri’s labour market. Dr. Mazlina also highlighted other strategic initiatives, including Akademi Dalam Industri (ADI) and the Online Assessment of Business Excellence through ezBE. Moving forward, further engagement sessions on ADI will be conducted with participating companies, alongside an online consultation session on ezBE to enhance business excellence practices.
By MMT MPC February 6, 2025
An online meeting was held to plan the upcoming Cross-Industry Benchmarking Conference, jointly organized by Proton in collaboration with MPC. The conference aims to provide a platform for Proton’s management to gain insights on benchmarking best practices related to business strategies and productivity (QCD). It will also explore strategic transformations and operational initiatives from other industries, focusing on cost efficiency and quality improvement, while fostering collaboration opportunities between Proton and MPC for sustainable productivity initiatives.
By MMT MPC February 6, 2025
Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) telah menyertai forum Kelestarian Pelancongan Negeri Selangor yang menampilkan barisan panel iaitu Encik Rohizam Md Yusoff (Champion TPN) dan Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor (Presiden MITDA), bersama moderator Datuk Azlie Halim iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Santai Travel. Forum yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) bersama Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertujuan membincangkan strategi dan usaha pelestarian pelancongan mampan, mengukuhkan kolaborasi antara pemegang taruh industri pelancongan, serta menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam memajukan sektor pelancongan Selangor. Forum ini membincangkan isu-isu pelancongan Selangor seperti cabaran pengurusan destinasi secara mampan dan produktif, kepentingan inovasi digital untuk memperkukuhkan daya saing pelancongan, serta strategi kolaboratif untuk meluaskan jaringan promosi pelancongan negeri di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, forum ini menekankan produktiviti sebagai kunci kecekapan, kualiti perkhidmatan, dan kelestarian pelancongan Selangor. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation
By MMT MPC February 6, 2025
MEPN recently held a Project Pintar Assessment Report Presentation for Zamria Sdn. Bhd. A pivotal session aimed at enhancing productivity and operational performance. The presentation provided an in-depth analysis of Zamria’s individual assessment report, offering key insights into current business operations and areas for strategic improvement. With the presence of top management of the company, the session facilitated a constructive discussion on the report’s findings and explored tailored interventions to drive efficiency and competitiveness. This initiative aligns with Project Pintar’s commitment to empowering M&E companies with data-driven strategies for sustainable growth.
By PP MPC February 5, 2025
Sesi Perbincangan Strategik Akademi Dalam Industri (ADI) telah diadakan bersama Sapura Energy Berhad di Lumut, Perak merupakan kesinambungan daripada Sesi Kolaborasi Strategik bagi Program Akademi Dalam Industri yang telah berlangsung di Hotel Movenpick KLIA, dengan matlamat memperkukuh sinergi antara industri dan MPC dalam membangunkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam menyumbang kepada produktiviti negara dan pembentukan kadar gaji yang progresif. Fokus Perbincangan: 1. Mengenalpasti kesinambungan program untuk pengiktirafan melalui laluan Diploma Profesional dan pembangunan tenaga kerja mahir 2. Memperkukuh hubungan industri untuk menyediakan lebih banyak peluang penempatan kepada peserta ADI 3. Menyelaraskan keperluan industri dengan kemahiran yang ditawarkan melalui program ADI Sapura Energy Berhad sebagai rakan strategik ADI memainkan peranan penting dalam membuka peluang kepada Bakat untuk mendapatkan pekerjaan di industri secara langsung, sekaligus memperkasakan tenaga kerja tempatan bagi memenuhi keperluan sektor kritikal negara melalui penyertaan di dalam Program Akademi Dalam Industri bagi laluan Diploma Profesional.
By MMT MPC February 4, 2025
Sesi perbincangan ini diadakan bersama Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (BPKj KKM) bagi meneliti aspek kejuruteraan dalam proses pelesenan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (KPJKS) di bawah Akta 586, dengan matlamat memperkemas prosedur dan mempercepatkan kelulusan fasiliti kesihatan swasta. Sebagai langkah strategik, BPKj KKM bercadang menambah baik prosedur permohonan berkaitan penubuhan, peluasan, dan pengubahan fasiliti kesihatan swasta serta memperkenalkan Panduan Pematuhan Reka Bentuk Kejuruteraan bagi memastikan pematuhan kepada Akta 586. MPC secara dasarnya tiada halangan terhadap cadangan ini dan mencadangkan sesi libat urus yang lebih meluas dengan pemegang taruh dari sektor awam dan swasta bagi memperkukuh kefahaman pengawal selia dan industri. BPKj KKM juga komited untuk mendaftarkan inisiatif ini di bawah Program Reformasi Kerenah Birokrasi, selaras dengan usaha mempertingkatkan kecekapan sistem pelesenan dan daya saing sektor kesihatan swasta.
By MMT MPC February 3, 2025
MPC, in collaboration with renowned specialists in energy optimisation technologies, offers a digitalised solution to support SMEs in achieving cost-effective compliance with Energy Efficiency Conservation Act (EECA) 2024. Through virtual consultation, businesses can benchmark energy performance, track consumption for optimised savings, and generate validated reports to meet regulatory requirements. This solution also ensures readiness for future STAR-rated applications, strengthening long-term sustainability and operational efficiency.
Show More
Share by: