By MMT MPC
•
February 6, 2025
Nexus Produktiviti Pelancongan (TPN) telah menyertai forum Kelestarian Pelancongan Negeri Selangor yang menampilkan barisan panel iaitu Encik Rohizam Md Yusoff (Champion TPN) dan Kapten Mahadzir Tan Sri Mansor (Presiden MITDA), bersama moderator Datuk Azlie Halim iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Santai Travel. Forum yang dianjurkan oleh Malaysia International Tourism Development Association (MITDA) bersama Tourism Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025 bertujuan membincangkan strategi dan usaha pelestarian pelancongan mampan, mengukuhkan kolaborasi antara pemegang taruh industri pelancongan, serta menyokong inisiatif kerajaan negeri dalam memajukan sektor pelancongan Selangor. Forum ini membincangkan isu-isu pelancongan Selangor seperti cabaran pengurusan destinasi secara mampan dan produktif, kepentingan inovasi digital untuk memperkukuhkan daya saing pelancongan, serta strategi kolaboratif untuk meluaskan jaringan promosi pelancongan negeri di peringkat domestik dan antarabangsa. Selain itu, forum ini menekankan produktiviti sebagai kunci kecekapan, kualiti perkhidmatan, dan kelestarian pelancongan Selangor. #SayangiMalaysia #ProductiveTourism #TPN #MPC #MalaysiaProduktif #DrivingProductivityoftheNation